Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Disember 2013

Aku dan Semalam di Teluk Intan


Aku tiba di Teluk Intan kira2 jam 6 petang.
Perjalanan dari Bidor ke Teluk Intan terasa jauh.
Kenderaan banyak.
Juga tak boleh bawak laju dikawasan kampung.
Dengan bantuan kawan wife,
aku dapat satu rumah Homestay untuk disewa.
Rumah teres 3 bilik di Taman Perkasa.
Cukup besar untuk aku sekeluarga.
Yang penting ada tempat tidur dan bilik air.
Tv, aircond, kipas angin itu kira bonus.
Lokasinya pun dekat dengan bandar Teluk Intan.
Jadi senang nak bergerak ke sana-sini.


Malam itu aku ronda2 satu bandar.
Menara Condong itulah tempat utamaku.
Bila dah sampai dan tengok,
biasa2 sahaja rupanya.
Tetapi sejarahnya itu yang patut diketahui.
Siapa yang membinanya.
Apa tujuan pembinaannya.
Dan kenapa ia menjadi condong.
Aku tak nak cerita kat sini.
Korang google sendiri.


Sebelah pagi pun aku sampai juga ke Menara Condong.
Selain mencari sarapan pagi,
aku nak tengok juga apa ada di sini.
Takda bezanya dengan bandar2 lain.
Sibuk dengan orang mencari sarapan.
Juga sibuk dengan orang pergi bekerja.


Ada orang ingatkan,
jangan lupa mencuba Mee Rebus dan Mee Rojak di Mastan Ghani.
Jadi aku pun nak try jugak.
Malangnya jualan hanya bermula selepas jam 9.30 pagi.
Aku tak boleh nak tunggu untuk bersarapan.
Anak2 yang ditinggal dah kebuluran.
Cadangnya tengahari nak ulang balik ke sana.

Tengahari sebelum aku meninggalkan Teluk Intan,
kawan wife datang lagi.
Kali ini dia bawa banyak buah tangan.
Mee Rebus dan Mee Rojak Mastan Ghani pun ada.
Souvenir pun ada.
Memang baik sungguh kawan wife aku.
Selain menunjuk jalan juga tunjuk tempat2 makan,
dia juga tak lokek nak bersedekah.
Semoga semakin murah rezekinya sekeluarga.


Perjalanan keluar daripada Teluk Intan jem teruk.
Perjalanan 10 minit jadi 60 minit.
Ada kerja2 pembesaran jambatan.
Jalan dua lorong jadi satu lorong.
Macamana kontraktor tu boleh buat camtu aku pun pelik.
Patutnya sediakanlah laluan alternatif dulu.
Sebenarnya kawan wife dah beritahu.
Malangnya aku tak boleh nak mengelak.
Kerana itulah satu2nya jalan keluar daripada Teluk Intan.
Tapi aku dah buat preparation.
Kawan wife pun dah sediakan bekalan makanan untuk anak2.


Teluk Intan best.
Tak sibuk sangat.
Tak bising sangat.
Aku pasti datang lagi.
Tapi entah bila.


4 ulasan:

  1. belom pernah sampai, ntah bila bleh sampai dan pastinya dengan tujuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia ni kecik aje.
      satu hari mesti sampai punya...

      Padam
  2. so amacam mee rebus mastan ghani tu?sedap tak?saya mmg teringin nak try...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mee Rebus mamak.
      Sedap lagi Mee Rebus di Johor.
      Itu pandangan tekak orang Johor ler...

      Padam