Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 November 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang wanita berusia awal 30-an.
Salah seorang pesakit tegarku.
Mengandung anak sulung selepas 2 kali keguguran.
Dia bekerja di sebuah restoran makanan pantas.
Dah tahap manager dah.
Jadi kira orang berpelajaranlah.

Memandangkan usianya,
juga sejarah keguguran dan berat badannya,
doktor2 di klinik kerajaan sangat prihatin dengan kandungannya.
Awal2 lagi dia dah disuruh minum air gula.
Dan dia gagal ujian tersebut.
Paras gulanya naik ke 8.4 selepas minum air gula.
Sejak itu hampir setiap 2 minggu dia kena berulang ke klinik.
Dan kali ini kena buat BSP pulak.
Check paras gula 4 kali sehari.
Bukan sekali tapi dah berkali2.
Keputusannya taklah teruk sangat pun.
Sesekali bacaannya lebih 7.
Biasanya kurang daripada 6.
Itupun doktor kerajaan masih tak puas hati.
Awal pagi nak disuruh bawah 5.
Manakala selebihnya bawah 6.
HBA1C nya pun cuma 5.5%.
Jadi takda apa perlu dirisaukan.
Sepatutnyalah.



Dia kini dah trauma.
Setiap kali ke klinik mesti kena marah.
Itu tak boleh makan,
ini tak boleh makan.
Dan sepanjang tempoh 2 bulan ini,
berat badannya statik sahaja.
Nasib baik kandungannya takda apa2.

Tapi yang jadi mangsanya aku juga.
Sebab setiap 2 minggu,
dia buat ujian BSP kat klinik aku.
Bila dah ada pesakit nak datang klinik 4 kali sehari,
aku tak boleh nak lari kemana2.
Nak balik awal tak boleh.
Nak tutup awal pun tak boleh.

Aku pernah kata kat pesakit2 aku.
Doktor2 klinik kerajaan sekarang tidak merawat pesakit.
Doktor2 klinik kerajaan obses dengan nombor.
Mereka risau dengan nombor.
Beza satu dua point pun dirisaukannya.
Lepas tu takut2kan pesakit.

Aku pernah pesan dengan pesakit ini.
Lain kali kalau datang ke klinik kerajaan,
bawalah ayam goreng satu bucket.
Nugget juga kentang goreng.
Jadi taklah tension sangat doktor2 kat sana.

Pada pendapatku.
Dia tak perlu berumah di klinik kerajaan.
Dia tak perlu asyik berulang-alik ke klinik kerajaan.
Tunggu aje kandungan 37 minggu.
Buat satu lagi BSP. 
Kalau semuanya bawah 6.0,
Tunggulah masa sampai bersalin normal.
Kalau tidak,
Paksa bersalin pada 38 minggu.
Takda apa perlu dirisaukan.
Takda apa perlu ditakutkan.



10 ulasan:

  1. bestnyaaa kalau hari2 patient dtg bawak ayam goreng 1 bucket/nugget/kentang goreng..
    takut HbA1c doctors pulak yg naik nanti.. hihi

    BalasPadam
  2. Kesiannya dia. Mesti baby dia keluar besok meleleh jer air liur sebab banyak benda mengidam, ibunya skip sebab nak jaga sugar. Hehehehe

    BalasPadam
  3. selalu jugak dengar kena minum air gula..... saya Alhamdulillah tak pernah kena minum....

    nak tanye lah..... ade efek ke baby ke kalau rutin kena cek up gula ..minum air gula....
    itu hari pernah terdengar rungutan pasal .. anak kecik2 kena kencing manis . kena cucuk insulin.. sebab masa pegnen tu asek minum air gulaaa jaaa...

    saya cuba2 gak gugel pasal nehh... kureng pulak pakcik gugel bagi pendapatan... huhuhuu

    BalasPadam
  4. Minum air gula tu sekali jer.
    200g sahaja.
    MGTT nama testnya.
    Kalau tinggi pun takda kena minum lagi.
    Kena buat BSP pulak.
    Test gula sebelum makan.
    Pagi, tgh, petang dan mlm.

