Langkau ke kandungan utama

Aku dan Dilemma Mencari Staf Baru


Tahun ini 10 tahun usia klinikku.
Bermula dengan 2 orang staf,
sekarang dah 5 orang.
Staf klinik aku jarang bersilih-ganti.
Masing2 rasanya seronok bekerja denganku.
Agaknyalah.
Waktu kerja sif yang fleksibel.
Kerja 5 hari seminggu.
Tak pernah kerja pada hari minggu.
Tak pernah kerja pada hari cuti am.
Kadang2 boleh balik awal.
Terutama hari2 sebelum cuti perayaan.
Cuma telinga kena tebal.
Sabar kena banyak.
Orang sakit ni 1001 macam karenahnya.
Doktornya pun moody semacam aje.

Dalam tempoh 10 tahun ini,
baru 5 orang staf aku berhenti kerja denganku.
Masing2 kerana ikut suami.
Masing2 kerana ikut arahan suami.
Yang lain2nya semua setia denganku.
Walaupun asyik kena marah denganku,
walaupun asyik kena perli denganku,
mereka tak pernah berasa hati.
Agaknyalah.

Tapi itu dulu.
Setahun dua ini segala2nya berubah.
Ramai staf baru aku berhenti mengejut.
Staf kerja part time pun tak tahan lama.
Staf yang senior pun sama.
Mula2 aku buat tak kisah.
Mula2 aku buat tak endah.
Tapi lama2 baru aku perasan.
Rupa2nya ada konflik dalaman.
Rupa2nya ada perang saraf antara mereka.
Masing2 dah tak sehaluan.
Masing2 dah tak boleh berdamai.
Masing2 asyik mencari kesalahan masing2.
Tak boleh cakap depan2,
mereka cakap belakang2.
Tak boleh cakap depan2,
mereka tulis dalam FB.
Masing2 menyindir antara satu sama lain.
Masing2 dengan keegoan masing2.

Sememangnya staf aku dah tubuh 2 parti.
Satu parti UMNO.
Satu lagi parti KEADILAN.
Masing2 buat hal masing2.
Masing2 saling menyalahkan antara satu sama lain.
Aku pernah panggil bermesyuarat.
Tanya apa masalah.
Tetapi masing2 lebih suka memendam perasaan.
Jadi macamana masalah nak selesai?

Padaku masalahnya satu sahaja.
Ego.
Aku dah nasihat macam2.
Buang ego jauh2.
Kena belajar menghormati orang lain,
barulah diri ini akan dihormati.
Jadi kalau tak boleh nak hormat orang,
macamana orang nak hormat engkau?

Seminggu selepas mesyuarat,
Keadaan macam kembali normal.
Tetapi sekejap sahaja. 
Lepas tu balik asal.
Masing2 buat hal masing2.
Tak bertegur sapa walaupun duduk sebelah menyebelah.
Langsung tiada komunikasi.

Dan 2 minggu lepas,
dua staf aku akhirnya hantar notis berhenti kerja.
Memang aku dah agak.
Sebab dah macam2 aku baca kat FB mereka.
Jadi nak tak nak aku kena terima hakikat.
Aku kena cari staf baru dalam tempoh 3 minggu ini.
Setakat ini dah 10 orang isi borang.
Bekas pekerja aku pun ada yang nak kerja semula.
Itu sudah bagus.
Kurang sikit pening nak train staf baru.
Yang lain2nya usia awal 20-an.
Ramai yang ada Diploma Nursing.
Yang ada Diploma in Pharmacy pun ada.
Yang ada ijazah sarjana muda pun ada datang memohon.
Susah nak cari yang ada SPM sahaja sekarang.
Tapi memandangkan gaji kena minimum,
aku nak try interview pemegang2 diploma esok.
Nak tengok tahap kepintaran mereka.

Aku pernah interview pelajar2 kejururawatan dulu.
Masing2 masih muda belia.
Lepas SPM terus ambik diploma.
Umur 20 tahun dah boleh graduate.
Resume panjang berjela.
Belajar 2 tahun macam 10 tahun bekerja pengalamannya.
Tapi bila umur muda belia,
perangai memang masih macam budak2.
Langsung takda self-confident.
Langsung takda wawasan.
Langsung takda perasaan tanggungjawab.
Tanya pasal schedule immunisasi tak tahu.
Itu belum tanya pasal dos ubat.
Itu belum tanya pasal sistem saraf tunjang.
Itu belum aku suruh buat dressing.
Sure lari balik rasanya.

Aku ada jumpa staf yang nak berhenti tu.
Mereka masih sayangkan jawatan mereka.
Mereka masih nak berkhidmat diklinikku.
Tapi mereka dah tak seronok datang bekerja.
Lagipun surat dah dihantar.
Aku dah terima keputusan mereka.
Mereka semua dah besar panjang.
Mereka kena bertanggungjawab atas segala keputusan mereka.

Bersambung.




Ulasan

  1. Trend sekarang ni mmg ramai grad Nursing mintak kerja kat klinik...Yg tak tahan tu, ramai jugak yg demandgaji starting RM 1500..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah dapat pengganti.
      Satu ex-staf saya nak kerja balik.
      Satu lagi ada Diploma Perakaunan.

      Alhamdulilah.

      Padam
  2. salam kenal dari tiranataduka

    Sabo je la..nanti ada la tu staf yg ok.. ada hikmahnya,oh ya saya singgah tanpa di undang .maaf .dari tempat sis aziela tadi..tgok resepi meggi ketam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam singgah TiranaAduka.

      Mana saya ada resepi Meggi Ketam?

      Padam
  3. satu benda saya tak suka bila staff kerap brenti huhuhuhu mmg pening kepala dibuatnya

    BalasPadam
  4. salam.. sabau jo la doc..
    mmg susah nk carik pekerja yang profesional..
    moga terus sukses..

    BalasPadam
  5. nurse yg dulu bukanlah yg sekarang kann abg doc.., uHHUu

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…