Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Oktober 2013

Aku dan PCOS

Gambar hiasan: Akan dibuka bulan depan
Aku bukan pakar sakit puan.
Tapi semenjak dua menjak ni,
ramai pulak perempuan datang mengadu hal.
Period semakin jarang.
Period berbulan2 tak datang.
Berat badan semakin meningkat.
Bahagian perut semakin membesar.
Dan yang paling biasa,
kenapa susah sangat nak mengandung.

Minggu lepas ada seorang perempuan.
Usia lewat 20-an.
Berkahwin baru 5 bulan.
Lepas kahwin period jadi tak menentu.
Perut semakin membesar.
Ramai bertanya "dah ada isi ke?"
Tapi bila check urine, negative.
Bila scan tak nampak apa2.
Cuma beberapa cysts kelihatan di ovarinya.
Menangis bila aku cerita pasal penyakitnya.

Minggu lepas juga ada seorang wanita.
Usia awal 20-an.
Cerita lebih kurang sama.
Sejak kahwin period langsung tak datang.
Berat badan naik mendadak.
Pinggang selalu sakit.
Rasa mual dan loya2.
Check urine takda apa2.
Scan pun takda apa2.
Bila aku cakap pasal penyakitnya,
cepat2 dia nak cari pakar sakit puan.

Ada seorang lagi perempuan muda.
Usianya baru awal 30-an.
Periodnya memang 5-6 bulan sekali.
Berat badan jangan ceritalah.
Dia pun dah ada penyakit 3 serangkai.
Kencing manis, darah tinggi juga tinggi kolesterolnya.
Nasib baik dia ada anak seorang.
Itupun lepas makan pil subur.
Anaknya dah masuk darjah 5.
Tapi sampai sekarang tak sangkut2 lagi.
Macam2 ubat dah dicubanya.
Macam2 makanan tambahan dah dicubanya.
Tetapi rezekinya tak sampai2 lagi.

Polycystic Ovarian Syndrome.
Atau PCOS.
Itulah kemungkinan besar nama penyakitnya.
Dianggarkan 5-10 % wanita mengalaminya.
Memandangkan aku bukan pakar sakit puan,
tak semua kes aku berani mengdiagnosnya.
Tapi kalau nampak pesakit tu confident dengan aku,
aku terangkanlah serba-sedikit pasal PCOS ni.
Tapi kalau dia asyik menyebut nak jumpa pakar,
terus aku tulis surat rujukan.
Malas nak cerita panjang lebar.
Bukannya dia percaya pun cerita aku.

PCOS adalah masalah besar kepada kaum wanita.
Mereka mula 'hilang' sifat2 kewanitaan mereka.
Period bulanan mereka jadi tak betul.
Body yang dulunya slim macam Ziana Zain
 sekarang dah jadi macam juara angkat berat.
Kulit muka menjadi lebih kasar dan berminyak.
Dan satu yang menjadi masalah negara,
mereka sukar untuk hamil.
Bila sukar nak hamil,
itu yang jadi tak tentu arah.

Apa sebab PCOS ini terjadi?
Waallahualam.
Tiada siapa tahu punca sebenarnya.
Ada yang kata faktor genetik.
Ada yang kata faktor penghasilan insulin oleh badan yang tak normal.
Ada yang kata sebab banyak sangat makan ayam yang dah diinject.

Setiap wanita ada 2 kilang telur dinamakan ovari.
Setiap bulan telur2 ini akan cuba ditetaskan,
satu proses yang dinamakan ovulasi.
Proses ini agak kompleks kerana melibatkan kitaran hormon2
perempuan yang aku belajar masa First Year dulu.
Bagi perempuan yang ada PCOS,
ovari tidak menghasilkan hormon secukupnya untuk telur2 tu menetas.
Bila telur tak boleh menetas,
kitaran hormon terganggu dan period menjadi tak tentu hala.
Telur2 yang tak menetas itu terus tinggal dalam kilang telur
dan inilah yang dinamakan cyst.
Bila dah banyak cyst, itu yang dinamakan Policystic.

Tanda2 penyakit PCOS:
  • tarikh period yang kelam-kabut dan tak boleh dijangka.
  • atau langsung tak period untuk beberapa bulan.
  • kesukaran untuk mengandung.
  • pertambahan pertumbuhan bulu di muka, dada, perut, belakang juga jejari.
  • kulit berminyak, muka naik jerawat juga kelemumur dikepala.
  • sakit pinggang juga pangkal rahim.
  • pertambahan berat badan terutama dibahagian pinggang.
  • kena kencing manis.
  • kena darah tinggi.
  • paras kolesterol yang tinggi.
  • keguguran rambut/kebotakan.
  • perubahan warna kulit pada tempat2 tertentu.
  • masalah/gangguan tidur.
Rawatannya?
Tiada rawatan khusus untuk penyakit ini.
Masa aku kerja kerajaan dulu,
kes2 camni biasanya akan dirujuk ke pakar pemakanan dahulu.
Pesakit diajar untuk mengurangkan makanan berkabohidrat/ berkanji
dan lebihkan makan buah2an/sayur2an.
Pil perancang diberikan bagi mengaturkan period.
Pil kencing manis Metformin juga boleh dicuba.
Selain untuk mengawal penghasilan insulin,
ianya juga dikatakan boleh mengawal paras hormon testosterone.

