Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 30-an.
Salah seorang pesakit tegarku.
Mengandung anak sulung selepas 2 kali keguguran.
Dia bekerja di sebuah restoran makanan pantas.
Dah tahap manager dah.
Jadi kira orang berpelajaranlah.

Memandangkan usianya,
juga sejarah keguguran dan berat badannya,
doktor2 di klinik kerajaan sangat prihatin dengan kandungannya.
Awal2 lagi dia dah disuruh minum air gula.
Dan dia gagal ujian tersebut.
Paras gulanya naik ke 8.4 selepas minum air gula.
Sejak itu hampir setiap 2 minggu dia kena berulang ke klinik.
Dan kali ini kena buat BSP pulak.
Check paras gula 4 kali sehari.
Bukan sekali tapi dah berkali2.
Keputusannya taklah teruk sangat pun.
Sesekali bacaannya lebih 7.
Biasanya kurang daripada 6.
Itupun doktor kerajaan masih tak puas hati.
Awal pagi nak disuruh bawah 5.
Manakala selebihnya bawah 6. HBA1C nya pun cuma 5.5%. Jadi takda apa perlu dirisaukan.
Sepatutnyalah.



Dia kini dah trauma.
Setiap kali ke klinik mesti kena marah.
Itu tak boleh makan,
ini tak boleh mak…

Aku dan AEON Mall Kulaijaya

Semalam. 27 November 2013. AEON Mall Kulaijaya dibuka dengan rasminya. Cawangan ke 5 nya di Johor. Selepas Taman U, Bukit Indah, Permas Jaya dan Tebrau City. Untungnya jadi orang Kulaijaya. Juga untungnya aku. AEON Mall Kulaijaya terletak didepan klinik. Jalan kaki seberang jalan. Tak sampai 100 meter dah sampai.

Hampir 150 jenis kedai ada didalamnya. Apa yang hendak dicari pasti ada didalamnya. Jadi waktu tengahari tak payah balik rumah. Jalan kaki sahaja ke seberang jalan. Boleh pilih nak makan apa. Secret Recipe, KFC, Marry Brown. Manhattan Fish Market, Kenny Rogers Roasters. Vivo Pizza juga Chicken Rice Shop. Pendek kata jadual seminggu pun tak habis.

Aku suka ke AEON Mall bukan sebab makanannya. Aku suka suasananya. Tak terasa seperti berada di Kulaijaya. Padahal lokasinya depan klinik sahaja. Cantik, bersih, sejuk dan berwarna-warni. Bagus untuk terapi minda yang berserabut. Bagus untuk melepak2 menenangkan fikiran. Mulai hari ini aku dah mula warning pesakit2 aku. Bila dapat M…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Sepasang suami isteri.
Berusia lewat 20-an.
Punya anak seorang berusia 6 tahun.
Sang suami adalah pesakit tegarku.
Beliau bekerja sebagai buruh kasar.
Bertukang besi.
The Ironman.
Sentiasa bermain dengan api dan besi.
Beliau memang jarang sakit.
Tetapi setiap kali datang mesti kerana pekerjaannya.
Dua kali aku keluarkan habuk besi dalam matanya.
Dua kali aku jahit lukanya.
Pernah sekali tu dia cedera semasa bekerja di Kota Tinggi.
Sanggup dia balik ke Kulai dan meminta aku merawatnya.
Sebab itu aku sentiasa mengingati dia.
Dia kata lebih percayakan aku banding doktor lain.

Sang isterinya juga pesakit tegarku.
Beliau seorang yang takut dengan jarum.
Beliau juga tak tahan sakit.
Jadi semasa kelahiran anak pertamanya,
beliau trauma kerana asyik kena marah dengan nurse.
Beliau pernah berjanji,
kalau ditakdirkan kena bersalin kali kedua,
beliau takkan ke hospital kerajaan.
Bayar mahal pun takpa.
Beliau tak sanggup nak menghadapinya lagi.

Ditakdirkan.
Beliau mengandung anak kedua 7 bulan ya…

Aku dan Perkahwinan Fiza&Firdaus (2)

Sehari selepas Majlis Persandingan Fiza&Firdaus.
Ada majlis meraikan pengantin baru.
Tapi kali ini pengantin baru kena "open table".
Kami semua datang makan sahaja.
Ibarat majlis kesyukuran.
Juga sebagai tanda terima kasih.
Atas susah-payah menjayakan majlis kelmarin.

Aku suka keluarga ini.
Aku syukur dapat menjadi sebahagian keluarga besar ini.

Aku dan Perkahwinan Fiza&Firdaus

Alhamdulilah. Dah selesai majlisnya. Penat jugak. Sebelum. Semasa. Juga selepas majlis. Mengemas apa2 yang patut.

Cuaca memang sangat sesuai. Hujan renyai di sebelah pagi. Dan redup sampai ke petang. Tetamu memang ramai. Maklumlah kahwin sepupu. Jadi saudara- mara jauh dan dekat semuanya datang.
Layan ajelah gambar2 berikut. Sebahagian daripada 250 keping yang aku/anak2 ambil.












Tunggu 2 minggu lagi. Ada majlis dipihak lelaki pulak. Nak kena ke Kuala Lumpur.

Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari Jumaat.
Rakyat Johor bercuti umum.
Sempena harijadi Sultan Johor.
Sebelum heboh pasal Villa Nabila yang konon 'berhantu'.
Sebelum heboh pasal jaga yang kena tangkap di Belungkor.
Sebelum heboh pasal Tuhan Haron yang kena tangkap di Tangkak.
Johor digemparkan dengan berita perubahan cuti hujung minggu.
Ada mamat dalam kerajaan dah bocor rahsia.
Johor nak ubah hari cuti hujung minggu.
Dan harap2 tahun depan boleh confirmed.
Johor balik ke asal.
Bercuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu.
Senang sikit nak merangka program.
Senang sikit nak cuti panjang2.


Petang hari Jumaat.
Ada majlis pernikahan anak saudara aku.
Dah lama keluarga besar ini tak buat majlis.
Dah lama keluarga besar ini tak rewang-merewang.
Dan demi majlis ini,
aku gagahkan balik memandu daripada Putrajaya.

Zaman dah berubah.
Zaman sekarang majlis kahwin guna Wedding Planner.
Semua tahu siap sahaja.
Saudara-mara cuma datang bertandang sahaja.
Tak payah buat apa2.
Jadi nikmatnya sedikit demi sedikit hilang.
Tapi t…

Aku dan temuduga Sekolah Alam Shah

Seminggu yang lalu.
Keputusan UPSR diumumkan. Tanpa disangka-sangka. Dua hari lepas. Wife dapat panggilan telefon. Anak bungsu dapat peluang. Menghadiri temuduga untuk ke Sekolah Alam Shah. Sekolah berasrama penuh tersohor di Putrajaya.
Pukul 4.30 pagi yang sunyi. Aku dah bertolak ke Putrajaya.
Tak sempat nak cari locum.
Tak sempat nak arrange jadual.
Semuanya langgar sahaja. Pukul 7.30 pagi. Aku selamat tiba di destinasi. Sekolahnya dekat bebeno dengan Alamanda rupanya.

Bersama2 anakku ada 120 orang lagi pelajar lain. Datangnya daripada seluruh semenanjung. Semuanya nampak hebat2 belaka. Pengawas sekolah sekurang2 nya. Tepat pukul 8.00 pagi. Kaunter pendaftaran dibuka. Emak bapak nampak lebih excited banding anak2nya. Dan aku tahan aku punya mengantuk. Demi anak punya pasal.

Pukul 9.00 pagi. Ada sedikit taklimat oleh wakil pengetua. Calon2 yang dipanggil adalah yang memilih SAS
sebagai pilihan pertama mereka dalam sistem online permohonan masuk ke SBP.
Daripada 1800 yang memohon seca…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki awal 20-an.Belum berkahwin. Masih single. Mengaku masih tiada girlfriend. Beliau dah berjumpa pakar kulit di bandar 2 hari lepas. Mengadu gatal2 di tempat sulit. Doktor ada beritahu dia pasal penyakitnya. Ubat pun dah diberinya. Dia jumpa aku sebab nak test darah. Dah beberapa hari tak boleh tidur. Takut dengan penyakitnya. Aku tanya doktor pakar kata sakit apa? Doktor kata dia mungkin kena Syphilis.
" Doktor beri ubat apa?" Krim sapu dan ubat gatal sahaja. " Takda beri injection? " Dia taknak sebab mahal katanya. Lalu dia tunjuk ubat dia kat aku. Lotion Scaboma. Aku dah nak gelak. Tapi aku tahan. "Ada cari perempuan?" "Ada sakit masa kencing?" "Ada keluar cecair putih masa kencing?" "Confirmed takda girlfriend?" Semuanya takda. Lalu aku tunjukkan. Lalu aku maklumkan. Syphilis dan Scabies adalah penyakit yang berbeza.

