Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Aku ke Temasya Pencak Silat Beradat MPKu

Dah hampir setahun anakku berguru. Belajar silat dengan mahaguru. Seni Silat Sendeng Hang Tuah. Ini bukan belajar silat untuk bergaduh. Atau bertarung melawan musuh. Ini seni silat beradat. Belajar bunga2 silat sahaja. 

Hari Sabtu yang lalu.
Ada temasya silat di Dewan Serbaguna Kg Melayu.
Dekat aje dengan rumah Jep Sepahtu.
Perguruan seni silat anakku jadi penganjur.
Merebut Piala YDP Kulaijaya yang baru.


Temasya ini diadakan selama 3 hari 2 malam.
Ada 11 pasukan perguruan persilatan menyertainya.
Perguruan daripada Singapura ada.
Perguruan daripada Selangor pun ada.
Kalau dari segi aestetik luaran,
semuanya nampak hebat2 belaka.
Gerun aku melihat mahaguru2 yang datang.
Lengkap bertanjak dan bersampin.
Tangkal penuh dilengan.
Keris pula digenggam erat ditangan.


Aku datang pada hari kedua temasya.
Anakku terpilih untuk mewakili pasukan perguruannya.
Acara solo bebas putra.
Bersama2 anakku,
ada 7 lagi peserta lain.
Menunjukkan aksi bunga2 silat selama 3 minit.
Ada tiga orang juri yang …

Aku dan Lawak Hari Jumaat

Rajesh is at an interview for a guard's job.
" Assume you see two trains speeding towards each other. What will you do? " Asked a Railways official.
" Raised a red flag, " Rajesh replied. " But you haven't taken the flag with you, " said the official. " I'll wave my red shirt at the drivers. " " You're not wearing a red shirt that day. " " Then I'll ran home and bring my little sister, " Rajesh smiled. " Wow! Does she know any new technique? " " No, " said Rajesh. " But she hasn't seen two trains colliding. "
Salam Hari Jumaat kawan2.



Aku dan Philea Resort Ayer Keroh

Petang Khamis. Selepas penat memilih buku, aku terus turun ke selatan. Aku ada dua pilihan, singgah semalam di Port Dickson, atau singgah semalam di Melaka. Anak2 mengundi untuk singgah di PD. Tetapi dengan kuasa veto yang aku ada, aku pilih resort ini. Philea Resort and Spa di Ayer Keroh Melaka. Banyak komen positif aku dengar pasal resort ini. Jadi aku pun nak try. Rate hari2 biasa lebih murah banding hujung minggu.

Dua jam sebelum aku sampai,
aku dah confirmed booking melalui Agoda.com.
Jadi urusan checked in sangat pantas.
5 minit dah dapat bilik.
Buggy pun dah sedia menunggu.


Aku terkejut dengan keindahan resort ini.
Semuanya sangat cantik lagi mendamaikan.
Aku suka bangunannya.
Diperbuat daripada kayu pine.
Kayunya berkilat, licin tetapi keras.
Sangat kemas hasil buatannya.
Landskapnya pun cantik.
Tak terasa seperti berada di Melaka.


Aku ambil bilik biasa sahaja.
Tapi muat untuk 5 sekeluarga.
Bilik aku ditingkat bawah.
Menghadap kolam dan air terjun buatan.
Suasananya sunyi.
Hany…

Aku dan Big Bad Wolf Book Sale 2013

Pagi hari Khamis. Pukul 8 pagi aku dah checked out. Aku nak segera turun ke Kuala Lumpur. Aku nak pergi memborong buku. Ramai rakan blogger yang dah pergi. Masing2 beri komen positif. Rugi kalau tak singgah. Ramai juga yang berpesan, bawa beg bagasi beroda. Senang nak bawa buku kesana-sini. Jadi tak penat tangan memegangnya.

Pukul 9.30 pagi.
Dengan bantuan  kakak Waze,
aku selamat tiba di Mines Seri Kembangan.
Badan yang sakit menjadi sihat.
Batuk dan selesema terus hilang.
Bila tengok buku2 kegemaran tersusun rapi.


Hampir 4 jam aku didalam sini.
Memilih dan membelek2 buku.
Semua dijual pada harga sangat murah.
Buku kulit tebal pun baru RM 10.00.
Buku penuh gambar warna-warni baru RM 20.00.
Siapa yang tak teruja?


Kalau ikutkan hati,
memang banyak yang aku nak beli.
Tapi aku kena letakkan bajet pada geng2 aku.
Seorang tak boleh lebih RM 100.00.
Lagipun kereta dah berat dah.
Tak boleh isi banyak2.


