Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Oktober 2013

Aku dan Isu Minggu Ini

Malaysia adalah negara Islam.
Majoriti penduduk Malaysia adalah Islam.
Perdana Menteri Malaysia juga beragama Islam.
Tetapi setakat mana keislamannya?
Ada statistik menyatakan,
kadar rasuah Malaysia adalah yang tertinggi di dunia.
Jadi di mana ciri2 keislamannya?


Kita marah bila orang kafir memperlekehkan Islam.
Kita marah bila orang kafir menghidang Bak Kut Teh semasa Hari Raya.
Kita marah bila surau digunakan untuk majlis agama Buddha.
Kita marah bila nama Allah ingin digunakan oleh Kristian.
Tetapi dimana keislaman kita?
Adakah sekadar berdemonstrasi dan membuat laporan polis?
Cukupkah?
Orang kafir memang tak memahami Islam.
Mereka melihat Islam dari sudut negatif sahaja.
Keindahan Islam tidak selalu ditonjolkan.
Media barat pun tunjuk yang negatif sahaja.
Balik2 peristiwa 9/11.
Balik2 isu jihad dan berani mati.
Dan apa yang kita lakukan?


Islam bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah.
Islam bukan sekadar cukup sembahyang 5 waktu.
Islam bukan sekadar memberi makan anak yatim semasa bulan puasa.
Islam bukan sekadar pergi Umrah setiap tahun.
Islam bukan setakat buat qurban saban tahun.
Islam adalah satu cara hidup.
Hidup yang penuh dengan kesederhanaan.
Hidup yang sepatutnya menjadi contoh kepada bangsa2 lain.
Kehidupan yang sepatutnya menjadi contoh kepada agama2 lain.

Kebelakangan ini,
Islam semakin dipersendakan.
Bukan setakat oleh bangsa2 asing.
Bukan setakat oleh agama2 lain,
tetapi oleh bangsa seagama juga.
Semuanya demi wang dan keuntungan perniagaan.
Ada kismis yang telah dijampi dengan ayat2 Quran.
Ada air zam2 penerang hati telah dijampi dengan ayat2 Quran.
Ada teh semua dalam satu dikatakan bagus untuk orang2 Islam.
Istilah2 keagamaan digunakan sewenang2 nya.

Memang benar.
Islam menggalakkan perniagaan.
Perniagaan itu satu sunah Nabi.
Perniagaan itu satu jihad.
Perniagaan itu satu ibadah.
Tapi berpatut2lah.
Janganlah sampai menyalahgunakan istilah2 agama untuk memajukan perniagaan.
Kan itu menipu namanya?
Kat FB pun ramai ustaz2 segera menjual produk2 keagamaan.
Berkupiah dan berserban,
Berjanggut dan 'arang' didahi.
Mempromosi dan menjual barang.
Air penawar segala jenis penyakit.
Kalau rabun boleh hilang rabunnya.
Kalau ada katarak boleh sembuh tanpa operation.
Kalau ada alahan boleh sembuh dengan minum air jampi sahaja.
Bukankah itu temberang namanya?
Bukankah itu mempersenda Islam namanya?


Golongan Syiah adalah musuh utama agama Islam.
Walaupun mereka juga Islam, 
Keislaman mereka penuh dengan kepura2an.
Seperti Yahudi dan Israel,
Syiah juga harus ditentang habis2an.
Di dalam ajaran Islam,
Tiada bangsa yang lebih tinggi darjat kerana keturunannya.
Keturunan tidak menjadikan sesuatu bangsa lebih mulia disisi Allah,
Kecuali mereka2 yang beriman kepadaNya.
Tetapi ajaran Syiah cukup menyesatkan.
Ada imam2 mereka yang maksum,
Ada imam2 mereka yang punya darjat lebih tinggi daripada Nabi Muhammad SAW.
Itu belum lagi kira keluar fatwa darah bukan Syiah halal dibunuh.
Kepada kawan2,
Carilah buku2 tentang Syiah.
Kesesatan mereka lebih menakutkan berbanding agama2 lain.

