Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Oktober 2013

Aku dan Aidil Adha 2013

Sehari sebelum Aidil Adha.
Aku kena bekerja seperti biasa.
Tapi masuk sessi petang,
Kepala aku dah kat kampung.
Dah tak boleh nak concentrate.
Jadi pukul 5 aku dah tutup kedai.
Itupun masih ada juga yang menyerbu.


Raya haji tahun ini agak meriah.
Adik-beradik pakat memasak kat rumah wife aku.
Meriah.
Cukup meriah.
Paling gembira aku tengok emak mertuaku.
Dah tak nampak kegelisahannya.
Seronok dia tengok anak dan cucu duduk berkumpul.
Bergotong-royong memasak ramai2.
Lepas tu pakat makan ramai2.

Pagi hari raya.
Pukul 7:30 aku dah sampai ke masjid.
Aku antara yang terawal tiba di masjid.
Pak imam pun belum sampai masa aku sampai.
Bukan apa,
Aku tolong hantar bapak mertua aku.
Dia kena pergi awal.
Dia nak duduk di tempat favoritenya.
Dipenjuru kanan saf paling depan.
Lagipun kena hantar betul2 depan pintu masjid.
Walaupun semangatnya masih kuat,
Kakinya dah tak kuat. 
Tongkatnya di kiri kanan tangannya.


Lepas sembahyang sunat Aidil Adha,
Aku ke rumah emak aku pulak.
Emak ada buat kurban tahun ini.
Jadi tolonglah apa2 yang patut.
Lagipun emak dah 3 hari demam.
Tahun ini dia tak larat nak masak apa2.
Giliran adik dan kakak aku yang masak.


Di kampung emakku,
ibadah kurban tak semestinya ikut geng masjid/surau.
Nak uruskan sendiri pun boleh.
Jadi kami uruskan sendiri.
Lebih mudah dan tak perlu protokol.
Yang penting niat. 
Lembunya disembelih dalam kebun kelapa sawit.
Lepas potong empat,
pikul dan bawa balik ke rumah.
Aku ada juga belajar sikit2.
Jantung lembu ditimbang untuk mengagak berat daging yang akan diperoleh.
Kalau jantungnya 80 gram,
Dagingnya sekitar 80 kilogram.
Daripada 80 kg,
Sepertiga dibahagi2 kepada tukang lapah.
Sepertiga dibahagikan kepada jiran tetangga.
Dan sepertiga lagi barulah diserahkan kepada orang yang berkurban.


Daripada seekor lembu,
Hampir kesemuanya boleh dimakan.
Cuma rajin atau tidak nak mengusahakannya.
Kepalanya pun sedap dibuat sup.
Daging dan tulang jangan ceritalah.
Kulit dan usus pun boleh dimakan.
Cuma penghidap gout kena waspada.
Tak boleh jalan karang.


Sebelah malamnya aku balik ke rumah.
Cadang nak tengok wayang 3D.
Cloudy With Chances of Meatball 2.
Tapi tak sempat.
Jadi sebagai denda tak menepati janji,
aku bawa anak2 ke MPH Airport Senai.
Carilah buku dan bahan2 bacaan.

Hari Rabu.
Anak2 dah bersekolah semula.
Wife hantar anak sulung balik asrama.
Manakala aku kembali bekerja seperti biasa.
Penat balik kerja,
aku tertengok telemovie ini di MayaHD.
Kaabah Depan Rumah.
Mata yang mengantuk jadi cerah,
Fikiran yang bingung jadi lapang,
Badan yang penat jadi segar,
Perut yang lapar jadi kenyang.
Semuanya kerana telemovie ini.
Kisah seorang lelaki yang langsung tak pernah berkira pasal hartanya.
Dia sangat yakin dengan rezeki pemberian Allah.
Walaupun hidupnya tak kaya-raya,
tetapi jiwanya tenang.
Allah sentiasa memberi jalan kepadanya.
Walaupun setakat kerja kampung,
hutang 30 ribu pun boleh selesai dalam 3 hari.




Salam Aidil Adha kawan2!
Aku tunggu tayangan semula telemovie ini.


2 ulasan:

  1. saya miss movie ni la, remote astro rosak punya pasal, tak dpt rekod siap2
    alhamdulillah, meriahnya rumah ye, semua berkumpul ramai2
    mak pun automatik happy

    BalasPadam
  2. tuari baru je wak tengok movie youtube 'Sugeh' .. tapi X abes tengok lagi tapiii.,iHHKs

    slmt ariraya aji abg doc .., ;-p

    BalasPadam