Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Dua bulan yang lalu.
Seorang warga Nepal datang ke klinik.
Lelaki berusia awal 30-an.
Dia bekerja disebuah kilang besi.
Kerjanya teruk.
12 jam sehari.
6 hari seminggu.
Pekerja2 warga tempatan ramai yang tak tahan.
Kerja 2-3 bulan; berhenti.
Kerja 2-3 bulan; cha alif but.
Tetapi memandangkan dia dah ikat kontrak,
hendak tak hendak terpaksalah bekerja separuh mati.

Dipendekkan cerita,
dalam tempoh dua bulan ini,
lebih 4 kali dia datang ke klinik aku.
Dia sering mengadu sakit perut.
Kadang2 dia mengadu ada angin.
Kadang2 dia mengadu susah buang air.
Aku bukan tak check betul2.
Setiap kali datang aku pasti check perut dia.
Aku tengok mukanya biasa2 sahaja.
Perutnya pun biasa2 sahaja.
Lepas 3 kali datang,
aku masih tak tahu apa penyakitnya.
Walaupun dia mengadu sakit perut,
aku tengok dia sihat sahaja.
Makan masih berselera.
Tidur masih lena.
Langsung tiada demam.
Macam2 ubat aku beri.
Ubat angin,
ubat sakit perut,
ubat sembelit,
ubat gastrik,
ubat cacing pun aku beri.
Tapi dia masih menga…

Aku dan Wordless Wednesday

Panjang ceritanya...




Aku dan Dilemma Mencari Staf Baru

Tahun ini 10 tahun usia klinikku.
Bermula dengan 2 orang staf,
sekarang dah 5 orang.
Staf klinik aku jarang bersilih-ganti.
Masing2 rasanya seronok bekerja denganku.
Agaknyalah.
Waktu kerja sif yang fleksibel.
Kerja 5 hari seminggu.
Tak pernah kerja pada hari minggu.
Tak pernah kerja pada hari cuti am.
Kadang2 boleh balik awal.
Terutama hari2 sebelum cuti perayaan.
Cuma telinga kena tebal. Sabar kena banyak. Orang sakit ni 1001 macam karenahnya. Doktornya pun moody semacam aje.

Dalam tempoh 10 tahun ini,
baru 5 orang staf aku berhenti kerja denganku.
Masing2 kerana ikut suami.
Masing2 kerana ikut arahan suami.
Yang lain2nya semua setia denganku.
Walaupun asyik kena marah denganku,
walaupun asyik kena perli denganku,
mereka tak pernah berasa hati. Agaknyalah.

Tapi itu dulu.
Setahun dua ini segala2nya berubah.
Ramai staf baru aku berhenti mengejut.
Staf kerja part time pun tak tahan lama.
Staf yang senior pun sama.
Mula2 aku buat tak kisah.
Mula2 aku buat tak endah.
Tapi lama2 baru aku…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ramai yang tak faham.
Ramai yang agak keliru motif gambar semalam.
Ini ceritanya.

Ini cerita anak kepada pesakitku.
Rasanya dah beberapa kali aku cerita pasal dia.
Seorang pesakit yang obses dengan specialist.
Sakit sikit aje nak ke specialist.
Belum cuba makan ubat klinik dah sibuk nak ke specialist.
Petang jumpa aku,
malam nak jumpa specialist.
Mentang2lah tak payah bayar sesen,
habis semua specialist nak diconsultnya.
Dan habitnya dah berjangkit kat anaknya.

Anak pesakit ini jarang jumpa aku.
Dan aku tak pernah pun check telinga dia.
Pada suatu malam dia call klinik seperti biasa.
Minta tulis surat rujukan.
Anaknya sakit telinga katanya.
Bila aku suruh bawa anaknya datang klinik,
dia kata tak boleh.
Anaknya sedang belajar dikolej.
Esok pagi baru sampai katanya.
Jadi aku cakap bawalah datang esok pagi.
Tak boleh juga katanya.
Esok pagi2 dia dah nak ke specialist.
Dia ada appointment dengan specialist.
Jadi dia nak bawa anaknya sekali esok pagi.
Tak boleh tunggu aku katanya.
Sebab ak…

Aku dan Wordless Wednesday

Nothing.

Aku Suka Pasar Karat JB

Tambah koleksi dalam almari.
Walaupun tak original, Tapi berkualiti. Harga sangat berpatutan. Harga mampu milik. Boleh tawar harga lagi.
Aku suka ke #pasar karat JB.