Dua tiga hari ini.
Laporan Audit Negara sudah dikeluarkan.
Sebagai pembayar cukai tegar,
Sakit hati membaca ketirisan kakitangan2  kerajaan.
Mereka membelanjakan duit rakyat sewenang2nya.
Bukan setakat seribu dua ribu,
Tapi berjuta malah berbilion.
Kebanyakan mereka adalah beragama Islam.
Mereka tak rasa takut,
Mereka tak rasa malu,
Mereka tak risau,
Semuanya akan dipersoalkan diakhirat kelak.
Jadi bagaimana bangsa lain hendak selesa dengan Islam,
Bagaimana bangsa lain tak phobia dengan Islam,
Jika islam hanya berkait dengan jubah dan serban,
Jika islam hanya berkait dengan poligami,
Jika islam berkait dengan jihad dan bom berani mati.
Apa lagi yang perlu dibicarakan?
Yang hidup mewah dengan rasuah,
Yang hidup senang dengan makan duit tepi,
Yang hidup cara mudah dengan 'pau' peniaga2.
Yang hidup cara mudah dengan 'pau' warga asing.
Yang hidup cara mudah dengan 'pau' pemandu tanpa lesen.
Kebanyakannya adalah bangsa sendiri.
Kebanyakannya beragama islam.
Ada agama tapi perangai mengalahkan orang kafir.
Tak rasa malu untuk terima rasuah,
Tak rasa malu untuk makan hasil dengan cara menipu,
Tak rasa bersalah memberi anak isteri makan hasil haram,
Tak rasa bersalah memalukan islam.

Akhir bulan lepas,
Kedai mamak dihujung barisan ofisku kena sita.
Kena tutup dua minggu kerana kotor.
Lepas 2 hari ada 2 pegawai datang.
Lepas 2 hari kedai dibuka seperti biasa.
Mereka yang minta.
Mereka yang beri jalan.
Jadi Islamkah itu?
Kita marah bila bangsa asing memperlekeh agama kita.
Tapi kita diam bila bangsa sendiri terang2 menjatuhkan martabat agama sendiri.
Bangsa lain tak takut dengan bangsa kita.
Bangsa lain dah hilang hormat dengan bangsa kita.
Kerana bangsa kita mudah dibeli.
Ada duit semua boleh jadi.

Malaysia adalah negara orang Islam.
Majoriti penduduknya beragama Islam.
Ketua negaranya orang Islam.
Pemimpin2nya kebanyakannya beragama Islam.
Tetapi apa yang dapat ditonjolkan?
Kadar rasuah tertinggi di dunia.
Pembaziran dan ketirisan dalam pentadbiran negara.
Membayar 1.6 juta untuk membawa artis K-pop ke Malaysia.
Membayar 3 ribu untuk membeli satu jam dinding.
Itukah yang patut dijadikan contoh?


Ada pemimpin yang kata,
" Kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam."
" Kalau rasa gula mahal, jangan minum air manis."
" Kalau rasa minyak mahal, naik aje basikal."
" Kalau rasa negara ini dah tak bagus,
pindah sahaja ke negara lain."

Penat.
Malas.
Bingung.
Tension.
Migraine.

Bilalah agaknya segala2nya akan berubah?
  

3 ulasan:

  1. Tu sebab saya & isteri mencari jalan utk migrate ke negara non Muslim ( australia), tapi rakyatnya mempraktikkan amalan yang Islam suruh ( bertimbangrasa,pembersih,jujur, tak makan rasuah,etc etc)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya takkan kemana2.
      Sebusuk2 dan sebangsat2 macamanapun,
      inilah negara saya.
      Hidup dan mati...

      All the best in Australia!
      Nanti saya datang melawat...

      Padam