Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Disember 2013

Aku dan Pesakit Hari Ini

Satu famili golongan sederhana.
Sang suaminya bekerja sebagai Senior Technician.
Disebuah kilang yang panel dengan klinik aku.
Sang isteri pula tak bekerja.
Suri rumah sepenuh masa.
Anaknya ada 5 orang.
Kelima2nya masih bersekolah.

Sang suaminya ada Kencing Manis.
Makan beberapa jenis ubat.
Sebelum bekerja di kilang sekarang,
dia bekerja di sebuah kilang lain.
Masa tu kos perubatan adalah tanpa had.
Ubat kencing manisnya diambil di klinik pakar swasta.
Jadi makan ubat2 original takda masalah.
Sebulan beratus2 ringgit pun takda masalah.
Tetapi bila kilang tu bangkrap,
dan dia berpindah ke kilang sekarang,
kos perubatan untuk dia dan keluarga ada hadnya.
Hanya seribu setahun untuk sekeluarga.
Jadi ambil ubat kencing manis sahaja dah nak habis limit.
Selain masalah Kencing Manis,
doktor dah sahkan dia mengalami slipped disc.
Beberapa kali appointment untuk operate ditangguh.
Takut dan belum bersedia katanya.
Jadi selain makan ubat kencing manis,
dia juga kena bergantung dengan painkiller.

Untuk menampung kos sara hidup yang semakin bertambah,
apatahlagi sejak kilang lamanya bangkrap,
sang isterinya terpaksa bekerja.
Dia mengasuh beberapa orang anak jiran2nya.
Malangnya nasibnya kurang baik.
Budak2 yang dijaganya menambah masalah.
Jadi tekanan darahnya semakin naik.
Hendak tak nak kena makan ubat jugak.
Dengan ubatan tekanan darahnya boleh turun.
Tetapi kalau dia tak makan ubat,
dia mula sakit kepala.

Anak2nya 5 orang.
Semuanya masih kecil.
Semuanya masih bersekolah.
Semuanya masih membesar.
Semuanya nak gajet seperti anak2 orang lain jugak.

Dah lebih 3 bulan rupanya dia tak ke klinik.
Petang semalam dia datang.
Tanpa membawa surat daripada kilang.
Dah kena bayar sendiri sebab dah over limit.
Mengadu sakit pinggang sangat.
Dia dah ada tarikh untuk pembedahan.
Pertengahan bulan depan katanya.
Sementara itu dia perlukan painkiller.
Lalu aku bertanya pasal kesihatannnya.
Aku juga bertanya pasal isteri dan anak2nya.
Kenapa dah lama tak datang ke klinik.

Isterinya dah lama berhenti makan ubat darah tinggi.
Sejak Jun kalau ikut rekod aku.
Ubat kencing manisnya pun dia makan selang2.
Kalau gulanya naik,
dia makan ubat lebih.
Kalau gulanya normal,
dia bercuti makan ubat.
Sebabnya?
Kos perubatannya dah over limit.
Gajinya dah kena potong.
Jadi dia terpaksa berjimat untuk hidup.
Dan kerana nak berjimat kesihatannya terpaksa dikorbankan.

Aku pernah suruh dia ke hospital kerajaan.
Aku boleh tulis surat rujukan.
Tetapi dia kata takda masa nak menunggu berjam2.
Dia kena kerja sepanjang hari.
Isterinya pula tak pandai memandu kereta.

Sebagai doktor aku sepatutnya menyekolahkannya.
Boleh membebel dan berceramah.
Mengingatkannya pasal penyakit2nya
yang dia sendiri dah sedia maklum.
Tapi sebagai manusia,
aku tahu kesukaran hidupnya.
Kos sara hidup semakin bertambah.
Gula dah naik harga.
Minyak dah naik harga.
Tol dijangka naik harga tahun depan.
Tarif elektrik naik harga juga tahun depan.
Begitu juga dengan kedatangan GST.
Gaji takkan naik punya.
Kecuali gaji menteri besar, bapak2 menteri dan ahli2 exco.


Aku tak salahkannya.
Aku juga tak salahkan kerajaan.
Jadi siapa yang patut dipersalahkan?

6 ulasan:

  1. x ada siapa pun yang salah.
    roda hidup yang sentiasa berputar dan zaman sentiasa berubah. ada yang boleh seiringan dan ada yang keciciran malah ada juga yang gigih mengejar.

    seronok juga ni kalau kita kumpulkan dana untuk orang2 yang macam ni. doc x rugi, semua orang boleh sama2 menambah sedekah pada yang perlu.

    BalasPadam
  2. Option terbaik yg saya nampak utk kes ini,isterinya kena juga pergi ke Klinik Kesihatan berhampiran...ambil ubat di situ. Suami perlu berkorban cuti sehari/ cuti tak bergaji sehari hantar isteri ke klinik kesihatan. Dalam kita tak mampu, kita mmg tiada pilihan, maka pilihan yang busy ( KK) itu lah yg ada. Dan gunakan lah ia

    BalasPadam
  3. Saya setuju dengan DZ. Start tahun depan, both of them kena ke KK. At least limit seribu sefamily setahun tu boleh digunakan untuk hal2 lain. Dan saya rasa KK pun tak kurang bagusnya. Ada jadual blood test terperinci dan ada konsultansi dengan doctor. Sehari bercuti mungkin lebih menguntungkan dari kos ubat sebulan untuk mereka suami isteri.

    BalasPadam
  4. salam semua .. . InsyaAllah saya dalam keadaan yg agak sama dgn pesakit Dr.
    anak 5 tapi insyaAllah saya bekerja isteri pun bekerja. Ke 5 lima anak saya masih bersekolah.
    kalau boleh share blog saya di http://www.followmetotheworld.blogspot.com

    BalasPadam
  5. kalau saya jadi dr, nak marah pun serba salah, sebaiknya dia kena memperbaiki kesihatan diri dan keluarga, kang kalau tak sihat, lagi byk kos2 lain....terpaksa la bersusah sket, naik teksi ke, tumpang org ke, sebagusnya ke kerajaan, kos pun murah sket!

    BalasPadam
  6. saya pun setuju, klinik kesihatan memang ramai orang, tp takkan cuti 4 hari dalam setahun tak boleh, boleh jumpa dua2 orang sekaligus suami isteri....kalau terkawal penyakit mereka, cuma 3 bulan sekali jumpa doktor...demi kesihatan kena la berkorban sikit....kalau terus tak compliant mcm ni, takut2 komplikasi lain pulak yang datang, lagi teruk...dah ler anak2 kecik lagi....

    BalasPadam