Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Oktober 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Dua bulan yang lalu.
Seorang warga Nepal datang ke klinik.
Lelaki berusia awal 30-an.
Dia bekerja disebuah kilang besi.
Kerjanya teruk.
12 jam sehari.
6 hari seminggu.
Pekerja2 warga tempatan ramai yang tak tahan.
Kerja 2-3 bulan; berhenti.
Kerja 2-3 bulan; cha alif but.
Tetapi memandangkan dia dah ikat kontrak,
hendak tak hendak terpaksalah bekerja separuh mati.

Dipendekkan cerita,
dalam tempoh dua bulan ini,
lebih 4 kali dia datang ke klinik aku.
Dia sering mengadu sakit perut.
Kadang2 dia mengadu ada angin.
Kadang2 dia mengadu susah buang air.
Aku bukan tak check betul2.
Setiap kali datang aku pasti check perut dia.
Aku tengok mukanya biasa2 sahaja.
Perutnya pun biasa2 sahaja.
Lepas 3 kali datang,
aku masih tak tahu apa penyakitnya.
Walaupun dia mengadu sakit perut,
aku tengok dia sihat sahaja.
Makan masih berselera.
Tidur masih lena.
Langsung tiada demam.
Macam2 ubat aku beri.
Ubat angin,
ubat sakit perut,
ubat sembelit,
ubat gastrik,
ubat cacing pun aku beri.
Tapi dia masih mengadu sakit perut.
Aku pernah merujuk dia ke klinik kesihatan.
Tapi doktor kata takda apa2.
Makan ubat yang sama juga.
Terakhir sekali aku rujuk dia ke hospital besar.
Sebab aku dah buntu.
Tak tahu apa penyakitnya.
Selepas itu aku tak tahu apa jadi kepadanya.

Kemudian aku diberitahu.
Dua minggu lepas dia mengadu sesak nafas tengah malam.
Dia meninggal dunia setibanya di hospital.
Doktor kata mati kerana Heart Attack.
Aku memang musykil.
Sangat2 musykil.
Dia langsung tak pernah mengadu sakit dada.
Tekanan darahnya normal.
Paru2nya normal.
Frustrated jugak aku.


Dalam tempoh seminggu ini,
Empat orang kawan2nya datang ke klinikku.
Memandangkan mereka tak tahu berbahasa Melayu/Inggeris,
mereka menyuruh supervisornya tuliskan nota.
Jumpa aku terus tunjuk nota.
Aku langsung tak boleh nak bertanya.
Sakit perut.
Sakit ulu hati.
Tak boleh berak.
Mereka semua langsung tak mengadu sakit dada.
Kebanyakan mereka tak merokok.
Minum alkohol pun tidak.
Pemeriksaan Fomema baru 7 bulan yang lalu.
Segala2nya normal.

Jadi macamana?
Tawakkal ajelah.
Aku dah cuba yang terbaik.
Tapi memandangkan mereka sukar berkomunikasi,
banyak perkara yang aku tak tahu.
Bila aku tak tahu,
ramai yang tak nak ambil tahu.
Hantar ke hospital pun,
beri MMT dan suruh balik.
Lepas tu patah balik kat aku semula.
Pening kepala.

Itulah ceritanya.


11 ulasan:

  1. Salam, mungkin pesakit doktor tak tahu bezakan dada dengan perut, urmmm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak yakin dia sakit jantung sebenarnya.
      Mesti ada sakit lain.
      Tapi kalau kes2 mati mengejut.
      Heart Attack adalah diagnosis paling selamat.

      Padam
  2. communication / language barrier...tu masalah utama...Nak salahkan siapa?
    mereka mmg less educated..
    Nak expect kita belajar bahasa Nepal/ Myanmar pulak?

    BalasPadam
  3. cemana lak supervisor diorg communicate ngan diorg? or x ada ke ejen y bawak diorg masuk tu bawak diorg ke klinik sebagai translator?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada company yg sediakan translator.
      Kira macam 'kepala' gitu.
      Setiap kali pergi ke klinik,
      'kepala' yang tolong bawakan.
      Senang sikit kerja doktor.

      Tapi ada company yg langsung tak ambil endah.
      Pandai2lah korang nak hidup...

      Padam
  4. Kalau kat US sakit ulu hati tu dikira salah satu tanda heart attack ...

    BalasPadam
  5. kalau bercakap dengan diaorg..mau kita pulak kena sakit jantung kan doktor

    BalasPadam
  6. errr..saya rasa macam ada simptom macam nepal tu la. saya pon selalu sakit perut..rasa berangin, pedih ulu hati sampai ngilu ke gigi, pergi klinik, doktor cuma bagi ubat gastrik, walaupun saya rasa bukan gastrik. kalau bukan ubat gastrik, doctor tu cuma bagi ubat hitam arang tu jer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini sakit kurang kasih sayang.
      Kena ada tukang masak kat rumah.
      Kena ada tukang picit.
      Sure hilang segala simptom.

      Padam
  7. Assalamualaikum wbt ..dan salam sejahtera..
    saya cuma ingin tanya pendapat..
    saya alami batuk(lebih kurang dah lebih dr 6 bulan lepas)
    ngan demam yang x sembuh2..
    klu baik just 4-5 hari lepas tue demam balik ..
    kahak warna kuning ..kadang2 ade setitik darah..
    sesak nafas waktu rehat ngan tido pun jd dan rasa sgt letih..
    waktu malam /waktu hujan(sejuk) kulit jd pucat dan rasa dahaga
    selalu penat dan x boleh jalan jauh ..
    kerap sakit dada kanan dan kadang2 sakit kat dada kiri..
    selalu sakit perut (najis warne ijau, urin warne coklat)..
    dan kadang2 rasa senak pada perut kiri dan pedih ulu hati..
    kepala rasa pening dan rasa loya
    adakah semua ini normal dan hanya disebabkan oleh stress..

    BalasPadam