Aku banyak beli buku2 sejarah juga bacaan ringan.
Wife beli alat bantuan mengajar juga bu…

Aku dan Semalam di Kuala Selangor

Selepas meninggalkan Teluk Intan,
aku ikut jalan2 kampung menuju ke Kuala Selangor.
Cuaca agak panas dan berjerebu.
Sambil memandu aku pandang kiri kanan.
Kalau ada port cantik aku berhenti.
Kalau ada signboard unik aku berhenti.
Kalau ada gerai jual makanan aku berhenti.
Sepanjang jalan di kawasan Sg Besar,
banyak gerai menjual Mentarang.
Aku tak pernah dengar beb.
Lalu aku call sahabat jawaku orang Sg Besar.
" Jangan lupa cuba Mentarang Bakar! "


Aku pun berhenti disalah satu gerai ditepi jalan.
Nak beli yang belum masak boleh.
Tapi sempat ke nak bawak balik?
Jauh lagi perjalananku.
Jadi aku cuba yang dah siap dibakar.
Sepinggan dah RM 6.00.
Sekali rasa memang tak cukup.
Kena tambah sepinggan lagi.
Barulah dapat rasa keunikannya.


Rupa2nya seluruh Selangor bercuti hari itu.
Cuti Harijadi Sultan Selangor.
Padanlah kedai banyak tutup.
Dan jalan banyak kenderaan.


Sampai disatu simpang di kawasan Kuala Selangor.
Aku jumpa satu kemalangan maut.
Seorang penunggang motosikal direm…

Aku dan Semalam di Teluk Intan

Aku tiba di Teluk Intan kira2 jam 6 petang.
Perjalanan dari Bidor ke Teluk Intan terasa jauh. Kenderaan banyak. Juga tak boleh bawak laju dikawasan kampung.
Dengan bantuan kawan wife,
aku dapat satu rumah Homestay untuk disewa.
Rumah teres 3 bilik di Taman Perkasa.
Cukup besar untuk aku sekeluarga.
Yang penting ada tempat tidur dan bilik air.
Tv, aircond, kipas angin itu kira bonus.
Lokasinya pun dekat dengan bandar Teluk Intan.
Jadi senang nak bergerak ke sana-sini.


Malam itu aku ronda2 satu bandar.
Menara Condong itulah tempat utamaku.
Bila dah sampai dan tengok,
biasa2 sahaja rupanya.
Tetapi sejarahnya itu yang patut diketahui.
Siapa yang membinanya.
Apa tujuan pembinaannya.
Dan kenapa ia menjadi condong.
Aku tak nak cerita kat sini. Korang google sendiri.


Sebelah pagi pun aku sampai juga ke Menara Condong.
Selain mencari sarapan pagi,
aku nak tengok juga apa ada di sini.
Takda bezanya dengan bandar2 lain. Sibuk dengan orang mencari sarapan. Juga sibuk dengan orang pergi bekerja.


Aku singgah di Kuala Kangsar

Aku pernah sekali tiba di Kuala Kangsar. Rasanya sekitar tahun 1994. Masa tu aku masih student. Kena buat Rural Health Service di Pulau Pinang. Pergi naik kereta dengan kawan2. Jadi singgah sebentar ke rumah bapak kawan. Sebelum menyambung perjalanan ke Balik Pulau.

Aku pernah sampai di muzium ini.
Muzium Diraja Kuala Kangsar. Muzium menyimpan khazanah sultan Perak. Malangnya kali ini aku cuma dapat tengok luar sahaja. Muzium ditutup untuk proses renovasi.

Jadi aku ke Masjid Kuala Kangsar. Satu lagi ikonik bandar Kuala Kangsar.
Gambar famous untuk letak dikad2 hari raya. Masjidnya kecil sahaja rupanya. Tetapi dijaga sangat rapi. Ruang sembahyangnya berbentuk bulatan. Tiada barisan untuk saf. Semuanya main agak2 sahaja. Duduk dalam masjid ini ada rasa kelainannya. Sunyi, tenang dan aman.
Selepas Zohor, Aku teruskan perjalananku untuk ke Teluk Intan. Mula2 ingat nak lalu jalan dalam. Walaupun jalannya cantik tetapi sunyi sangat. Jadi aku patah balik dan masuk ke lebuhraya. Keluar di To…

Aku dan Semalam di Taiping

Tempat pertama aku tuju bila ke Taiping. Semestinya warung Mee Banjir Udang di Kuala Sepetang. Ini kali ketiga aku sampai. Rasanya cukuplah setakat ini. Walaupun makanannya masih sedap seperti selalu, layanannya semakin buruk. Aku memandu 600km jauhnya. Tak hilang penatnya jika dilayan sebegini. Nak ambil order kena panggil. Ditanya jawab ala kadar. Menu semakin kurang pilihannya. Airnya manis teramat. Dan harganya semakin terangkat. 5 ekor udang dah 10 ringgit. 5 orang makan dah 50 ringgit. Dah tak berbaloi dah pada firasat aku.

Banyak tempat lain yang menarik untuk dilawati sebenarnya. Tetapi cuaca tak mengizinkan. Daripada malam sampai ke pagi, Hujan langsung tak berhenti. Memang sedap tidur kalau diikutkan. Tetapi aku gagahkan juga untuk bangun. Nak tengok suasana pagi di Taman Tasik Taiping.

Pemandangan di tasik memang cantik.
Tak terasa seperti di Malaysia. Bila aku letak gambar ni di FB, Ramai yang bertanya, Kat mana ni? Nak je aku jawab Switzerland. Tapi nampak nor menipunye.…