Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 September 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pukul 7:00 malam.
Aku sedang berjalan menuju ke kereta.
Aku dah kepenatan bekerja sif petang.
Malam ni kena masuk klinik lagi.
Tiba2 seorang lelaki memanggil2ku.
Mungkin pesakitku agaknya.
Memang betul.
Dia kelihatan panik.
Dia suruh tengokkan keadaan anaknya.

Anaknya berusia 3 tahun.
Ada penyakit ADHD.
Memang tak boleh diam walau sesaat.
Mungkin allergik atau apa,
dia asyik menggosok2 matanya.
Jadi kelopak matanya dah membengkak.
Mata putihnya pun dah mula bengkak.
Matanya juga berair.
Memang sah allergik.
Itu pendapatku sebagai seorang doktor cabuk.
Tapi aku bukan pakar mata.
Pendapatku tak laku.

Aku cakap masalah biasa sahaja.
Aku cadang nak beri antiHistamine.
Piriton ke, Polarax ke, Adezio ke,
biar kurang sedikit allergiknya.
Tapi ibubapanya semacam tak terima pendapat aku.
Mereka takut ada masalah dalaman.
Mereka takut anaknya jadi buta.
Sungguh2 dia nak minta surat rujukan.
Nak jumpa pakar mata.

Aku cakap,
Ini bukan kes kecemasan.
Boleh tunggu esok pagi.
Tak perlu tergesa2 nak jumpa pakar mata.
Tapi mereka ada medical card.
Company dah beri.
Mereka nak gunakannya.
Mereka nak pergi malam ini jugak.
Nak suruh aku tulis surat rujukan.
Aku cakap klinik aku dah tutup.
Staf dah kunci pintu.
Kena tunggu pukul 8.
Tapi mereka tak boleh tunggu.
Mereka ada medical card.
Mereka nak segera mendapat rawatan.
Tunggu sejam pun tak boleh.
Ini kes bahaya.
Lagipun mereka ada medical card.
Rugi kalau tak gunakan.

Ramai yang menyalah anggap.
Mereka ingat Medical card itu VVIP Card.
Ibarat Universal Express lane di USS Singapore.
Semuanya boleh redah aje.
Boleh potong queue.
Doktor pun sekadar jadi kerani mereka.
Asyik suruh tulis surat referral sahaja.
Padahal banyak company HMO atau TPA yang macam sial.
Payment lambat.
Bayar lepas 3-4 bulan.
Lepas tu potong sana-sini.

Petang Isnin ada seorang ibu.
Bawa anaknya berusia 16 tahun.
Dah 5 hari demam tak baik2.
Suhunya 38.7 darjah.
Tekaknya merah.
Hingusnya pekat kekuningan.
Emaknya kata anaknya pernah kena Denggi.
Sekadar disyaki sahaja.
Setakat masuk air kat ER sahaja.
Takda masuk wad.
Emaknya risau dia mungkin kena denggi lagi.
Emaknya ni jenis banyak membaca agaknya.
Jenis suka melayari internet.
Jadi dia lebih pandai daripada aku.
Dia lebih berpengalaman daripada aku.
Semua suggestion aku dibangkangnya.
Semua teori2 aku disalahkannya.
Aku kata bukan denggi dia tak percaya.
Aku suruh makan antibiotik dia tak nak.

Akhirnya mudah sahaja.
" Kakak bawak baliklah anak kakak "
" Kakak lebih pandai daripada saya "
" Suka hati kakaklah nak buat macamana "

Ini Edisi sakit kepala.
Tapi ubatnya dah ada.
Baru sahaja sampai...


Terima kasih Dr Singa.



8 ulasan:

  1. Walaupun nampak macam sesetengah pesakit takut berjumpa doktor, tapi ada juga yang lebih pandai tentang penyakit dan ubat-ubatan dari doktor ya? ;-)

    BalasPadam
  2. spesis yg overuse medical card ni mmg annoying kan...Kurap pun mintak refer dermatologist...

    spesis ' doktor google' ni pun payah...terlebih pandai...kalau dah pandai, takyah la jumpa doktor...

    spesis tak geti sabar pun sakit hati jugak...Time maghrib la gigih nak dtg klinik...padahal melayu Islam...dan bukannya emergency, URTI biasa aja pun....

    BalasPadam
  3. Hahahhaaaa..
    saya pernah ....datang nak mintak referral untuk kurap
    saya tulis..
    ' kurap .. requested referral..'

    nanti tunjuk hasilnya ya!!
    thanks so much Zoul!!
    :)

    BalasPadam
  4. Perati dr wat entry, dr gak ngomen hihihi mcm2 perangai kan. Seb bek saya pakai note. Kalau ada laptop lg pjg komen sy bg. Hihihi next time la.

    BalasPadam
  5. TPA buat doktor2 dan klinik2 pening. Company pun pening. Saya minta ubat kat klinik, klinik kata ubat mahal (Nexium 40mg) susah nak beri. TPA lambat bayar..susah nak rolling modal. Saya pujuk2 baru dapat. Saya e-mail aduan, komplen kenapa TPA lambat bayar kat klinik sampai nak dapat ubat pun susah. Padahal benefit company bagi pada staff ialah unlimited untuk GP. Tup2, TPA hantar warning kat klinik sebab klinik 'buka rahsia pekong' TPA dengan patient. Cis...!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aziela.

      Saya bosan dgn TPA.
      Byk sangat nak sekarang ni.
      Satu company satu TPA.
      Lepas tu byk sgt T&S nya.
      Patient pun setakat 2-3 org.
      2 bulan sekali datang klinik.
      Claim pun setakat 100 lebih sahaja.
      Prosedur mcm bisnes juta2.
      Lepas tu 3-4 bulan baru dpt.

      Kalau tak kesiankan patient,
      Rasa nak terminate aje.
      Leceh yg amat....

      Padam
  6. Dr, ibu yang bawa anak yg demam tu saya risaukan anaknya pula. anak saya pernah mengalami simptom yang sama, makan antibiotik tapi tak berkesan. rupanya anak saya terkena jangkitan kuman di otak (sinusitis w subdural empyema). Alhamdulillah, anak saya selamat. Tapi lesson learned, dengar nasihat doktor, demam ni petunjuk kpd jangkitan yang kita mesti kenalpasti apa dia. Apa kata dr?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Muslimah,

      Terima kasih berkongsi pengalaman.
      Sakit yg anak puan dapat tu sangat jarang berlaku.
      Tapi boleh dirawat.
      Alhamdulilah.

      Padam