Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 November 2013

Aku dan Desaru Retreat

Tiga tahun yang lalu aku pernah kemari.
Family Day Sek Keb Taman Muhibah.
Sekejap sahaja 3 tahun berlalu.
Anak2 dah semakin membesar.
Kawan2 cikgu pun dah ramai berpindah.
Yang naik pangkat pun ramai.
Tapi kenangannya masih terpahat diingatan.
Bersukaneka dan berBBQ.
Juga main air bersama anak2.


Cuti Deepavali kelmarin.
Aku kembali semula ke Lotus Desaru.
Cadang berkelah dan makan tengahari di tepi laut.
Cadang berehat2 ditepi kolam.
Cadang mengejar matahari terbit.
Itu antara tentatif percutianku kali ini.


Pagi hari Sabtu.
Aku dan wife memasak dulu.
Ayam Masak Kicap.
Ikan Cencaru Bakar.
Sayur Campur.
Sambal Cencaluk.
Cadang nak berkelah dahulu sebelum check in.
Duduk2 tepi pantai sambil makan2.
Boring berkelah ditepi padang sekolah sahaja.

Tetapi manusia hanya mampu merancang.
Cuaca tidak begitu mengizinkan.
Hujan renyai2 semasa aku tiba.
Jadi aku terus redah aje ke hotel.
Pukul 2 petang aku dah checked-in.
Walaupun orang sangat ramai,
proses pendaftaran masuk mudah sahaja.
Yang jenuh adalah mencari tempat parking.
Last2 aku parking kat depan pintu masuk.
Pak guard cuma jeling sahaja.
Aku berani sebab dia takda pistol.
Jadi aku tak takut kena tembak.


Sepanjang percutian ini,
aku banyak duduk dibilik sahaja.
Sana-sini penuh dengan manusia.
Kolam renang penuh.
Water theme park penuh.
Parking penuh.
Dan tempat paling aman adalah dibilik.
Tentatif percutian langsung tak boleh pakai.
Duduk bilik main Candy Crush sahaja.


Awal pagi hari minggu.
Aku berlari ke pantai.
Duduk menunggu matahari terbit.
Bersama2ku ada kumpulan sedang bermeditasi.
Juga pasangan2 tua sedang bersenam.
Jadi ada juga kawan menunggu matahari terbit.

Aku tak bawa tripod.
Aku takda filter.
Aku cuma ada kamera dengan lensa wide angle.
Juga kamera di iPhoneku.
Rasanya dah cukup.
Bukan nak masuk pertandingan pun.


Tengahari selepas checked-out,
aku meredah jalan sampai ke Teluk Ramunia.
Mencari anak bungsuku sedang menghadiri bengkel.
Berguru dengan mahaguru Silat Sendeng Hang Tuah.
Jauh juga perjalanan ke Teluk Ramunia.
Lebih 20 km rupanya.
Dalam perjalanan balik,
aku sempat singgah di Punggai.
Buka bekalan dan berkelah sekejap.
Tak sampai 5 minit duduk dipondok tu,
ada seorang lelaki bermotosikal datang.
Mengutip yuran rupanya.
15 ringgit untuk duduk dipondok mereka.
Boleh berBBQ kalau nak.
Boleh mandi laut kalau berani.


Pukul 4 petang baru bertolak balik.
Hujan lebat sepanjang jalan.
Pukul 5 sampai dah ke rumah.
Tak puas bercuti.
Tak puas berjalan2.
Tunggu bulan dua belas nanti.
Nak jalan2 puas2.

Salam Maal Hijrah kawan2!


1 ulasan:

  1. Lamanya tak ke desaru. kali terakhir, semasa sekolah menengah dahulu kala....

    BalasPadam