Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Oktober 2013

Aku ke Puteri Pacific Hotel


Petang hari Sabtu.
Ada jemputan minum petang di Hotel Puteri Pacific.
KPJ Johor Specialist Hospital yang anjurkan.
Jumpa kawan lama.
Kenal2 dengan specialist di KPJ.
Dengar ceramah sikit.
Makan free.
Dan yang penting,
Lari daripada kebiasaan.
Lari daripada pesakit.


Pukul 2:15 aku dah sampai.
Majlis sepatutnya bermula jam 2:30 petang.
Tapi sampai pukul 3:00 pun hanya 40% kedatangan. 
Daripada 12 meja,
Hanya separuh yang diisi.
Doktor GP macam aku tak sampai 10 orang.
Yang lain2 nya kakitangan KPJ.
Petang hari Sabtu.
Ramai doktor yang masih bekerja.
Lagipun takda CME point.
Jadi tak ramai yang berminat agaknya.
Pukul 3:15 petang,
Majlis pun dimulakan.
Ada tayangan slaid.
Ada 2 ceramah pendek.
Satu oleh Onkologist.
Junior aku masa di UM dulu.
Cerita pasal perkembangan mesin radioterapi.
Cerita pasar kanser.
Canser is not a death sentence.
Satu lagi oleh pakar Orthopedik.
Cerita pasal sakit lutut.
Rawatan stem cell anybody?


Lepas ceramah barulah ucapan oleh Dr Hafetz.
Medical Director untuk KPJ Johor.
Ringkas sahaja ucapannya.
Tapi apa yang aku faham,
Sekarang dah ada post graduate program di KPJ.
Twin program dengan UKM.
Setakat ini dah ada 5 student.
Akan bertambah pada masa2 akan datang.

Pukul 4:20 barulah acara makan.
Tak sia2 aku berlapar daripada pagi.
Makanannya boleh tahan sedap.
3 kali aku berulang bawa pinggan.
Kuey teow gorengnya sedap.
Rojak buahnya sedap.
Kuih2nya pun sedap.
Alhamdulilah.


Walaupun tak ramai yang aku kenal,
Ada seorang doktor menyapa aku.
Kawan lama masa di JB dulu.
Dah 10 tahun tak jumpa,
Tapi dia masih kenal dengan aku.
Bila aku quit government,
Dia pun ikut sama.
Dia jadi MO di ER Puteri Specialist.
Sekarang ni dia jadi doktor di Wakaf An-Nur Pasir Gudang.
Dan sekali sekala buat locum di KPJ Pasir Gudang.
Dia ada ajak aku join dia.
60 ringgit sejam katanya. 
Tapi aku cuma senyum sahaja.
Klinik sendiri pun dah tak larat,
Inikan pula nak buat locum.

Esok hari minggu.
Jadual penuh sampai ke malam.
Isnin kerja separuh hari.
Selasa pula dah hari raya.


Salam hujung minggu kawan2!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan