Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 November 2013

Aku Bukan Nak Merempit


Sejak umurku 14 tahun,
aku dah pandai naik motosikal.
Walaupun tanpa lesen,
walaupun tanpa helmet,
walaupun sekadar bert-shirt dan berseluar pendek,
aku berani naik motosikal.
Pusing2 satu kampung.
Kadang2 kampung sebelah pun aku round.

Masa aku belajar di Kuala Lumpur,
motosikal adalah pengangkutan utamaku.
Kalau bukan motosikal sendiri,
motosikal kawan2 aku pinjam.
Hampir satu Kuala Lumpur aku dah jelajah.
Ceruk mana aku tak pernah pergi?
Semua aku dah lalu.
Aku pernah banyak kali kena tahan polis.
Melanggar lampu merah.
Buat illegal pusingan U.
Parking sembarangan.
Tapi sampai sekarang tak pernah bayar saman.

Kalau jatuh motosikal dah beberapa kali.
Itupun sebab keadaan jalan yang teruk.
Berlubang dan berpasir.
Bukannya sebab aku bawak laju.
Ataupun berlanggar dengan orang.
Aku belum pernah bernasib malang.
Biasanya calar-balar dan luka luaran sahaja.
Belum pernah patah tangan.
Belum pernah patah gigi.


Gaji pertama aku sebagai Houseman,
aku buat muka beli motosikal.
Suzuki RG125cc warna hijau.
Gila punya sayang.
Setiap petang lepas balik kerja,
aku mesti basuh dan lap motosikalku.
Pantang kena hujan,
aku mesti cepat2 basuh dan lapkan.
Setiap hujung minggu,
aku bawa motosikalku balik ke kampung.
Muar- Kulai tak terasa jauhnya.
Walaupun sekadar 125cc,
aku masih rasa kekuatannya.

Sebenarnya masa itu harga kereta sangat mahal.
Nak beli Iswara kena queue.
Kena tunggu 6-12 bulan.
Takda stok.
Masa itu interest pun 7-8 peratus.
Memang tak mampu dengan gajiku 1700 ringgit sebulan.

Masa aku kerja di hospital daerah tahun 2002,
motosikal kesayanganku hilang dicuri orang.
Tengah malam balik on call,
parked motosikal tanpa kunci handle.
Pagi2 tengok motosikal dah takda.
Buat report polis pun tak guna.
Sejak itu aku terus taubat tak naik motosikal lagi.


Setahun kebelakangan ini,
hati dan perasaanku mula berubah.
Aku tengok motosikal sekarang semakin cantik.
Kalau kat highway,
motosikal superbike menjadi raja.
Berdesup 170-180 km/jam tanpa rasa takut.
Aku mula membuat kajian.
Aku mula beli majalah motosikal.
Aku mula bertanya kepada rakan2.
Aku mula buat survey di mudah.com.
Aku mula singgah ke kedai2 motosikal.
Aku mula cadang2 nak ambil lesen B Full.

Kalau tanya kawan2,
semuanya memberi pandangan negatif.
Hobi berbahaya.
Hobi cepat mati.
Hobi menghabiskan duit.
" Dah buang tebiat ke? "
" Takda benda lain ke yang kau minat? "
" Jom main golf dengan aku."
" Jom pergi memancing dengan aku. "
" Jom layan main basikal dengan geng aku."
" Jom panjat gunung denganku. "
Tapi itu semua aku tak minat.


Ini minatku.
Kawasaki ER6N 650 cc.
Yamaha XJ6 600 cc.
Kawasaki Z800 800 cc.
Ini antara shortlisted pilihanku sekarang.
Aku suka motosikal jenis naked.
Ada bentuk.
Ada gaya.
Ada kelajuan.

Hari minggu lepas.
Ada seorang doktor mati semasa menunggang XJ6 di Karak.
Terbantut sekejap cita2ku.
Tapi apa2pun,
aku dan nekad.
Aku bukan nak merempit.
Aku nak berbuat sesuatu diluar kebiasaan.
Bosan dengan klise hidup yang sama.

Ada apa2 cadangan?





24 ulasan:

  1. Kalau dah minat tu teruskanlah. Saya sokong doc

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas sokongan.
      Jangan lupa undi ya?

      Padam
  2. Z800 tu saya sokong sangat2. Memang giler hensemmm lah motor tu. Perghhh...cair jiwa dan raga ku. Er...panjat gunung tu x bahaya ke? Mancing pun bahaya. Kena sengat sembilang macam hubby saya nanti? Sebenarnya, bahaya ada di mana2. Tapi hobby tak semuanya sama kan. Yang penting beringat jer lah kakang yer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Z800 ya?