Salam hujung minggu kawan2!


Aku dan keputusan UPSR 2013

Hari ini keputusan UPSR diumumkan.
Anak bungsuku mengambilnya hari ini.
Sebelum aku beritahu keputusannya,
aku nak cerita pasal anak bungsuku ini.

Berbanding dengan abang dan kakaknya,
anak bungsuku ini memang lain.
Walaupun sama acuannya,
dia lain banyak banding abang dan kakaknya.
Dia sangat bertentangan dengan abang dan kakaknya.
Dia juga sangat bertentangan dengan aku.
Aku suka baca buku,
dia jarang baca buku.
Aku suka menulis,  dia langsung tak minat menulis.
Aku suka melukis,  dia benci subjek lukisan.
Aku tak suka bersukan,  dia jaguh olahraga.
Aku suka memasak,  dia hanya suka makan.
Aku suka berkebun,  dia suka bertukang.
Aku suka low profile,  dia sukakan perhatian.
Beribu kawannya diFB.
Beribu follower dia di Twitter.

Aku memang jarang nampak dia belajar.
Aku memang jarang nampak dia buat kerja rumah.
Hidupnya dengan iPod dan komputer.
Beribu2 lagu dia ada dalam iPod.
Kalau aku ada masalah dengan gajetku,
dialah yang tolong perbetulkan.
Kalau aku beli set Lego,
dialah yang …

Aku Bukan Nak Merempit

Sejak umurku 14 tahun,
aku dah pandai naik motosikal.
Walaupun tanpa lesen,
walaupun tanpa helmet,
walaupun sekadar bert-shirt dan berseluar pendek,
aku berani naik motosikal.
Pusing2 satu kampung.
Kadang2 kampung sebelah pun aku round.

Masa aku belajar di Kuala Lumpur,
motosikal adalah pengangkutan utamaku.
Kalau bukan motosikal sendiri,
motosikal kawan2 aku pinjam.
Hampir satu Kuala Lumpur aku dah jelajah.
Ceruk mana aku tak pernah pergi?
Semua aku dah lalu.
Aku pernah banyak kali kena tahan polis.
Melanggar lampu merah.
Buat illegal pusingan U.
Parking sembarangan.
Tapi sampai sekarang tak pernah bayar saman.

Kalau jatuh motosikal dah beberapa kali.
Itupun sebab keadaan jalan yang teruk.
Berlubang dan berpasir.
Bukannya sebab aku bawak laju.
Ataupun berlanggar dengan orang.
Aku belum pernah bernasib malang.
Biasanya calar-balar dan luka luaran sahaja.
Belum pernah patah tangan.
Belum pernah patah gigi.


Gaji pertama aku sebagai Houseman,
aku buat muka beli motosikal.
Suzuki RG125cc…

Aku dan Wordless Wednesday

Pengiklanan yang keji.

Aku dan Lotus Desaru Beach Resort

Aku suka resort ini. Walaupun orang ramai macam semut, Suasananya tenang dan terkawal. Lokasinya memang agak terpencil. Jauh daripada kebisingan dan keriuhan. Memang sesuai untuk lari daripada kehidupan biasa.

Aku suka biliknya. Sangat bersih dan kemas. Tilamnya empuk. Bantalnya gebu. Lantainya sedap dipijak. Aircondnya bersih dan senyap. Bilik airnya luas. Siap ada bathtub untuk berendam.

Aku juga suka suasana keliling resort. Bersih dan nama serba baru. Landskapnya terjaga. Bangunannya bercat baru. Walaupun orang ramai, dan kereta penuh keliling resort, Aku tak rasa lemas dan rimas. Pantainya juga bersih dan terjaga. Begitu juga dengan kolam dan water theme parknya. Memang berbaloi dengan harganya.

Banyak aktiviti boleh dilakukan ketika di sini. Ada macam2 aktiviti tepi pantai. Ada aktiviti hutan dan team building. Ada DVD untuk disewa. Ada gym tepi kolam untuk mengeluarkan peluh. Ada video arcade. Pendek kata memang tak ingat dunia kalau di sini.

Satu yang menarik tentang water th…