Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

05 November 2013

Aku dan Lotus Desaru Beach Resort

Aku suka resort ini.
Walaupun orang ramai macam semut,
Suasananya tenang dan terkawal.
Lokasinya memang agak terpencil.
Jauh daripada kebisingan dan keriuhan.
Memang sesuai untuk lari daripada kehidupan biasa.


Aku suka biliknya.
Sangat bersih dan kemas.
Tilamnya empuk.
Bantalnya gebu.
Lantainya sedap dipijak.
Aircondnya bersih dan senyap.
Bilik airnya luas.
Siap ada bathtub untuk berendam.


Aku juga suka suasana keliling resort.
Bersih dan nama serba baru.
Landskapnya terjaga.
Bangunannya bercat baru.
Walaupun orang ramai,
dan kereta penuh keliling resort,
Aku tak rasa lemas dan rimas.
Pantainya juga bersih dan terjaga.
Begitu juga dengan kolam dan water theme parknya.
Memang berbaloi dengan harganya.


Banyak aktiviti boleh dilakukan ketika di sini.
Ada macam2 aktiviti tepi pantai.
Ada aktiviti hutan dan team building.
Ada DVD untuk disewa.
Ada gym tepi kolam untuk mengeluarkan peluh.
Ada video arcade.
Pendek kata memang tak ingat dunia kalau di sini.


Satu yang menarik tentang water theme park disini.
Ada Falling Coconut.
Seronok tengok orang menunggu air kelapa tumpah.
Juga ada gelongsor air level beginners.
Semua orang boleh menggunakannya.
Malangnya bila anak2 dan besar.
Semua dah takut dengan air.
Semua itu dah tak excited lagi untuk mereka.
Tak macam 3 tahun dulu.
Kalau boleh 24 jam nak berendam dalam air.


Sarapan pagi disini agak mengejutkan.
Ada lebih seribu orang datang untuk makan sekaligus.
Walaupun suasana agak kecoh,
terutama dengan orang2 kiasu daripada seberang,
aku masih dapat makan dengan kenyangnya.
Nasi lemaknya surprisingly sedap.
Begitu juga dengan kuew teaw gorengnya.
Pilihan makanan yang lain pun banyak.
Cuma sempat tak sempat aje nak mengambilnya.


Sepanjang aku di resort tempohari,
Aku banyak menghabiskan masa dibilik.
Bilik aku siap ada pantri dan microwave.
Jadi sebelum aku check out,
Aku sempat memasak kat bilik.
Boleh masak nasik.
Boleh bakar ikan.
Boleh goreng sayur.
Boleh masak sardin.
Hebat kan?

Aku akan datang lagi ke sini.
Tapi bukannya masa cuti hujung minggu yang panjang.
Too crowded.
Too many people.
Too many Singaporeans.


11 ulasan:

  1. sardinnnn.... saya tak makan tapi...

    kan best kalau masa kita orang ada kat tanjung balau ... Dr pon ade ..boleh join sekali..... ;)

    BalasPadam
  2. Menarik memangnya. Pantri tu sangat memudahkan kalau stay lama. Tak perlu keluar cari makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah.
      Saya suka mencabar diri.
      Masak sesuatu yang sedap.
      Dengan peralatan paling minimum.

      Lama menyepi.
      Mana pergi?

      Padam
    2. Doc, sorry saya interrupt. Saya baru update part 1 about Ba's Ulcerative Colitis. Maybe I will continue in a few days time. Kalau ada masa, mohon your judgement. Maybe at the part 2 entry, perhaps?

      Padam
  3. sy sukakan tempat ni sejak ia mula dibuka dengan nama Impiana Desaru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya management sekarang lebih bagus.
      Sebab itu ramai orang datang.
      Terutamanya Singaporeans...

      Padam
  4. As usual...Singaporeans are kiasu ..
    Kiasu hatta atas jalanraya kita pun...

    BalasPadam
  5. Masa aku nak gi Desaru dulu, aku dah google dan keluar nama Lotus Desau tapi takde info langsung. Website under construction. So, terpaksa book Pulai Desaru. Masa nak sampai hotel, nampak Lotus tu terang benderang tapi ada 2-3 kereta je. Mungkin baru bukak.

    Sama macam masa aku gi Legoland, Trader's Hotel Nusajaya belum bukak. Dah book Pulai Springs, kemudian keluar iklan di paper ttg Trader's. Book jugak 3 hari kat Trader's. Hotel baru bukak, reception pun tak sure rate bilik berapa. Last2 dia bagi rate paling murah yakni RM300. Puashati.

    BalasPadam
  6. hari tu ada search dan jumpa hotel ni..
    macam grand sangat ..
    lepas tu..300 lebih sebilik rasanya..
    nak tido kejap je..
    tu yang jumpa Tanjung Balau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak berbaloi kalau datang utk tidur sahaja.

      Padam