Aku ke Bazar Karat Johor Bahru

Petang Sabtu minggu lepas aku ke bandaraya JB. Lengang. Macam bandar mati. Jadi malam tadi aku datang lagi. Katanya sangat meriah pada malam minggu. Bazar Karat Sg Segget. Itu lokasinya.

Walaupun aku orang Johor, Ini pertama kali aku singgah di sini. Pukul 10 malam minggu. Jalan jem teruk. Kenderaan diletakkan dimerata2 tempat. Kenderaan diletakkan sesuka hati. Tiada polis trafik yang bertugas. Pada masa yang sama, Ada gerai2 jualan sempena Deepavali disebelahnya. Lagi meriah suasananya.

Bazar Karat Sg Segget. Sangat meriah. Beratus2 gerai tersusun disetiap ceruk jalan. Macam-macam ada dijual. Jersi bola, Kasut, Beg tangan, Perfume tiruan, T-shirt dan jeans, Barang2 bundle, Barang2 2nd hand, Alat permainan, Pendek kata semua ada. Aku suka melihat suasananya. Lebih meriah banding Jonker Street di melaka. Ada juga penyanyi2 jalanan buat persembahan. Boleh tahan juga suara mereka.

Gerai2 disini tiada sistem. Semuanya caca-marba. Tiada yang standard. Itu keunikannya. Rasanya kebanyakan m…

Aku dan Aidil Adha 2013

Sehari sebelum Aidil Adha. Aku kena bekerja seperti biasa. Tapi masuk sessi petang, Kepala aku dah kat kampung. Dah tak boleh nak concentrate. Jadi pukul 5 aku dah tutup kedai. Itupun masih ada juga yang menyerbu.

Raya haji tahun ini agak meriah. Adik-beradik pakat memasak kat rumah wife aku. Meriah. Cukup meriah. Paling gembira aku tengok emak mertuaku. Dah tak nampak kegelisahannya. Seronok dia tengok anak dan cucu duduk berkumpul. Bergotong-royong memasak ramai2. Lepas tu pakat makan ramai2.
Pagi hari raya. Pukul 7:30 aku dah sampai ke masjid. Aku antara yang terawal tiba di masjid. Pak imam pun belum sampai masa aku sampai. Bukan apa, Aku tolong hantar bapak mertua aku. Dia kena pergi awal. Dia nak duduk di tempat favoritenya. Dipenjuru kanan saf paling depan. Lagipun kena hantar betul2 depan pintu masjid. Walaupun semangatnya masih kuat, Kakinya dah tak kuat.  Tongkatnya di kiri kanan tangannya.

Lepas sembahyang sunat Aidil Adha, Aku ke rumah emak aku pulak. Emak ada buat kurban…

Aku ke Puteri Pacific Hotel

Petang hari Sabtu.
Ada jemputan minum petang di Hotel Puteri Pacific. KPJ Johor Specialist Hospital yang anjurkan. Jumpa kawan lama. Kenal2 dengan specialist di KPJ. Dengar ceramah sikit. Makan free. Dan yang penting, Lari daripada kebiasaan. Lari daripada pesakit.

Pukul 2:15 aku dah sampai. Majlis sepatutnya bermula jam 2:30 petang. Tapi sampai pukul 3:00 pun hanya 40% kedatangan.  Daripada 12 meja, Hanya separuh yang diisi. Doktor GP macam aku tak sampai 10 orang. Yang lain2 nya kakitangan KPJ. Petang hari Sabtu. Ramai doktor yang masih bekerja. Lagipun takda CME point. Jadi tak ramai yang berminat agaknya. Pukul 3:15 petang, Majlis pun dimulakan. Ada tayangan slaid. Ada 2 ceramah pendek. Satu oleh Onkologist.
Junior aku masa di UM dulu. Cerita pasal perkembangan mesin radioterapi.
Cerita pasar kanser.
Canser is not a death sentence. Satu lagi oleh pakar Orthopedik. Cerita pasal sakit lutut. Rawatan stem cell anybody?

Lepas ceramah barulah ucapan oleh Dr Hafetz. Medical Director unt…

Aku dan PCOS

Aku bukan pakar sakit puan.
Tapi semenjak dua menjak ni,
ramai pulak perempuan datang mengadu hal.
Period semakin jarang.
Period berbulan2 tak datang.
Berat badan semakin meningkat.
Bahagian perut semakin membesar.
Dan yang paling biasa,
kenapa susah sangat nak mengandung.

