Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 September 2013

Aku dan Masalah Hari Ini


Disebelah menyebelah rumah kediamanku.
Tengah sibuk buat house renovation.
Aku tak kisah pasal debu simen.
Aku tak kisah pasal bunyi bising.
Aku tak kisah pasal longgokkan barang binaan depan rumah.
Aku tak kisah jika pekerja2 nya semua warga asing.

Yang aku kisahkan cara mereka makan.
Lepas makan bungkusan makanan dicampakkan sahaja.
Sisa2 makanan, bekas2 polisterin dibiarkan bertaburan.
Lalu anjing pun datang.
Sakit mata memandang.
Dan lama-kelamaan,
Menjadi tempat menternak nyamuk Aedes.
Lalat pun sama.
Masing2 mencari bahagian masing2.

Pagi Sabtu lepas aku dah tak tahan.
Bukan tugas rutin aku memungut sampah2 mereka.
Jadi aku tunggu mereka datang masuk kerja.
Aku cari kepalanya.
Aku sound mereka.
Beri sedikit ceramah kesihatan.

Hari ini dah sedikit berubah.
Tiada lagi kelihatan bekas2 plastik,
Bekas2 polisterin, botol2 air,
Juga sisa2 makanan.

Sekarang musim demam denggi.
Ini cerita 3 tahun lepas.
Ini pula cerita ilmiah pasal demam denggi.

Demam denggi bukan disebabkan nyamuk semata2.
Demam denggi disebabkan sikap manusia juga.
Menjaga kebersihan itu wajib.
Dan jika kebersihan persekitaran diabaikan,
maka akan datanglah musibahnya.


6 ulasan:

  1. Mmg patut bagi ceramah kesihatan kat construction workers tu bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warga Myanmar.
      Cakap lebih2 pun bukannya faham...

      Padam
  2. bagus sound derang.....sekurang2nya tak buat lagi kan, persekitaran pun jadi bersih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mereka buat negeri ni macam negara dia.
      Buang sampah ikut suka.
      Kucing kita pun dibedalnya...

      Padam
  3. Wah, siap tunggu tu. Bravo Doc. Memang wajar sangatlah sekolahkan diorang. Kepala dia memang kena 'tangkap' dulu, fix sana sini sikit, lepas tu baru dia akan ajar anak2 buah dia.

    BalasPadam
  4. Kebetulan masa tu saya ada kat depan rumah.
    Jadi saya tunggulah mereka datang.
    Sambil tu bersihkanlah apa2 yg patut.

    BalasPadam