Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Disember 2013

Aku dan Masalah Hari Ini



Saya seorang pelajar MRSM.
Tahun depan akan mengambil SPM.
Saya nak jadi doktor.
Saya juga nak buka klinik sendiri.
Saya nak tanya,
Adakah kerja sebagai doktor ni sibuk sangat
hingga tiada masa dengan anak dan isteri?
Boleh tak beri pendapat dan tips-tips.

Sekian terima kasih.

Ini email yang aku terima minggu lepas.
Dah beberapa hari aku fikirkan jawapannya.
Susah juga nak jawab.
Pening juga nak jawab.
Dia memang nak jadi doktor.
Bila dah ada niat,
apa2 halangan pun pasti boleh diatasinya.
Rasanya aku dah tulis banyak kali pasal ini.
Susah senangnya jadi pelajar perubatan.
Susah senangnya jadi Houseman.
Susah senangnya jadi Pegawai Perubatan.
Juga susah senangnya jadi GP seperti aku.
Jadi pandai2lah cari diblog ini.

Kali ini biar aku cerita.
Sibuk sangat ke jadi doktor ni?
Sampai tiada masa untuk anak isteri?

Masa aku mula2 buka klinik 10 tahun dulu,
hidup matiku memang diklinik.
Pagi petang,
siang dan malam.
Hari Isnin hingga Sabtu. 
Tapi sejak mula2 bukak klinik dulu,
Aku memang cuti hari minggu.
Hari kelepasan am pun aku cuti.
Tak seperti kawan2 yang lain.
Kerja 7 hari seminggu.
12 jam sehari.
Aku tak boleh hidup macam tu.
Dah jadi macam hamba abdi.
Dah jadi macam mat bangla kerja construction.
Langsung takda rehat.

Tapi dari dulu sampai sekarang,
Lepas pukul 10 malam baru balik rumah.
Semuanya demi keperluan hidup.
Banyak benda perlu dibayar.
Banyak hutang perlu dibayar.
Tetapi mungkin sudah terbiasa sejak zaman belajar,
juga masa kerja dihospital kerajaan dulu,
jadi kesibukan itu taklah terasa sangat.

Bila dah buka klinik sendiri,
hidup memang terikat dengan klinik.
Tak boleh ambil cuti suka2.
Tak boleh ambil MC suka2.
Sebab hidup mati klinik ditanganku.
Kalau aku tiada diklinik,
memang takda income yang masuk.
Aku tiada cuti tahun.
Aku tiada cuti sakit.
Aku juga tiada caruman EPF.
Kalau ada apa2 berlaku kepada diriku,
hanya aku yang menanggungnya.
Tiada tempat lain untuk bergantung.


Walaupun waktu bersama2 anak isteri terhad,
itu tak jadi masalah sebenarnya.
Yang penting kualiti bukan kuantiti.
Aku  masih boleh melihat anak2 membesar didepan mata.
Bermula dengan tak tahu apa2,
sekarang mereka pulak yang lebih tahu banding kita.
Bermula dengan hanya pandai minta susu,
sekarang dah pandai minta iPhone 5S.
Bermula dengan hanya mengumpul alat permainan,
sekarang dah pandai mengumpul syiling lama.
Bermula dengan main game di video arcade,
sekarang dah pandai main kinect di Xbox 360.
Bermula dengan pandai mengayuh basikal roda tiga,
sekarang dah berkira2 nak belajar bawa kereta.

Masa mula2 buka klinik dulu,
pesakit dan klinik adalah no 1.
Pesakit dan klinik adalah segala2nya.
Aku jarang bercuti.
Aku jarang tiada diklinik.
Aku jarang balik awal.
Aku masuk klinik tepat pada masanya.
Aku tak pernah panggil locum ganti aku.
Tapi itu cerita 3-4 tahun yang lalu.

Sekarang klinik bukanlah segala2nya.
Pesakit pun bukanlah segala2nya.
Wang juga bukan segala2nya.
Harta dunia memang takkan cukup jika dikumpul.
Harta dunia memang takkan habis untuk dikumpul.
Kehidupan dunia hanya sementara.
Jadi aku dah berubah sekarang.
2-3 tahun kebelakangan ini,
Aku mula letak doktor locum diklinik.
Aku selalu datang lambat.
Aku selalu balik awal.
Hari Sabtu kerja separuh hari.
Hari minggu mesti cuti.
Setiap hari kelepasan am aku mesti cuti.
Pesakit2 ada juga yang komplen.
Tetapi pesakit2 yang dah kenal aku,
Tahu bila aku ada diklinik.
Aku dah tak takut pesakit2ku lari.
Aku dah tak kisah pesakit2ku lari.
Kerana aku tahu,
Rezeki aku Allah yang beri.
Bukan pesakit2ku yang beri.

Apa2 pekerjaan sekalipun,
risikonya sama sahaja.
Perlu bekerja dan berusaha.
Tiada istilah kerja senang atau susah.
Tiada istilah senang buat duit.
Dan apa2 pekerjaan sekalipun,
jangan anggap ia sekadar satu kerja atau beban.
Anggap ianya satu tanggungjawab.
Anggap ianya satu amanah.
Anggap ianya satu ibadah.


5 ulasan:

  1. betul...bila kita betulkan niat.. apa saja jadi mudah.

    BalasPadam
  2. Pelajar yang bertanya tu kena meneleaah blog ini dari awal. Kalau dia baca semua entry, dia tak perlu tanya soalan tu pada sesiapa sekali pun.

    BalasPadam
  3. Agree, Doc. Kerja apa sekalipun mesti kerja sungguh-sungguh dan ikhlas.

    BalasPadam
  4. Doktor mungkin boleh cadangkan pelajar itu membuka blog Dr. Pagalavan, jika dia nak tahu susah senang menjadi Doktor di Malaysia

    BalasPadam
  5. saya setuju dengan ulasan doc.....saya juga begitu....bila dah makin berumur, tujuan dan hala tuju mula berubah alhamdulillah dan syukur atas rezeki Allah walau sket tapi cukup utk kami sekeluarga

    BalasPadam