Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Oktober 2013

Aku ke Bazar Karat Johor Bahru

Petang Sabtu minggu lepas aku ke bandaraya JB.
Lengang.
Macam bandar mati.
Jadi malam tadi aku datang lagi.
Katanya sangat meriah pada malam minggu.
Bazar Karat Sg Segget.
Itu lokasinya.


Walaupun aku orang Johor,
Ini pertama kali aku singgah di sini.
Pukul 10 malam minggu.
Jalan jem teruk.
Kenderaan diletakkan dimerata2 tempat.
Kenderaan diletakkan sesuka hati.
Tiada polis trafik yang bertugas.
Pada masa yang sama,
Ada gerai2 jualan sempena Deepavali disebelahnya.
Lagi meriah suasananya.


Bazar Karat Sg Segget.
Sangat meriah.
Beratus2 gerai tersusun disetiap ceruk jalan.
Macam-macam ada dijual.
Jersi bola,
Kasut,
Beg tangan,
Perfume tiruan,
T-shirt dan jeans,
Barang2 bundle,
Barang2 2nd hand,
Alat permainan,
Pendek kata semua ada.
Aku suka melihat suasananya.
Lebih meriah banding Jonker Street di melaka.
Ada juga penyanyi2 jalanan buat persembahan.
Boleh tahan juga suara mereka.


Gerai2 disini tiada sistem.
Semuanya caca-marba.
Tiada yang standard.
Itu keunikannya.
Rasanya kebanyakan mereka adalah peniaga2 sambilan.
Yang bentang tikar/kanvas.
Dan jual apa2 yang rasanya boleh laku.


Pukul 12 malam.
Suasana masih meriah.
Walaupun kedai2 sekitar semua dah tutup,
Pengunjung semakin ramai.
Lagu Tegar masih kuat kedengaran.


Penat berjalan.
Naik kejang urat2 dikaki.
Terlalu luas kawasan untuk dijelajahi.
Tapi 3 jam tak terasa lama. 
Kerana aku dapat apa yang aku nak.
Menambah koleksi mainan aku.


Pukul 1 pagi aku bertolak balik.
Semua dah keletihan.
Tak perlu nak berjogging pagi2.
Matlamat 10 ribu langkah dah tercapai.

Salam hujung minggu kawan2!




3 ulasan:

  1. Masa malam minggu nak raya haji kakak nak pergi tak jadi zoul. Jln jem dahsyat gila. Langsung tak boleh gerak walau dah tiba di traffic light dekat MBJB/Pejabat Pos. Last kakak U-turn balik. Anak-anak kakak yg nak pergi - kesian hampa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pusing balik ikut jalan ke Wisma Persekutuan.
      Lepas tu ambik jalan ke Persada.
      Parking kat area situ.

      Padam