Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Disember 2013

Aku dan Semalam di Taiping

Tempat pertama aku tuju bila ke Taiping.
Semestinya warung Mee Banjir Udang di Kuala Sepetang.
Ini kali ketiga aku sampai.
Rasanya cukuplah setakat ini.
Walaupun makanannya masih sedap seperti selalu,
layanannya semakin buruk.
Aku memandu 600km jauhnya.
Tak hilang penatnya jika dilayan sebegini.
Nak ambil order kena panggil.
Ditanya jawab ala kadar.
Menu semakin kurang pilihannya.
Airnya manis teramat.
Dan harganya semakin terangkat.
5 ekor udang dah 10 ringgit.
5 orang makan dah 50 ringgit.
Dah tak berbaloi dah pada firasat aku.


Banyak tempat lain yang menarik untuk dilawati sebenarnya.
Tetapi cuaca tak mengizinkan.
Daripada malam sampai ke pagi,
Hujan langsung tak berhenti.
Memang sedap tidur kalau diikutkan.
Tetapi aku gagahkan juga untuk bangun.
Nak tengok suasana pagi di Taman Tasik Taiping.


Pemandangan di tasik memang cantik.
Tak terasa seperti di Malaysia.
Bila aku letak gambar ni di FB,
Ramai yang bertanya,
Kat mana ni?
Nak je aku jawab Switzerland.
Tapi nampak nor menipunye...
Pagi2 di Tasik Taiping.
Ramai sungguh warga2 emas beriadah.
Berjalan kaki, berbasikal juga bertai chi.
Yang muda2 tak ramai kelihatan.
Mungkin sebab hari bekerja agaknya.


Lepas pusing satu round ditasik,
Aku singgah ke kaki Bukit Larut.
Khabarnya kalau nak naik ke atas,
kena beli tiket untuk naik jip.
Bila aku sampai sana sekitar 8.30 pagi,
orang memang tak ramai.
Tapi hujan makin lebat.
Aku tunggu 15 minit masih tak nak reda jugak.
Jadi aku batalkan rancangan nak daki Bukit Larut.
Kena cari plan lain.

Lepas bersarapan di Cafe resort,
Aku terus checked out.
Nak mandi air sungai pun tak boleh.
Nak duduk bilik pun takda nak buat apa.
Jadi jomlah melawat muzium.


Di Taiping ada satu muzium.
Muzium tertua di Malaysia katanya.
Bayaran masuk cuma 2 ringgit sahaja.
Bangunannya cantik.
Hiasan dalamannya pun cantik.
Suasananya pun sejuk.
Sangat sesuai untuk belajar sejarah.


Sebelum tengahari,
Aku tinggalkan Taiping.
Aku terus turun ke Kuala Kangsar.
Mencari mercu tanda Kuala Kangsar.

10 ulasan:

  1. Makan laksa di KK dan shopping labu sayong? Oh, saya belum pernah sampai, tapi semakin ramai yang komplin mee udang tu. So, rasanya saya akan delete dari senarai saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laksa KK dah pernah rasa.
      Tempat labu Sayong cuma lalu sahaja.
      Hujan masa tu.
      Malas nak nyinggah mana2.

      Padam
  2. eh, muzium taiping dah ade caj yer kalau nak masuk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 ringgit aje bang.
      Kos untuk bayar bil elektrik.
      Air cond satu bangunan tu...

      Padam
  3. Saya Orang Taiping pon dah tak pi makan kat situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Azril,

      orang Taiping makan kat mana?

      Padam
  4. second pic tu cantik sangat......mesti suasana sangat sejuk kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujan gerimis masa tu...
      Tapi taklah sejuk sangat...

      Padam
  5. Taman tasik tu mmg tak pernah gagal megkagum saya..sejak zaman saya belajar kat Tepeng dulu...hingga kini...hihihih..

    Memalam try tak makan yong taufu kat belakang bomba tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malam tu hujan.
      Lagipun bekalan makanan bawak banyak dari rumah.
      Jadi tak terfikir nak jalan2 cari makam.
      Tapi tengok awak punya gambar diblog,
      rasa terkilan pulak...

      Padam