Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

06 Oktober 2013

Aku dan AEON Mall Kulaijaya


Akan dibuka.
Bulan 12 nanti.
Cawangan ke 31.
Aeon Kulaijaya.
Letaknya depan klinik aku.
Tak sampai setahun pembuatannya.
Cekap sungguh kontaktornya.
Cuba tengok jika kerajaan punya.
3 tahun pun belum tentu siap.


Hari Sabtu semalam.
MB Johor datang ke Aeon Kulaijaya.
Ada program menanam pokok.
Projek menghijaukan bumi.
Projek bersama masyarakat setempat.


Sekolah anakku pun terlibat sama.
Maklumlah UPSR dah lepas.
Jadi buatlah aktiviti2 berfaedah.
Taklah asyik menghadap FB dan twitter sahaja.


Aku suka ke Aeon.
Taman U.
Tebrau City.
Bukit Indah.
My favorite lepak places.
Semuanya ada.
Parking yang luas.
Tempat makan yang pelbagai.
Tempat untuk mencari segala barang keperluan.
Pendek kata segala2nya ada di sini.


Aeon Kulaijaya.
Harganya 240 juta.
Keluasannya 430 ribu kaki persegi.
Kehadirannya memesatkan pembangunan di Kulaijaya.
Harga rumah melambung.
Sewa kedai melambung.
Kenderaan semakin bertambah.
Jalan semakin sibuk.
Harap2 rezeki pun bertambah.


Hari ini.
Masih berduka dengan kekalahan JDT. 
Aku dah agak JDT akan kalah.
Tapi bukan dengan 6-1.
Kalah dengan bergaya?

Hari ini.
Aku tengok filem Bollywood.
Dah lama aku tak tengok Shah Rukh Khan.
Kali ini Shah Rukh Khan berlakon filem tamil.
Berkawan dengan anak ketua samseng.
Jalan cerita yang menarik.
Ada lawak, ada serius, ada cintan-cintun,
Dan gaduh2 ala filem tamil.
Pukul tak mati2.
Pukul tak sakit.
Cinematografi pun sangat cantik.
Lagu2nya sedap didengar.
Tarian2nya pun klasik.
Rajnikanth punya style. 
Chennai Express.
Filem blockbuster tahun ini.
Kutipannya dah melebihi filem 3 Idiots. 
Tak rugi menontonnya di Astrofirst.


Salam hujung minggu kawan2.


4 ulasan:

  1. Melampau sangat kalah 6 -1 kan?
    Rasuah bola dah menjelma kembali?

    AEON Tmn U tu mmg tempat lepak saya juga,kalau balik ke rumah mak ayah saya di Tmn U.

    Insya Allah,makin maju klinik bro...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entahlah.
      Tunggu ulasan suratkhabar esok.

      Lepas ni boleh lepak kat Kulai pulak.

      Kalau klinik tak maju,
      saya cari kerja kat Aeon.
      Ha ha ha.

      Padam
    2. tempat lepak saya kalau balik JB juga....

      Padam
  2. patut la kawan saya bz ke kulai, rupanya nak bukak store aeon baru huhuhuhu wah best la kulai skang, makin bz gamaknya!
    chennai express tu best ye...cam ni nak tgk gak la kat astro first!

    BalasPadam