      Tunggu saya update nanti...

      Padam
  3. gaji saya..
    rm 1713 mula-mula start kerja..
    sedih kan..?!

    jom ambik gambar dengan saya/ kami..
    :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita.
      Tapi nilai 1713 tu lebih kurang 3000 jugak sekarang...

      Padam
  4. buat something untuk diri sendiri, doc. hati puas, rasa berbaloi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye lah.
      Buat apa nak ikut orang kan?

      Padam
  5. saya pernah bercadang jugak nak main big bike ni, masa tu minat sungguh dengan versys 650.. habis macam2 sumber dicari study pasal motor ni..
    at the end tak jadi, not dare to take the risk..

    kawan2 ramai gak bikers..
    rata2 mereka start dari bike c.c kecik macam 600cc..
    dan most of them gerenti tukar ke bigger capacity lepas tu sebab bigger c.c lain macam dia punya feel..

    antara 3 yang shortlisted tu, saya rasa z800 terbaik.. bigger than 650, but not yet reach 1000cc.. so in the middle..

    risiko riding tetap ada walau berhati-hati macam mana sekalipun, I've lost 4 bikers friend of mine, semua sebab kecuaian orang lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you for opinion.

      Tunggu saya update...

      Padam
  6. hobby motor besar ni, sekarang dah semakin popular..kawan2 saya pon dah banyak yg beralih arah ke motor besau... :)

    BalasPadam
  7. - mak aiiii...nak beli Iswara kena Q 6-12 bulan? Interest 7-8 %?

    - Saya pun minat superbike...Dulu zaman student, nyaris beli sebiji Kawasaki ZXR 250...hahahahha...

    -Tapi sekarang lebih minat kepada easy rider...Harley Davidson....Cuma tu la...ngeri bila tgk hari2 org naik motor kena lenyek dek trailer...Walaupun kita tak merempit, tapi kalau terjatuh, byk risiko nya...atau kena himpit...Mmg ngeri...saya jadi fobia naik motor sekarang ni...

    -Apa apa pun, Usaha & Tawakal pada NYA, kan?
    Kalau takdirnya mati sakit jantung, merempit hari2 pun selamat....hahahaha

    Mutiara Motors ada jual motor tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mutiara Motors ada jual Harley sahaja.
      Harga semuanya lebih 100K.

      Beyond bajet saya yg ciput...

      Padam
  8. Teruskan Doc, nanti lagi berumur menyesal tak merasa. Saya pun mcm Doc, gak pikir2 punya pikir terus ambil L utk B full kat JPJ pastu register kelas.Alhamdulilah sebulan pas tu test, pass dapat B full. Sekarang pakai motor naked Yamaha FZ8 .
    Motor naked ada byk choises, Ducati Monster, Honda CB500N, Aprillia Shiver, Suzuki GSR750, Yamaha FZ8, XJ6 semua memey mengancam laa, tepuk dada tanya pocket.
    Bahaya? kita naik motor ni untuk kepuasan diri, bukan nak jadi GP raider, kematian boleh dimana2 atas kerusi pun boleh mati, Asalkan nak memulakan perjalanan minta perlindungan daripada Allah SWT, kerana Dialah segala-galanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada geng biker di sini.

      Terima kasih atas info.

      Tunggu saya update nanti...

      Padam
  9. Pakai "easy rider" tuan; lebih mesra pengguna.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akan dipertimbangkan.
      Terima kasih.

      Padam
  10. Assalam doc, teruskan niat murni anda.
    Z-800 amat sesuai dengan doc.
    ER6-N dua cylinder, x brape power.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya takut gak nak ambik cc besar2 ni.
      Sebab dah lama sangat tak menunggang.

      Padam
  11. BMW Motorrad ada diskaun hujung tahun doc..mungkin R1200RT touring bike boleh dipertimbangkan..heheheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Besar sangat cc nya as beginner...

      Tunggu kalau dah expert besok...

      Padam
    2. Baik punya racun Pok Jak..

      Z800 doc..my favourite too..

      Padam
  12. Seronok juga baca pengalaman hidup orang lain, random search terjumpa pulak blog nie. Saya dulu pernah guna Kawasaki Z800, beli atas sebab minat...tapi pakai 9 bulan je. Masa sekarang tak menizinkan saya utk fokus pada hobi. Keluarga diutamakan. Apapon ianya sebuah motor yang bagus untuk beginner. 229kg berat tue...saaanngatlah berat :).

    BalasPadam