Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 November 2013

Aku dan AEON Mall Kulaijaya


Semalam.
27 November 2013.
AEON Mall Kulaijaya dibuka dengan rasminya.
Cawangan ke 5 nya di Johor.
Selepas Taman U, Bukit Indah, Permas Jaya dan Tebrau City.
Untungnya jadi orang Kulaijaya.
Juga untungnya aku.
AEON Mall Kulaijaya terletak didepan klinik.
Jalan kaki seberang jalan.
Tak sampai 100 meter dah sampai.


Hampir 150 jenis kedai ada didalamnya.
Apa yang hendak dicari pasti ada didalamnya.
Jadi waktu tengahari tak payah balik rumah.
Jalan kaki sahaja ke seberang jalan.
Boleh pilih nak makan apa.
Secret Recipe, KFC, Marry Brown.
Manhattan Fish Market, Kenny Rogers Roasters.
Vivo Pizza juga Chicken Rice Shop.
Pendek kata jadual seminggu pun tak habis.


Aku suka ke AEON Mall bukan sebab makanannya.
Aku suka suasananya.
Tak terasa seperti berada di Kulaijaya.
Padahal lokasinya depan klinik sahaja.
Cantik, bersih, sejuk dan berwarna-warni.
Bagus untuk terapi minda yang berserabut.
Bagus untuk melepak2 menenangkan fikiran.
Mulai hari ini aku dah mula warning pesakit2 aku.
Bila dapat MC terus balik ke rumah.
Jangan merayau2 di AEON Mall pulak.


Memandangkan hari ini hari ke 2 pembukaan,
aku telah dijemput untuk memotong reben merah.
Aku datang bersama2 manager klinik.
Dia belanja makan tengahari di Kenny Rogers.
Dia pun dah hantar resume klinik kat manager Kenny Rogers.
Kalau ada rezeki,
bertambahlah satu lagi panel klinik aku.

Dua hari ini susah betul nak cari parking.
Kereta penuh disana-sini.
Sebelum masuk klinik,
kena tawaf dulu keliling klinik.
Mencari tempat parking yang kosong.
Harap2 situasi ni tak lama.
Sebab kalau seterusnya begini,
memang kena beli motosikal nampaknya.




6 ulasan:

  1. smlm mlm ada nmpk ur wife and ur youngest son.. tp x nmpk plak doc.. klu tak blh tegur.. hi im ur silent reader.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kenal Safillah.

      Terima kasih singgah.

      Padam
  2. Wah, lepas nie barulah senang nak cari klinik Doc yer.

    BalasPadam
  3. jauh la kulai dr bukit indah. tetiba*

    BalasPadam
  4. nanti2la wak senang2 wak singgah AEON Kulai nih carik borang peraduan contest ker aper., kihkih2

    BalasPadam