Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2013

Aku dan Big Bad Wolf Book Sale 2013

Pagi hari Khamis.
Pukul 8 pagi aku dah checked out.
Aku nak segera turun ke Kuala Lumpur.
Aku nak pergi memborong buku.
Ramai rakan blogger yang dah pergi.
Masing2 beri komen positif.
Rugi kalau tak singgah.
Ramai juga yang berpesan,
bawa beg bagasi beroda.
Senang nak bawa buku kesana-sini.
Jadi tak penat tangan memegangnya.


Pukul 9.30 pagi.
Dengan bantuan  kakak Waze,
aku selamat tiba di Mines Seri Kembangan.
Badan yang sakit menjadi sihat.
Batuk dan selesema terus hilang.
Bila tengok buku2 kegemaran tersusun rapi.


Hampir 4 jam aku didalam sini.
Memilih dan membelek2 buku.
Semua dijual pada harga sangat murah.
Buku kulit tebal pun baru RM 10.00.
Buku penuh gambar warna-warni baru RM 20.00.
Siapa yang tak teruja?


Kalau ikutkan hati,
memang banyak yang aku nak beli.
Tapi aku kena letakkan bajet pada geng2 aku.
Seorang tak boleh lebih RM 100.00.
Lagipun kereta dah berat dah.
Tak boleh isi banyak2.


Aku banyak beli buku2 sejarah juga bacaan ringan.
Wife beli alat bantuan mengajar juga buku berkebun.
Anak lelaki beli buku2 biografi dan sejarah.
Anak perempuan beli novel2 cinta dan buku cupcakes.
Anak bungsu beli buku seni yang boleh dilipat2.
Semuanya masih dibawah RM 300.00.


Tahun depan aku pasti datang lagi.
Cuma kena pastikan.
Buku2 yang dibeli untuk dibaca.
Bukannya dijadikan bahan pameran.



6 ulasan:

  1. setkan doc, kalau x baca, x blh beli dah... kalau baca, blh beli satu buku untuk bacaan sebulan. sorang blh beli max 2 buku.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Bukan setakat anak.
      Bapaknya pun kena baca buku yg telah dibeli...

      Padam
  2. Saya pula tak perlu di suruh, kalau ada buku, tak bertangguh terus nak baca. Cuma, nak shopping buku saya selalu tak diberi kesempatan... huhuhuhu. Walhal BBW nie dekat jer dengan rumah saya, tapi kebenaran dari Kuantan tu saya tak dapat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hobi masing2.
      Minat masing2.
      Tapi membaca patut dijadikan kemestian.
      Patut digalakkan.

      Ulat2 buku.
      Mesti tak nampak pintu keluar kalau dah masuk sini...

      Padam
  3. Yg saya perhatikan,buku2 medical tak ada..huhuhuh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buku medik takda takpa.
      Dah jemu membacanya...

      Padam