Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 November 2013

Aku dan temuduga Sekolah Alam Shah

Seminggu yang lalu.
Keputusan UPSR diumumkan.
Tanpa disangka-sangka.
Dua hari lepas.
Wife dapat panggilan telefon.
Anak bungsu dapat peluang.
Menghadiri temuduga untuk ke Sekolah Alam Shah.
Sekolah berasrama penuh tersohor di Putrajaya.

Pukul 4.30 pagi yang sunyi.
Aku dah bertolak ke Putrajaya.
Tak sempat nak cari locum.
Tak sempat nak arrange jadual.
Semuanya langgar sahaja.
Pukul 7.30 pagi.
Aku selamat tiba di destinasi.
Sekolahnya dekat bebeno dengan Alamanda rupanya.


Bersama2 anakku ada 120 orang lagi pelajar lain.
Datangnya daripada seluruh semenanjung.
Semuanya nampak hebat2 belaka.
Pengawas sekolah sekurang2 nya.
Tepat pukul 8.00 pagi.
Kaunter pendaftaran dibuka.
Emak bapak nampak lebih excited banding anak2nya.
Dan aku tahan aku punya mengantuk.
Demi anak punya pasal.


Pukul 9.00 pagi.
Ada sedikit taklimat oleh wakil pengetua.
Calon2 yang dipanggil adalah yang memilih SAS
sebagai pilihan pertama mereka dalam sistem online
permohonan masuk ke SBP.

Daripada 1800 yang memohon secara online,
Lebih 600 pelajar telah mendapat 5A.
Daripada 600 pelajar tersebut,
Hanya 180 orang yang akan dipilih oleh panel pemilihan.
Ini adalah peluang pertama.
Kerana pengetua ada 20% kuota.
Kuota untuk memilih pelajar2 pilihan mereka.
Biasanya pengetua memilih pelajar2 yang cemerlang.
Terutama dalam bidang sukan dan kokurikulum.
Anak bungsuku ada main hoki sampai peringkat kebangsaan.
Sebab itu dia turut dipanggil.

Sebenarnya tak sehebat manapun.
Cuma sekolah anakku adalah sekolah angkat TNB.
Jadi setiap tahun ada dana untuk pasukan hoki sekolah.
Memandangkan tak banyak sekolah yang ada team hoki,
automatik sekolah anakku terus dapat wakil negeri.
Main untuk peringkat kebangsaan.
Rezeki dia sememangnya.


Temuduga hari ini terbahagi kepada tiga.
Ujian bertulis untuk soalan IQ dan pengetahuan am.
Ujian berkumpulan.
Temuduga 5 pelajar didepan 3 orang panel.
Dan akhir sekali,
Ujian kecergasan.
Daripada 120 pelajar yang hadir,
Hanya 24 pelajar sahaja yang akan terpilih.
Tapi jangan risau,
Kalau gagal kali ini,
Masih ada peluang untuk pemilihan kedua.


Keputusan temuduga ini adalah rahsia.
Tiada keputusan akan dikeluarkan.
Ianya hanya akan diumumkan pada akhir Disember nanti.
Bersama-sama dengan keputusan oleh panel pemilihan.
Jadi kita pun tak tahu,
kalau dapat ikut kuota pengetua atau pemilihan biasa.
Jika berjaya,
Sessi persekolahan bermula pada 8 Januari 2014.
Jika tidak,
Bersekolahlah disekolah harian biasa.
Aku tak mengharap sangat dia berjaya.
Yang penting pengalaman.
Juga membina keyakinan diri.

Pukul 3 petang,
Aku terus bertolak balik.
Walaupun esok ada cuti am di Johor,
Aku terpaksa balik.
Ada majlis kahwin di rumah kakak ipar aku.   

Selamat berhujung minggu kawan2!



17 ulasan:

  1. So kalau dapat, masukkan juga la ke asrama?

    BalasPadam
  2. tahniahlah jugak tu abg doc.., salam weekendd

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana terpilih utk ditemuduga dan ujian. Semoga anak doc berjaya.

    Anak saya mcm dah tawar hati dan nak masuk sekolah harian aje sama seperti abang2nya dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikut saya,
      biar duduk rumah aje.
      Tapi bila difikirkan peluang dan masa depannya,
      sayang pulak kalau tak direbut.

      Padam
  4. Ya Allah overnya smp nk interview bagai. Kalah nk jd pilot n cabin crew hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman dah berubah.
      Nak masuk sekolah tadika pun,
      ada yang kena interview dulu tau!
      Dengan emak bapak sekali diinterview.
      Takut tak mampu bayar yuran gamaknya.

      Padam
  5. kuah sudah hadir di nasi. Allah beri peluang dan jalan. Moga istiharah dan doa memberi panduan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.
      Terima kasih Zulkarnain.

      Padam
  6. jgn dok asrama nanti merengek nak balik dah la, jauh gak putrajaya tu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang saya paling risaukan.
      Lagipun tahun depan,
      cuti umum dah tak sama.
      Lagi pening.

      Padam
  7. Dia sendiri nak tak ke sekolah tu. Maklumlah, kakak dan abangnya ada pengalaman.

    BalasPadam
  8. Kali ini aku tak apply pun anak aku utk SBP. Aku rasa dia lebih baik di bawah pengawasanku. Pengalaman dgn anak perempuan dulu di SBP aku rasa lebih baik duduk di as-rumah dari asrama walaupun ada baik, ada buruk duduk di asrama.

    BalasPadam