Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Disember 2013

Aku dan hujung minggu ini


Hari minggu.
Hari pertama bulan terakhir di tahun 2013.
Pagi2 lagi aku dah ke klinik.
Cadang nak mengemas bilik aku.
Habuk dan semakin tebal.
Laci2 semua dah penuh.
Sampah-sarap dan semakin banyak.
Lipas pun dah beranak-pinak.
Muzium aku pun dah berserabut.

Walaupun staf selalu mengemas klinik,
barang2 dibilik aku mereka tak berani kacau.
Almari dalam bilik aku pun mereka tak berani buka.
Jadi apa yang ada dalam situ,
kekal di situ selama2nya.
Maka setahun sekali aku kena buat pembersihan.
Susun mana2 yang patut.
Buang mana2 yang patut.
Katalogkan mana2 yang perlu.
Juga bunuh mana2 lipas yang menumpang tidur.


Rasanya dah lama sangat aku tak kemas bilik aku.
Sampai aku tak ingat apa yang aku simpan.
Antaranya.
Suratkhabar The Star tahun 2003.
Laporan tentang hari2 terakhir.
Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Juga tentang Tun Pak Lah yang menjadi penggantinya.
Tak sangka.
Dah 10 tahun berlalu rupanya.
Ada juga jumpa barang2 lain.
Yang aku tak ingat bila aku mendapatkannya.



Bulan Disember.
Musim hujan dah tiba.
Ada motosikal pun tak boleh nak jalan.
Jadi kena tunggu lama sikit sebelum aku boleh review.
Tunggangan terbaruku.


Salam hujung minggu kawan2!

4 ulasan:

  1. sekarang musim hujan, kene pakai kete. heheh.

    paper bertahun dulu masih ada lagi. kagum!

    saya ada simpan juga, tapi sekadar gambar-gambar yang menarik dari suratkhabar, keratan kartun garfield, keratan kartun bizarro (dan piraro) dan keratan artikel artis feveret zaman sekolah dulu. Huuuu.

    BalasPadam
  2. saya nantikan review motor baru!

    BalasPadam
  3. Berhati2 di jalan raya Doc, slow2 dulu jgn terjah terus. Kenali bike anda dulu sebelum perah full throttle. Jangan sesekali drop gear dalam keadaan mengejut dlm kelajuan tinggi, slide nanti tayar belakang, it is not fun and scary. Apa-pun baca doa dulu sebelum menunggang.

    BalasPadam