Minggu lepas ada seorang perempuan.
Usia lewat 20-an.
Berkahwin baru 5 bulan.
Lepas kahwin period jadi tak menentu.
Perut semakin membesar.
Ramai bertanya "dah ada isi ke?"
Tapi bila check urine, negative.
Bila scan tak nampak apa2.
Cuma beberapa cysts kelihatan di ovarinya.
Menangis bila aku cerita pasal penyakitnya.

Minggu lepas juga ada seorang wanita.
Usia awal 20-an.
Cerita lebih kurang sama.
Sejak kahwin period langsung tak datang.
Berat badan naik mendadak.
Pinggang selalu sakit.
Rasa mual dan loya2.
Check urine takda apa2.
Scan pun takda apa2.
Bila aku cakap pasal penyakitnya,
cepat2 dia nak cari pakar sakit puan.

Ada seorang lagi perempuan muda.
Usianya baru awal 30-an.
Periodnya memang 5-6 bulan sek…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku suka Tamron 10-24mm.
Penerokaan tiada hentinya.





Aku dan Masterchef Celebriti

Selamat datang ke program Masterchef Celebriti.

Tugasan hari ini:
Masakan tengahari untuk 3 orang juri.
Masak apa sahaja yang mengenyangkan.
Masak apa sahaja yang ada di peti sejuk.
Tak boleh curi2 pergi kedai.
Tak boleh beli barang2 yang tiada di peti sejuk.

Masa diberikan:
Satu jam.
Termasuk mengemas dapur.

 Sejam kemudian.


Ketam Black Pepper.


Bendi Goreng Ikan Bilis.


Udang Goreng Mentega.

Keputusan:
3 juri yang kekenyangan.
2 juri yang suka bila ayahnya tak bekerja.
1 juri yang suka bila suaminya tak bekerja.


Aku dan Hari Mingguku

Hujung minggu.
Wife masak.
Aku drive.
Pergi berkelah.
Tapi tepi padang sekolah aje.

Sebagaimana drsinga suka ex-macro saya,
saya suka ex-wide angle dia.
Satu barter trade yang tak merugikan.

Salam hujung minggu kawan2!


Aku dan AEON Mall Kulaijaya

Akan dibuka.
Bulan 12 nanti. Cawangan ke 31. Aeon Kulaijaya. Letaknya depan klinik aku. Tak sampai setahun pembuatannya. Cekap sungguh kontaktornya. Cuba tengok jika kerajaan punya. 3 tahun pun belum tentu siap.

Hari Sabtu semalam. MB Johor datang ke Aeon Kulaijaya. Ada program menanam pokok. Projek menghijaukan bumi. Projek bersama masyarakat setempat.

Sekolah anakku pun terlibat sama. Maklumlah UPSR dah lepas. Jadi buatlah aktiviti2 berfaedah. Taklah asyik menghadap FB dan twitter sahaja.

Aku suka ke Aeon. Taman U. Tebrau City. Bukit Indah. My favorite lepak places. Semuanya ada. Parking yang luas. Tempat makan yang pelbagai. Tempat untuk mencari segala barang keperluan. Pendek kata segala2nya ada di sini.

Aeon Kulaijaya. Harganya 240 juta. Keluasannya 430 ribu kaki persegi. Kehadirannya memesatkan pembangunan di Kulaijaya. Harga rumah melambung. Sewa kedai melambung. Kenderaan semakin bertambah. Jalan semakin sibuk. Harap2 rezeki pun bertambah.

Hari ini. Masih berduka dengan kekala…

Aku dan Isu Minggu Ini

Malaysia adalah negara Islam.
Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam.
Perdana Menteri Malaysia juga beragama Islam.
Tetapi setakat mana keislamannya?
Ada statistik menyatakan,
kadar rasuah Malaysia adalah yang tertinggi di dunia.
Jadi di mana ciri2 keislamannya?


Kita marah bila orang kafir memperlekehkan Islam.
Kita marah bila orang kafir menghidang Bak Kut Teh semasa Hari Raya.
Kita marah bila surau digunakan untuk majlis agama Buddha.
Kita marah bila nama Allah ingin digunakan oleh Kristian.
Tetapi dimana keislaman kita?
Adakah sekadar berdemonstrasi dan membuat laporan polis? Cukupkah? Orang kafir memang tak memahami Islam. Mereka melihat Islam dari sudut negatif sahaja. Keindahan Islam tidak selalu ditonjolkan. Media barat pun tunjuk yang negatif sahaja. Balik2 peristiwa 9/11. Balik2 isu jihad dan berani mati. Dan apa yang kita lakukan?

Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah.
Islam bukan sekadar cukup sembahyang 5 waktu. Islam bukan sekadar memberi makan anak yatim sem…