Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

14 November 2013

Aku dan keputusan UPSR 2013

Hari ini keputusan UPSR diumumkan.
Anak bungsuku mengambilnya hari ini.
Sebelum aku beritahu keputusannya,
aku nak cerita pasal anak bungsuku ini.

Berbanding dengan abang dan kakaknya,
anak bungsuku ini memang lain.
Walaupun sama acuannya,
dia lain banyak banding abang dan kakaknya.
Dia sangat bertentangan dengan abang dan kakaknya.
Dia juga sangat bertentangan dengan aku.
Aku suka baca buku,
dia jarang baca buku.
Aku suka menulis, 
dia langsung tak minat menulis.
Aku suka melukis, 
dia benci subjek lukisan.
Aku tak suka bersukan, 
dia jaguh olahraga.
Aku suka memasak, 
dia hanya suka makan.
Aku suka berkebun, 
dia suka bertukang.
Aku suka low profile
dia sukakan perhatian.
Beribu kawannya diFB.
Beribu follower dia di Twitter.

Aku memang jarang nampak dia belajar.
Aku memang jarang nampak dia buat kerja rumah.
Hidupnya dengan iPod dan komputer.
Beribu2 lagu dia ada dalam iPod.
Kalau aku ada masalah dengan gajetku,
dialah yang tolong perbetulkan.
Kalau aku beli set Lego,
dialah yang siapkan.
Kalau ada info terkini tentang gajet,
dialah informerku.
Kalau nak tahu tentang Man United,
dialah penyokong tegarnya.

Dia memang bukan kaki buku.
Dia belajar bukan dengan membaca buku.
Kat sekolah dia tak duduk diam.
Kat sekolah mulutnya tak pernah diam.
Pantang ada apa2 aktiviti,
dia yang ke depan dulu.
Kalau ada pertandingan,
dialah yang menawarkan diri.
Pertandingan memasak dia masuk.
Pertandingan seni khat dia masuk.
Pertandingan catur pun dia masuk.
Pendek kata,
" kat sekolah tu takda budak lain ke? "
Dulu kata nak jadi ahli Astronomi.
Dulu kata nak kerja dengan NASA.
Dia memang takkan jadi doktor.
Awal2 lagi dia tak nak.


Pagi ini wife call daripada JB.
Dia ada kursus sampai esok.
Jadi dia tak boleh datang ambil keputusan UPSR.
Jadi aku sepatutnya yang kena hadir.
Wife cuma kata majlis mula lewat.
Tak payah datang awal2.
Jadi aku duduk klinik dan kerja macam biasa.
Pukul 10.30 wife call.
Kata majlis dah nak mula.
Pesakit aku ada 7 orang sedang menunggu.
Kelam-kabut aku dibuatnya.
Pukul 11.15 aku baru dapat keluar klinik.
Sampai sekolah majlis dah pun habis.
Sekadar dapat jumpa beberapa cikgu sahaja.
Gurubesar dah takda.
Anakku pun dah hilang entah ke mana.
Terlepas satu lagi hari bersejarah.
Nasib baik anakku faham tugasku.


Aku bangga dengan pencapaianmu anakku.
Walaupun baru sekadar UPSR,
Harap ianya adalah permulaan.
Untuk kecemerlangan lebih besar dimasa depan.

Kemana selepas ini?
Sekolah biasa sahajalah.
Tak payah pening kepala nak masuk asrama.
Duduk rumah lagi bagus.


Ada kawan pos cerita ini kat FB.
Sebak juga membacanya.
Kenapa?
Kerana aku juga anak pemotong rumput.
Walaupun abah tak pernah tunjuk,
Walaupun abah tak pernah beritahu,
Aku tahu,
Abah juga bangga dengan anaknya ini.

15 ulasan:

  1. Tahniah. Semoga terus cemerlang!

    BalasPadam
  2. Tahniah!!!!!

    suka nengok rambut dia!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gel rambut dia special.
      Harganya 3 kali ganda gel rambut saya...

      Padam
  3. Tahniah. Walau berbeza dalam pelabagai sudut, namun kejayaannya tetap sama kan. Alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Antara 3 anak,
      anak yang ini paling saya risaukan.

      Namun berbalas juga penat lelah saya.
      Alhamdulilah.

      Padam
  4. Tahniah. Sama ngan saya insyaAllah sekolah biasa sudah memadai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman tahun lepas mengajar saya.
      Dah serik dah.

      Padam
  5. Tahniah..

    Ikut profile nya..Mmg tak perlu buat Medic...Belajar la bidang lain...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak digalakkan pun suruh buat Medic.

      Padam
  6. Tahniah.. saya pun ada sorang mcm tu. Saya pernah tersedak dpt info dia menang no 2 pidato bahasa arab. Siasat ..rupanya cuma 2 org yg bertanding. Itu 3 tahun dulu. Skrg sdg sitting SPM d mrsm taiping. Semoga Allah merahmati zuriat kita.

    BalasPadam
  7. Congratulations Doc! Please extend my appreaciation to your son. May he explore new paths for your family.

    BalasPadam