Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 September 2013

Aku dan Minggu Ini


Hari Isnin.
Aku terima panggilan telefon.
Daripada pejabat kesihatan daerah.
Mereka mahu melantik,
klinik aku sebagai klinik sentinel surveillance.
Memantau penyakit Influenza-like Illness.
Satu2nya klinik swasta dalam daerah ini yang terpilih.
Nampak macam bagus bunyinya kan?
Tetapi sebenarnya hanya menambah beban kerja.
Menjadi pengumpul data tanpa bayaran.
Sukarela. 
Paksarela.

Penyakit Influenza-like illness.
Geng2 penyakit H1N1. 
Penyakit mudah berjangkit.
Penyakit agak berbahaya.
Boleh membawa maut.
Sebab itu perlu dipantau.
Sebab itu perlu sentiasa berjaga2.


Ini tugas tambahan aku setiap hari.
Dah jadi macam pegawai kerajaan pulak.
Kumpulkan kes2 demam lebih 38 darjah.
Untuk tempoh 24 jam yang lepas.
Lepas tu study satu2.
Kalau cukup kriteria,
kena masukkan dalam statistik.
Kena informed sebelum pukul 10 pagi.
Setiap hari bekerja.
Tanpa gagal.
Tujuannya adalah untuk pemantauan sahaja.
Takut tiba2 ada outbreak.
Takut tiba2 ada pertambahan kes.
Jadi senang dan cepat mereka bertindak.

Pagi ini pula.
Ada seorang tauke pembinaan call.
Nak buat pemeriksaan pre-Fomema.
Nak check darah sahaja katanya.
Kalau clear baru mereka nak proceed ke Fomema.
Aku terangkan.
Pemeriksaan Fomema bukan sekadar ujian darah.
Ada fizikal, air kencing juga  x-ray.
Tapi dia nak juga.
Nak yang paling simple dan paling minimum.
Dengan kos paling murah semestinya.

Petang ini.
20 warga Indon tiba2 datang serbu.
Masing2 muka dalam ketakutan.
Tanya umur pun dah gelabah.
Rupa2 nya mereka dah lebih 6 bulan di sini.
Tapi belum ada permit. 
Walaupun tiap2 bulan gaji dah potong,
permit masih belum disiapkan.
Sekarang kan tengah sibuk tangkapan besar2an.
Jadi tauke dah panik.
Aku diberitahu mereka sekarang tidur dalam kebun.
Tauke suruh nyorok dulu kata mereka.
Takut ditangkap.
Mereka juga tak mahu dihantar balik.

Satu aku terfikir.
Taukenya hanya main wayang dengan pekerja2 nya.
Konon dah ambil darah.
Konon dah nak buat permit.
Tapi sebenarnya bukan ikut aturan yang betul.
Tak berdaftar dengan Fomema lagi.
Tapi aku perlu bersangka baik.

Aku kasihan dengan mereka.
Muda2 lagi dah lari dari kampung.
Merantau untuk mencari kehidupan lebih baik.
Tetapi mereka kurang pelajaran.
Mudah ditipu dan tertipu.
Gaji tak sebanyak yang dijanjikan.
Kerja tak semudah yang dijangkakan.
Penghidupan tak sesenang yang diimpikan.
Bila 'kosong' dan tiada permit sah,
hidup sentiasa dalam ketakutan.
Di Malaysia bukan seperti dikampung.
Di sini tak semestinya ada duit semua boleh jadi.
Duit banyak hanya membeli janji2 kosong.
Duit hanya membeli janji2 mulut.
Permit jauh sekali.

Petang ini juga.
Ada seorang lelaki Melayu.
Namanya berbinkan orang Islam.
Usia lewat 20-an.
Datang mengadu sakit kepala.
Migraine.
Muntah2.
Selepas 'sessi' soal siasat.
Dia akhirnya mengaku.
'' Malam tadi ada 'minum' sikit. "
" Ada kawan belanja. "
" Jadi pagi ini hang over. "
Aku cakap mana ada kawan nak belanja.
Ini bukan kawan.
Ini syaitan!

Aku pulak yang kena Migraine ni...


5 ulasan:

  1. Suka jawapan utk kes terakhir......bkn kwn tp syaitan!

    BalasPadam
  2. jangan migrain lagi.. nanti sape nak cek suma pesakit...

    koolll... tarik napas.... hehehe...

    Syaitonnirrojimm kawan saya cakap...

    BalasPadam
  3. semoga tuan blog sentiasa dirahmati Allah.

    nasihat sikit dekat tauke kebun tu. tak baik menyusahkan orang dan pada masa yang sama menyusahkan negara juga.

    bawa masuk pekerja asing tanpa izin, aish...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.

      Semoga tuan dirahmati Allah juga.

      Padam
  4. eh, tauke pembinaan.
    silap pula. hee.
    maafkan saya.

    BalasPadam