    Minum air gula tu tak jadi sebab anak kena DM.
    Kena inject insulin pun bukan sebab minum air gula.

    Jangan salah faham.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq for info...

      agak nye org tu merungut nak salah kan org laen dan tak redha ketentuan Allah...
      Wallahualam ...
      kesian anak kecil yg dpt penyakit ni...

      Padam
  5. As salam..
    Mungkin sy belum cukup berpengalaman utk bercakap pasal medical.
    Sy sendri bekerja di klinik kesihatan ibu dan anak.
    Mungkin bg dr bekerja di klinik swasta. Situasi tidak sama seperti kami..
    Kami ade guideline yg perlu diikuti. Bukan utk menakutkan pesakit dengan bacaan bsp yg tinggi tp sekiranya bacaan tinggi yg 1 tu pn boleh menyebabkan pesakit selesa tanpa mengambil kira kandungan.. Apa agaknya yang terjadi? Kami bekerja di sektor kerajaan bukan hanya menunggu pesakit dtg seperti doktor.. Perlu ingt sebelum apa2 terjadi. Sekurang2nya sektor kerajaan cuba untuk menjaga pesakit sebaik mungkin.. Lihatla dari sudut positif n kebanyakan pesakit tidak pernah merungut bila disuruh buat bsp..

    BalasPadam
  6. Assalam. Maaf ye ingin mencelah..

    Mungkin saya tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja sebagai pegawai perubatan.. Pngalaman selama 6 tahun mungkin masih baru untuk saya.

    Izinkan saya menjelaskan situasi sebenar di klinik kesihatan..sy sendiri bekerja di kk. Untuk makluman dr, guideline 2 weekly bsp adalah guideline yg diwujudkan hasil perbincangan o&g consultant n specialist di seluruh malaysia. Mngikut dari apa yg anda tulis, bsp cukupla sekali sebelum 37 mggu?? Saya pikir anda belum pernah menghadiri meeting membincangkan perital mortality case yg berlaku tanpa anda sedar.. Mungkin akibat kurangnya rawatan khusus.. Atau pesakit sendiri kurg alert?

    Kami di kk tidak ingin disogok dengan pelbagai makanan atau apa2. Kami tidak pernah rasa jemu merawat pesakit yg dtg even hanya untuk review bsp. Dan tidak pernah terfikir mahu lari dari tugas.. Mahu tutup klinik cpt or etc.. Sy rasa dr sendiri tau situasi di kk.. Pesakit antenatal boleh menjangkau 100 org sehari dan hanya 2 org mo sahaja ditugaskan di bhgian klinik ibu dan anak.. Semata2 utk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tetapi itula.. Fitrah rakyat malaysia.. Perkhidmatan baik pn tetap nampak salah. Terkurang rawat lagila disalahkan. Nasib la kami yg makan gaji ni.. Mungkin hasil kami dapat takla sebanyak mana.. Tp cukupla utk dihargai.. Dan sy berharap dr sentiasa menyokong pegawai perubatan yang bekerja di sektor awam. As salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah kerja di hospital kerajaan.
      Saya juga sering menghantar isteri ke klinik antenatal kerajaan.
      Maaf cakap.
      Guidelines sepatutnya jadikan panduan.
      Bukannya diikut secara membuta tuli.
      Cuba tengok keputusan BSPnya setiap minggu.
      Apa yang ganjil sangat?
      Apa yang tinggi sangat?
      Sebab tu klinik sentiasa penuh.
      Kes2 yang tak perlu disuruh sentiasa datang untuk follow up.
      Apa perlunya check berat badan selang 2 hari?
      Apa perlunya check urine selang 2 hari?
      Apa perlunya check tekanan darah setiap hari?
      BP naik sebab pesakit baru balik kerja malam.
      Tunggu giliran sepanjang pagi.
      Mana tekanan darah tak naik?

      Padam