Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

23 November 2013

Aku dan Hujung Minggu Ini


Hari Jumaat.
Rakyat Johor bercuti umum.
Sempena harijadi Sultan Johor.
Sebelum heboh pasal Villa Nabila yang konon 'berhantu'.
Sebelum heboh pasal jaga yang kena tangkap di Belungkor.
Sebelum heboh pasal Tuhan Haron yang kena tangkap di Tangkak.
Johor digemparkan dengan berita perubahan cuti hujung minggu.
Ada mamat dalam kerajaan dah bocor rahsia.
Johor nak ubah hari cuti hujung minggu.
Dan harap2 tahun depan boleh confirmed.
Johor balik ke asal.
Bercuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu.
Senang sikit nak merangka program.
Senang sikit nak cuti panjang2.


Petang hari Jumaat.
Ada majlis pernikahan anak saudara aku.
Dah lama keluarga besar ini tak buat majlis.
Dah lama keluarga besar ini tak rewang-merewang.
Dan demi majlis ini,
aku gagahkan balik memandu daripada Putrajaya.

Zaman dah berubah.
Zaman sekarang majlis kahwin guna Wedding Planner.
Semua tahu siap sahaja.
Saudara-mara cuma datang bertandang sahaja.
Tak payah buat apa2.
Jadi nikmatnya sedikit demi sedikit hilang.
Tapi tidak dimajlis kahwin anak saudara aku.
Dua tiga hari sebelum majlis,
ahli keluarga dan jiran tetangga dah datang berkunjung.
Sama2 menolong membuat persiapan.
Kali ini aku tak eager sangat nak jadi photographer.
Kali ini aku banyak duduk didapur.
Menolong sambil melihat mereka memasak.
Bila zaman dah berubah,
cara memasak pun dah berubah.
Tak perlu susah2 nak cari kayu api.
Tak perlu susah2 nak cuci periuk yang hitam legam.
Pakai dapur gas lebih cepat dan mudah.
Aku tabik kat tukang masak.
Mungkin dah biasa sangat memasak.
Tak payah sukat2 dah.
Semua main campak aje.


Jumaat Malam Sabtu.
Aku hampir terlepas tengok Maharaja Lawak Mega minggu ke-2.
Kat kampung takda pakej Mustika.
Kat kampung takda dekoder Astro.
Tapi nasib baik line Celcom agak bagus semalam.
Dapat juga aku tengok MLM di Astro On The Go.

Untuk minggu ke 2 ini.
Juri2 dah tak tunjuk belas kasihan.
Juri2 dah lebih berani beri komen negatif.
Boboi pun cuma dapat satu pek sabun Daia sahaja.
Banyak kumpulan yang hancur.
Yang junior mahupun yang otai.
Cuba tengok kedudukan carta.
Hanya Jambu, Sepahtu dan Nabil yang dapat undian.
Yang lain2 sangat jauh ketinggalan.


Hari Sabtu.
Aku masuk klinik sekejap.
Dah 2 hari tinggalkan klinik.
Banyak kerja perlu diselesaikan.
Sekejap lagi nak balik kampung semula.
Sambung rewang di majlis persandingan anak saudara.

Salam hujung minggu kawan2!

5 ulasan:

  1. Selamat berhujung minggu, ada beberapa kali sahaja lagi kita akan berhujung minggu di Sabtu dan Ahad, Alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. dah confirm dah jumaat cuti!

    BalasPadam
  3. Saya suka merewang. Tapi kalau rewang di rumah sendiri saya jadi stress...hahahaha

    BalasPadam