Langkau ke kandungan utama

Aku dan Minggu Ini




Selepas cuti Hari Malaysia,
hidupku agak berserabut.
Kerja banyak.
Masalah banyak.
Pesakit pun agak ramai.
Itu tak termasuk warga asing yang buat medikal.
Pening pening pening.

Ada satu kilang panel hantar surat amaran.
Minta kerjasama pasal pemberian MC.
Ini bukan kali pertama.
Dah banyak kali dah.
Itu tak termasuk yang call pagi2 buta,
tanya kenapa beri MC kepada pekerja2nya.
Doktor yang beri MC?
Ataupun pesakit yang minta MC?
Apa bezanya?

Aku sebenarnya dah malas nak bertekak dengan pesakit.
Aku juga dah malas nak memberi alasan kepada majikan.
Dah beribu2 kali aku jelaskan,
pemberian MC adalah hak doktor.
Pemberian MC adalah atas budi bicara doktor.
MC bukannya hak pesakit.
MC juga bukannya hak majikan.
Padaku bila pesakit mempersoalkan budi bicara doktor,
bila majikan mempersoalkan budi bicara doktor,
kenapa lokek sangat nak beri MC,
kenapa mudah sangat nak beri MC,
ianya mempersoalkan kredibiliti doktor itu sendiri.
Maka,
bila kredibiliti aku dipersoalkan,
aku senang sahaja.
Carilah klinik dan doktor lain.
Nak terminate panel pun aku tak kisah dah.
Rezeki aku bukannya kilang kau yang beri.
Rezeki aku Allah yang beri.

Aku sangat2 setuju.
Pekerja2 di Malaysia kebanyakannya adalah MC seekers.
Sakit sikit nak MC.
Gatal celah kelengkang tak boleh nak kerja.
"Malu nak menggaru depan kawan2."
Batuk sikit tak boleh nak kerja.
"Takut berjangkit dengan kawan2."
Sakit pinggang sikit tak boleh nak kerja.
"Kerja kena angkat berat2 nanti lagi sakit."
Cirit-birit 2 kali pun nak kena ambil MC.
"Toilet jauh dan takut tak sempat."
Haramjadah betul!

Itu belum kira yang tak sakit.
Yang ambil MC bukan atas sebab2 kesihatan.
Anak nak hadir konvokesyen tadika pun nak MC.
Anak nak bersunat nak MC.
Tayar kereta pancit nak MC.
Hujan lebat pun nak MC.
Baru balik bercuti seminggu pun nak menyambung dengan MC.
Balik interview singgah klinik ambil MC.
Balik dari antenatal check up pun singgah klinik ambil MC.
Nak tangguh ambil exam PJJ pun nak MC.
Emak balik dari haji pun dia yang nak MC.
Bergaduh dengan supervisor nak MC.
Terkunci dalam bilik air nak MC.
Pendek kata,
1001 alasan boleh digunakan untuk dapatkan MC.
Begitu pemalasnya pekerja2 di Malaysia ini.
Dan ada juga yang sengaja datang klinik,
nak MC sebab dah lama tak ambil MC.
Rasa nak cekik2 aje manusia2 macam ini.

Tetapi tak semuanya begitu.
Ada yang demam 40 darjah masih nak bekerja.
Ada yang sakit mata teruk pun masih nak bekerja.
Ada yang confirmed chicken pox pun masih nak bekerja.
Tetapi pekerja2 seperti ini susah dicari.
1 dalam 1000.
Dan orang2 sebegini aku boleh lihat kehidupannya.
keberkatan rezekinya.
Pencapaian anak2nya.
Juga kesihatan yang Allah berikan.

Ada satu kilang beri VSS kepada pekerja2nya hujung bulan ini.
Selang sehari pasti ada pekerjanya datang.
Bergilir2 nak MC.
" Kawan2 ambil kenapa aku tak ambil? "
"Lagipun kat kilang dah takda kerja."
"Duduk melanguk tepi longkang" (katanya!)
"Duit pampasan pun dah dapat."
"Dah menyampah tengok kilang."
"Tinggal tunggu masa sahaja."

