Langkau ke kandungan utama

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit #1


Spot diagnosis?
Sakit apakah ini?

Pesakit #2

Seorang warga Indonesia.
Baru dua minggu datang ke Malaysia.
Umur 38 tahun.
Sudah berkahwin tetapi belum ada zuriat.
Bekerja sebagai tukang rumah dikampung.
2 bulan yang lalu.
Doktor di Indonesia mengesahkan dia kena kanser.
Ada 'tumor ganas' dilidahnya.
Lidahnya telah dipotong separuh.
Doktor sarankan dia buat rawatan radioterapi tetapi dia takut.
Lalu keluarganya menyarankan dia datang ke Malaysia.
Cuba berubat dengan doktor2 di Malaysia.
Dia jumpa denganku 2 hari yang lalu.
Tubuhnya kurus kering.
Tinggal tulang dengan kulit sahaja.
Dia tak boleh nak menelan.
Dia juga susah untuk bercakap.
Nafasnya pendek.
Mukanya pucat.
Nadinya pantas.
Tekanan darahnya rendah.
Lidah dan tekaknya penuh dengan ulser.
Apa harus aku lakukan?

Pesakit #3

Seorang lelaki awal 30-an.
Bekerja sebagai Senior Technician.
Gaji boleh tahan hebat.
Sebab aku pernah nampak rumah tempat tinggalnya.
Juga kereta barunya import daripada Jepun.
Dia selalu mengadu sakit kepala kepadaku.
Ada masalah besar yang tak pernah selesai.
Semalam dia pecah lubang.
Dia bercerita panjang lebar denganku.
Dia dah 4 tahun berkahwin dengan pilihan hatinya.
Bukan bersaudara ataupun punya pertalian darah.
Isterinya dah 3 kali mengandung.
Isterinya dah 3 kali bersalin.
Tetapi ketiga2 anaknya meninggal 10-20 hari selepas lahir.
Anak2nya semua lahir awal.
Cukup sifat2nya.
Beratnya pun tak kurang 1.8 kg kesemuanya.
Tetapi selepas lahir sahaja terus bermasalah.
Darah pekatlah,
usus tak berfungsilah,
paru-paru lemahlah.
Walaupun doktor dah usaha sedaya-upaya,
anak2nya masih tidak boleh diselamatkan.
Doktor menyatakan anak2nya ada masalah genetik.
Peluang untuknya punya zuriat agak tipis.
Apa perlu aku nasihatkan?

Pesakit #4

Seorang wanita berusia 35 tahun.
Punya 3 anak.
Yang kecil sekali baru berusia 3 tahun.
Dia jarang berjumpa denganku.
Pada tahun 2007,
dia pernah mengadu sakit perut denganku.
Aku anggap sakit biasa2 sahaja.
Lepas tu dia tak pernah mengadu sakit perut lagi.
Beberapa kali dia datang selepas itu,
bercerita masalah2 biasa sahaja.
Sakit biasa2 sahaja.
Semalam dia datang.
Mukanya pucat.
Badannya semakin kurus.
Dia mengadu sakit pinggang dan batuk2.
Tapi aku tak puashati.
Lalu dia bercerita.
Beberapa bulan yang lalu,
doktor sahkan dia menghidap barah usus.
Peringkat empat katanya.
MasyaAllah.
Terkejut aku.
Doktor kata barah sudah merebak.
Disarankan buat rawatan kemoterapi secepat mungkin.
Tetapi dia minta tangguh.
Macam2 cerita negatif daripada kawan2 dia dengar.
Bapanya pun tak setuju dia buat kemoterapi.
Ramai kawan2 bapanya meninggal selepas kemoterapi.
Doktor juga kata kena 'pasang beg' di perut dahulu sebelum kemoterapi.
Itu yang buatkan dia lagi nak mengelak.
Dia cuma makan vitamin sahaja.
Apa perlu aku nasihatkan?

Pesakit #5

Seorang ibu muda.
Punya 3 orang anak.
Petang semalam dia datang ke klinik untuk kali ke dua.
Dia membawa anak bungsunya berusia 1 tahun.
Anak bungsunya punya masalah besar.
Doktor kata dia menghidap Alagille Syndrome.
Sejenis penyakit genetik yang tiada ubatnya.
Sebulan sekali mesti kena masuk wad.
Kurang garam, kurang air, demam berulang dan sebagainya.
Anaknya cuma 5 kg sahaja beratnya.
Anaknya juga kuning satu badan.
Ibarat dilumur dengan kunyit seluruh badannya.
Aku sangat kagum dengan ibu ini.
Cukup tabah menjaga dan mengurus anaknya ini.
Dia datang ke klinik kerana nak suntik imunisasi untuk anaknya.
Apa perlu aku lakukan?

Sebenarnya dah seminggu aku bercuti.
Seminggu tak buka klinik.
Seminggu tak tengok pesakit.
Seminggu tak buka blog.
Tapi bila buka klinik sahaja,
inilah antara masalah2 pesakit yang aku kena hadapi.
Walaupun mereka semua sekadar pesakit,
dan tiada punya pertalian apa2 denganku,
masalah mereka sedikit sebanyak menjadi masalahku juga.
Aku dapat rasakan beban yang mereka pikul.
Juga tekanan yang mereka hadapi.

Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada.
Jangan sesekali mengeluh dengan apa yang kita tiada.
Kalau kita rasa ujian Allah keatas kita sangat besar,
orang lain diuji dengan ujian yang lagi besar.

Selamat kembali kawan2.




Ulasan

  1. banyak masalah yang terpaksa difikirkan rupanya.. masalah sendiri.. masalah keluarga... masalah pesakit... semoga terus tabah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.

      Tengok Pencetus Ummah.
      Boleh hilang semua masalah.

      Padam
  2. Kasihannya.... kasihan pada semua patient, kasihan pada Doc juga. Baik, saya akan lebih bersyukur selepas ini. Sob..sob...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.

      Sekian tazkirah saya hari ini.

      Padam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…