Untuk kes2 yang sukar nak mengandung,
ada beberapa peringkat rawatan.
Pil subur, injection Gonadotrophin, malah IVF pun boleh dicuba.
Bergantung kepada poket masing2 dan kesesuaian kes.
Tapi yang penting,
kena turunkan berat badan dulu.
Itu perkara pertama aku kena buat masa kerja di Gynae Clinic.
Semua kes tak boleh mengandung,
rujuk Pakar Pemakanan.
Lepas 3 bulan baru datang balik.

Penghidap2 PCOS berisiko tinggi semasa mengandung.
Masalah keguguran,
Kencing manis,
Darah tinggi,
juga terbersalin awal.
Jika tidak mengandung,
berisiko tinggi untuk kena kanser rahim,
kencing manis,
darah tinggi,
tinggi kolesterol,
juga sakit jantung.
Dan yang paling ditakuti,
suami beralih arah.

Tapi kebanyakan suami cukup setia dengan isterinya.
Aku belum jumpa pasangan bercerai-berai disebabkan PCOS ini.
Walaupun isterinya kurang subur,
muka berjerawat,
badan semakin chubby,
suami2nya tetap menyayanginya.
Itu realiti.
Bukan macam drama bersiri di tv.
Isteri sebaik2 manusia dan cun-melecun pun,
masih tak boleh nak terima itu jodohnya.
Masih nak berkonflik untuk memanjangkan cerita.
Masih nak berskandal dengan wanita lain.
Emak/emak mertua pun sama.
Tak boleh nak terima.
Jodoh dah ditentukan Allah pun,
masih mencari jalan nak menidakkannya.
Masih nak jodohkan dengan perempuan2 gedik.

Aku tak kemaruk tengok drama2 melayu.
Tapi wife dan anak dara aku siap rakam dalam PVR.
Tengok cerita2 melankolik.
Cerita2 yang mereka pun tahu kesudahannya.
Tapi tetap nak tengok jugak.


9 ulasan:

  1. Menarik sekali kupasan Dr.. Thx...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lama tak tulis cerita2 ilmiah.

      Salam singgah Kina.

      Padam
  2. tq atas perkongsian....saya suka baca
    owhhhh drama tv ye...biasalah kami kaum hawa mmg suka benda2 gini, sekadar hiburan walau tau kesudahannya hehehehhehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq juga kerana sudi baca.
      harap ada ilmu yg boleh dikongsikan.

      itulah pasal.
      balik pukul 7 tengah tengok drama.
      balik pukul 10 malam pun tengah tengok drama.

      cerita pun lebih kurang aje...

      Padam
  3. Thank you Doc. Penerangan yang sangat jelas. Ramai yang tak tahu pasal PCOS. Kalau ada yang baru tahu dia ada PCOS, biasanya rasa tertekan sikit. Saya tahu saya ada PCOS bila anak saya berumur 3 tahun sebab susah betul nak conceive. Straight jumpa pakar sebab takut ada fibroid atau endometriosis. Alih2, saya tahu pasal PCOS. Itupun pakar tu tak nak explain. Dia suruh saya google sendiri jer. Dibaginya ubat hormon yang bila saya terrrr skip 2 hari, period saya macam air paip pecah. Bayar mahal semata2 untuk scan jer. Aduhai. Namun, syukurlah kerana sekurang2nya saya ada seorang anak.

    But, betul lah. Sampai kat US sana pun, belum ada lagi treatment atau ubat untuk merawat PCOS nie. Kena jaga diet jer la.. susah banget.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap memang senang.
      Lebihkan makan sayur dan buah2.
      Kurangkan karbohidrat dan kanji.

      Semoga Aziela tabah...

      Padam
  4. Satu komponen yg saya perhatikan patient PCOS sukar nak buat, ialah regular exercise. PCOS ada kaitan dgn insulin resistance. Dan exercise adalah antara jalan terbaik utk reduce resistance ini. Ramai yg diet semata mata. Konsep yg sama saya sering terapkan pada patient2 diabetes saya, kalau regular buat cardio exercise, Insya Allah...sugar control tip top...Tapi tu lah kan, 'cakap memang senang'...hihihi....

    Satu lagi saya kesian tgk, some GP main hentam bagi patient PCOS ni Clomid continuosly..too long ( > 6 cycles)...risau risk of hyperstimulation

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jarang merawat PCOS.
      Semua saya refer ke Gynae.
      Clomid pun saya tak beri.
      Tak nak memberi harapan palsu.

      Tapi Gynae dah suruh saya rawat sendiri.
      Siap beri guidelines lagi...

      Padam
  5. suatu jurnal yg menarik. tahniah dan teruskan menulis hehe bahasa santai dan mudah difahami..

    BalasPadam