Beberapa hari lepas.
Ada satu company entah dari mana.
Datang nak pasang terminal untuk pesakit panel.
Katanya semuanya free.
Tak payah bayar apa2.
Tapi aku reject.
Aku cakap aku tak nak pasang.
Aku dah terkena sebelum ini.
Company TPA yang guna sistem online tak boleh dipercayai.
Banyak sangat terma & syaratnya.
Lepas tu pesakitnya cuma seorang dua.
Bayaran pun lepas 3-4 bulan.
Staf aku yang buat pening.
Aku pun pening jugak.
Dan mulai hari dan saat ini,
tiada lagi terminal atau syarikat2 TPA di klinik aku.

Bulan ini ramai betul warga asing datang bertandang.
Tradisi setiap tahun.
Fomema memang tak pernah berubah.
Hujung2 tahun baru diberi kuota kat aku.
Kadang2 satu hari lebih 20 orang sekali datang.
Naik takut pekerja2 aku.
Bahasa Malaysia memang langsung tak faham.
Bau badan jangan ceritalah.
Toilet klinik dah jadi macam tandas awam.
Pam patah, pintu terkopak, lantai kotor.
Nasib baik Fomema bayar on time,
kalau tidak memang dah lama aku reject.

Kelmarin ada satu kes.
Warga Pakistan.
Ikut borang kerja di Perak.
Tapi berniaga tudung di Senai.
Aku luluskan dia sebab semuanya nampak normal.
Tiba2 Fomema hantar surat.
Suruh repeat Blood Group dan Hepatitis Screening.
Hantar ke dua makmal berlainan.
Tahun lepas orang yang sama failed Hepatitis B Screening.
Ada dua kemungkinan.
Makmal yang silap.
Ataupun staf aku yang silap.
Maksudnya orang yang datang ambil darah,
tak sama dengan orang yang dalam passport.
Macamana boleh tersilap?
Staf aku tak check passport betul2.
Penaltinya?
Gantung 6 bulan kalau sabit kesalahan.


Akhirnya.
Petang Khamis.
Aku ajak kawan baik aku.
Yang dah semakin jarang berjumpa.
Walaupun duduk satu taman.
Dan ofis sebelah-menyebelah.
Aku pergi minum kat Mc Cafe.
Pekena Iced Mocca dan Chocholate Muffin on steroid.
Duduk sembang2 sambil tengok cara kopi dibancuh.
Kegilaan zaman sekarang.
Minum kopi pelbagai perisa.
Minum kopi pelbagai gaya.


Hari ini lapang sikit kepalaku.
Ada doktor ganti diklinik.
Aku duduk rumah.
Sambil melayan cerita2 yang aku rakam di PVRku.

Salam Jumaat kawan2.




Ulasan

  1. stressnya doktor punya rutin
    hahah tapi part kelakar gatal celah kelangkang malu nak garu
    tapi dalam banyak2 alasan nak mc tu...adoii terasa nya saya ...ada pernah buat hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cerita pasal MC,
      1001 malam pun tak habis.

      Ada sampai satu tahap,
      rasa nak berhenti aje jadi doktor ni.

      Padam
    2. Saya rasa,kita as GP, stress nombor satu ialah pasal MC seeker/malingerer...Lepas tu hal2 berkaitan claim..Saya tak kisah jumpa ramai patient yg betul2 sakit, perlukan our advice & expertise...I dont mind spend my time...Tapi menghabiskan masanak melayan penipu2 MC ni yg buat kita rasa stress..rasa rugi masa..:)

      Padam
  2. Saya dah malas nak kerja ni...sebab nak layan kaki2 penipu..Yg sadis tu,dah tua bangka,yg dah umur 50+,pun manjang MC...Nak saya tegur lebih2, saya serba salah...Saya berdoa moga rezeki saya & wife dlm bisnes lain yg kami ceburi ni, cerah. Saya nak kerja PRN basis aja, just nak brush up skill, risau skill hilang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah DZ.
      Saya pun macam nak cari kerja lain aje.
      Depan klinik tengah buat Aeon.
      Ingat nak sewa satu kedai.
      Jual nasi ayam penyet ke apa...

      Saya doakan.
      Semoga bisnes awak akan berjaya.
      Amin!

      Padam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…