Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 November 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini


Sepasang suami isteri.
Berusia lewat 20-an.
Punya anak seorang berusia 6 tahun.
Sang suami adalah pesakit tegarku.
Beliau bekerja sebagai buruh kasar.
Bertukang besi.
The Ironman.
Sentiasa bermain dengan api dan besi.
Beliau memang jarang sakit.
Tetapi setiap kali datang mesti kerana pekerjaannya.
Dua kali aku keluarkan habuk besi dalam matanya.
Dua kali aku jahit lukanya.
Pernah sekali tu dia cedera semasa bekerja di Kota Tinggi.
Sanggup dia balik ke Kulai dan meminta aku merawatnya.
Sebab itu aku sentiasa mengingati dia.
Dia kata lebih percayakan aku banding doktor lain.

Sang isterinya juga pesakit tegarku.
Beliau seorang yang takut dengan jarum.
Beliau juga tak tahan sakit.
Jadi semasa kelahiran anak pertamanya,
beliau trauma kerana asyik kena marah dengan nurse.
Beliau pernah berjanji,
kalau ditakdirkan kena bersalin kali kedua,
beliau takkan ke hospital kerajaan.
Bayar mahal pun takpa.
Beliau tak sanggup nak menghadapinya lagi.

Ditakdirkan.
Beliau mengandung anak kedua 7 bulan yang lepas.
Beliau tak nak buat antenatal check up di kerajaan.
Beliau nak suruh aku check dia setiap bulan.
Jadi setiap bulan dia datang jumpa aku.
Kandungannya alhamdulilah tidak bermasalah.
Beliau pun takda masalah kesihatan.
Tetapi berat badannya lebih 85 kg.
Daripada awal mengandung hingga sekarang,
berat badannya hampir statik.
Berbeza cuma 2 kg sahaja.
Jemu aku memujuknya supaya ke klinik kerajaan,
tetapi beliau tetap tak nak.
Sebulan yang lalu,
aku berjanji nak merujuknya ke klinik kawan aku.
Seorang pakar perbidanan swasta di JB.
Beliau dan suaminya dah bersetuju.
Dan mungkin akan bersalin ditempat yang sama.

Kelmarin beliau datang.
Ditemani sahabat perempuannya.
Kelibat suaminya tak kelihatan.
Mungkin ada diluar agaknya.
Dan aku langsung tak menduga apa terjadi seterusnya.
" Jadi kak ya bersalin di klinik kawan saya? "
" Tak jadilah doktor. Takda duit. "
" Kenapa? "
" Abang saya dah takdalah doktor. "
" Mana dia pergi? "
" Dah meninggallah doktor. "

Terkedu aku selama beberapa minit.
Mataku hampir berpeluh.
Tapi aku tahan sedaya-upayaku.
Tak macholah menangis depan orang.
Tak professionallah menangis depan pesakit.

Dipendekkan cerita.
Suaminya telah meninggal dunia 10 hari yang lalu.
Kemalangan ditempat kerja.
Beliau terkena kejutan elektrik semasa bekerja dibengkel.
Beliau ditemui oleh pekerjanya beberapa jam kemudian.
Dengan elektrik masih dibadannya.

Aku sedih bukan kerana kasihan.
Aku sedih bukan kerana dia pesakit tegarku.
Aku sedih kerana tiba2 aku teringatkan anak2ku.
Aku sedih kerana tiba2 aku terbayangkan anak2ku.
Bagaimana mereka bila tiba2 aku tiada lagi?


Hidup ini singkat.
Hidup ini hanyalah satu persinggahan.
Ajal dan maut bukan kita yang tentukan.
Semalam aku pergi bercuti.
Aku bawa anak2 lelakiku jalan2.
Menunaikan janji2 yang belum tertunai.
Window shopping di KSL.
Menonton Hunger Games di MBO.
Makan burger di McD.
Juga mencari permainan baru.


Nikmatilah kehidupan.
Gembirakanlah orang2 disekeliling anda.




8 ulasan:

  1. naiss doc.., salam Rabu dari wak yg jauh dimata jugakk.,ahHKs

    BalasPadam
  2. aiseh doc.. tetiba ada habuk masuk mata ni.

    Semoga rohnya dicucuri rahmat & isteri n anak2nya juga dalam limpahan rahmat dr Allah

    BalasPadam
  3. sedih pulak saya. Tetiba rasa nak call encik suami, sebab dia bekerja dengan elektrik. Semoga dia selamat semasa bekerja.

    Dan semoga roh pesakit doc dicucuri rahmat.

    BalasPadam
  4. Sejak kebelakangan nie, saya di taburi dengan berita kematian. Insaf sangat2. Takut sangat2. Bersedialah kita seawalnya.

    BalasPadam
  5. al fatihah, bila kita kehilangan org penting dlm hidup kita, tak dpt digambarkan bagaimana perancangan masa hadapan kita.....Ya Allah, peliharalah kami, dan semoga kami semua dlm lindunganmu jua!

    BalasPadam
  6. innalillahiwainailahirojiun...

    biasanya orang yang paling kita ingat tu jugak yang akan beri kejutan kepada kita, supaya kita takkan lupa dia.

    al-fatihah untuk arwah...

    BalasPadam
  7. Al fatihah...suka baca blog ni,terjumpa link masa tengah search pasal Velfire..anyway jemput ke blog saya

    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    BalasPadam
  8. saya tau itu tak professional, tapi dah banyak kali juga tak boleh tahan air mata ni dari mengalir depan patient.....

    BalasPadam