Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 September 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki warga Nepal.
Bekerja kilang.
Agak susah berhubung kerana masalah bahasa.
Datang ke klinik kali pertama kira2 sebulan yang lalu.
Mengadu tercucuk dawai besi pada jarinya.
Dia datang ke klinik 4 hari kemudian.
Dengan jarinya yang semakin membengkak.
Doktor locum buat dressing dan beri antibiotik.
3 hari kemudian dia datang lagi.
Jarinya semakin teruk.
Doktor locum rujuk dia ke hospital.
Tapi doktor kerajaan tak buat apa2 yang drastik.
Cuma dressing dan beri antibiotik sahaja.

Seminggu yang lalu.
Aku berjumpa dengannya.
Jarinya dah sekali ganda bengkaknya.
Jangkitan kuman agak teruk.
Aku tak yakin dia makan ubat ikut aturan.
Aku tak yakin dia jaga kebersihan.
Dengan jari sebegini,
dia masih gigih bekerja.
Aku rujuk dia ke klinik pakar tulang.
Dua kemungkinan komplikasi.
Satu Osteomyelitis.
Dua ada foreign body tertinggal didalamnya.
Aku harap doktor hospital akan buat x-ray.
Aku harap doktor hospital akan buat pembedahan.


Ini jarinya hari Sabtu yang lepas.
Seram juga aku melihatnya.
Tetapi doktor kerajaan tak beri dia jumpa pakar tulang.
Dia dihantar balik ke unit pesakit luar.
Kitaran baru berulang semula.
Dressing dan antibiotik.
Itu sahaja.
Tiada siapa yang suruh buat x-ray.
Tiada siapa yang nak buat exploration.
Sekadar bubuh Flavin dan balut.

Jadi apa aku lakukan?
Apa yang anda akan lakukan?

Aku beri IM Trixone 1g.
Aku beri LA cukup2.
Aku buat wound exploration sendiri diklinik.
Apa aku jumpa?
Serpihan besi karat.


Hasilnya?
Ini keadaan jarinya malam ini.
Dah tiada nanah.
Bengkak dah berkurangan.
Sakit pun dah berkurangan.
Alhamdulilah.

Untuk kebanyakan kes,
luka2 sebegini paling lama pun seminggu.
Mesti dah baik punya.
Tetapi kalau dah sebulan masih bernanah dan bengkak,
mesti ada sesuatu.
Aku dah tulis jelas2 dalam surat rujukan aku.
Tetapi tiada siapa yang endah.
Semua anggap ini luka biasa2 sahaja.
Mula2 aku pun beranggapan sama juga.
Tetapi bila tengok keadaannya,
aku rasa bersalah.
Aku tak buat dan mencuba yang terbaik untuknya.

Bila melihatnya mula tersenyum malam ini,
hatiku mula tenang.
Penat lelah seharian hilang dengan sekelip mata.
Walaupun dia tak pandai ucap terima kasih,
keikhlasan senyumannya dah memadai untukku.


5 ulasan:

  1. Thanks to your good followup, the case is improving towards healing! What can we learn from this episode? A dedicated doctor who follows up can heal, despite the health system is not helping!

    BalasPadam
  2. saya ngeri tengok jari dia... tapi saya kagum dengan doktor... ;) ...

    BalasPadam
  3. Memang selalunya due to left FB..
    Sorry to say, some of our colleague kat OPD mmg teruk...Saya dulu MO Ortho..sedih tgk simple bone anatomy pun mereka boleh salah!

    BalasPadam
  4. Manalah doktor2 muda belia kat sepital tu asyik kena marah jer dengan doktor2 pakar yang senior. Tiny matters pun salah juga. What actually is happening to our new badge doctors yer?

    BalasPadam
  5. Ngeri tak darah tapi mmg this kind of doc that we are looking for! Good Job docs.. kesian Nepal tu ..

    BalasPadam