Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Oktober 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Ramai yang tak faham.
Ramai yang agak keliru motif gambar semalam.
Ini ceritanya.

Ini cerita anak kepada pesakitku.
Rasanya dah beberapa kali aku cerita pasal dia.
Seorang pesakit yang obses dengan specialist.
Sakit sikit aje nak ke specialist.
Belum cuba makan ubat klinik dah sibuk nak ke specialist.
Petang jumpa aku,
malam nak jumpa specialist.
Mentang2lah tak payah bayar sesen,
habis semua specialist nak diconsultnya.
Dan habitnya dah berjangkit kat anaknya.

Anak pesakit ini jarang jumpa aku.
Dan aku tak pernah pun check telinga dia.
Pada suatu malam dia call klinik seperti biasa.
Minta tulis surat rujukan.
Anaknya sakit telinga katanya.
Bila aku suruh bawa anaknya datang klinik,
dia kata tak boleh.
Anaknya sedang belajar dikolej.
Esok pagi baru sampai katanya.
Jadi aku cakap bawalah datang esok pagi.
Tak boleh juga katanya.
Esok pagi2 dia dah nak ke specialist.
Dia ada appointment dengan specialist.
Jadi dia nak bawa anaknya sekali esok pagi.
Tak boleh tunggu aku katanya.
Sebab aku selalu lambat masuk ofis.

Menurut rekod aku,
anaknya pernah dirawat oleh pakar telinga.
Masalah biasa sahaja.
Itupun cerita 5 tahun lepas.
Dia takut penyakit anaknya berulang.
Atas dasar perikemanusiaan dan malas nak bertekak,
aku tulislah apa2 yang patut untuk justify referral aku.

Dan inilah ulasan specialist yang merawatnya.
Nothing.
Tiada apa2 penyakit.
Kalau nak kira ,
dah banyak kali aku refer kes2 bodoh kat specialist.
Aku rasa macam orang bodoh.
Useless doctor.
Good for Nothing.
Aku rasa ijazah aku tak berguna.
Aku rasa pengalaman 18 tahun aku langsung tak berharga.
Aku merujuk kes2 simple bodoh  kat specialist.
Kalau kat hospital kerajaan,
memang layak kena maki punya.
Kes2 yang membuang masa.
Tapi apakan daya.
Aku jarang menolak hasrat pesakit nak ke specialist.
Bukan hak aku untuk menghalang hasrat mereka.
Tapi biasanya aku bincang baik2 dengan mereka.
Kalau perlu dirujuk,
dengan senang hati aku buatkan surat rujukan.
Tapi kalau hal2 kecik pun nak jumpa specialist,
apa kejadahnya?
Mula2 bolehlah layan.
Lama2 naik tebal telinga aku kena maki dengan specialist.

Inilah cerita sebenarnya.
Tapi isi surat itu seolah2 menyindirku.
Memaki hamunku.
Nak menunjukkan bahawa aku a useless brainless doctor.


Aku dah nak tukar profession.
Aku nak cari kerja lain.


16 ulasan:

  1. Etika kerja yg dicabar dan tercabar sebenarnya bila berhadapan dgn manusia-manusia begini. Tapi itulah kadang ada masanya tak boleh 'kesian' sebab bila kena macam ini bagaikan melanggar etika kedoktoran pulak kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dilemma seorang doktor.
      Antara perikemanusiaan dan undang2.
      Undang2 tuhan lagi dilanggar,
      Inikan pula undang2 buatan manusia.
      Memang mudah dimanipulasi.

      Padam
  2. Kalau gi specialist swasta perlu surat rujukan jugak ke? Kenapa dia tak pergi walk walk in je...

    Bila melibatkan orang yang tak faham etika kerja mahupun turutan yang sepatutnya macam nilah jadinya. Kita pulak jadi mangsa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau guna medical card,
      Kena ada referral letter.
      Baru free.
      Kalau tak kena bayar cash.

      Padam
  3. dulu kty pernah kerja as pembantu klinik utk 1 thn .
    lps amik vss ..dan seblom keje tmpt skrg .
    mmg mcm2 ragam pesakit yg kty tgk
    ada tu ngn pembantu dan doctor pun nak marah sbb tak kasi mc.
    ingat lagi satu kes , dia nak satu ubat ..tp doc tak kasi
    terus patient mengamuk nak balik kitaorg semua dgn helmet.

    kdg patient tak paham
    yg dia tau ..dia bayar..mampu bayar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah lali dengan semua itu.
      Yang ugut nak tunggu saya depan klinik ada.
      Yang tanya mana kereta saya pun ada.
      Semuanya MC punya pasal.

      Padam
  4. bila specialist dah kata camtu, baru diorang nak percaya ke Dr. Zoul?

    memangg pening kalau jumpa manusia jenis macam ni, dalam bidang saya pun, selalu dipertikaikan isu2 yg berkaitan profesinalism ni, nak tak nak ikutkan aje la kata mereka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itupun masih tak caya jugak.
      Bak 2nd opinion.
      Lain specialist.
      Lain hospital.

      Padam
  5. saya dah agak pasti sebegini maksud ulasannya
    sadis juga profesion sbg doktor ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak rasa specialist tu menyindir saya.
      Tapi terasa jugaklah.
      Kes camni pun refer kat aku?

      Padam
  6. kalau dia berwang boleh ler pergi specialist, macam saya yang tak mampu ini pergi doktor biasa sudah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berwang pun.
      Semuanya sebab ada medical card.
      Company yang bayar.
      Kalau kena bayar,
      Bayar seringgit kat klinik kjaan pun berkira2...

      Padam
  7. Saya mmg tulis besar2 dalam referral letter bila dapat kes macam ni " PATIENT INSIST/ REPEATEDLY REQUEST FOR AN UNNECESSARY REFERRAL"...hahahaha...dan memang saya pesan kat staf jgn di gam sampul surat...biar la patient tu baca, dan semoga specialist yg terima kes ini pun, faham delima GP :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah tulis camtu.
      Tapi dia datang balik.
      Insuran company tak terima.
      Dah bergaduh lagi.
      Letih melayan makhluk sebegini...

      Padam
  8. im currently a med student in UK. very interesting to read ur blog. even in here, when im shadowing docs, some surgeon always complaining GP referring the patients with no alarming symptoms or whatsoever. n surgeon pun selalu je complain, 'gp is useless,,they refer everyone to hospital'. ive no comment on that.

    haha.. in term of this story...maybe u shud be more assertive about what u think of their condition n decline to give referral to specialist if u think thats not appropriate?

    funny that patients cam x trust sgt doc kt clinic compared to hosp.. hmm.


    BalasPadam