Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Disember 2013

Aku dan Sentosa Villa Taiping

Cadangan asal nak ke Terengganu.
Ada kawan sponsored menginap di Awana Kijal.
Ada rancangan nak jumpa kawan di Paka.
Juga mencari Ustaz Azhar Idrus.
Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.
Tapi banjir gelombang pertama datang tanpa diundang.
Banyak jalan2 utama ditutup.
Jadi kena ubah rancangan.


Seminggu yang lalu.
Aku memilih untuk datang semula ke Taiping.
Lokasi pilihan untuk berada dekat dengan alam.
Jadi aku pilih resort ini.
Letaknya berhampiran dengan Tasik Taiping.
Letaknya berhampiran dengan Bukit Maxwell.


Tapi jalan menuju ke resort agak pelik sedikit.
Kena lalu taman perumahan dulu.
Anak2 dah mula mengeluh.
Mereka ingat kena duduk rumah Homestay.
Tapi rupa2nya resort ini letaknya ditepi hutan.
Lokasinya agak terpencil.
Memang tempat sesuai untuk mengasingkan diri.


Masa aku tiba hujan renyai2.
Kaunter Pendaftarannya sunyi sepi.
Memang langsung takda orang lain.
Memandangkan aku dah confirm booking aku,
urusan check in sangat cepat dan mudah.
Tak sampai pun 5 minit.


Aku suka resort ini.
Terasa macam duduk dalam hutan.
Ada air sungai mengalir.
Ada pokok2 hijau.
Ada ayam, itik, angsa juga ayam belanda berkeliaran.
Bangunan2nya pun cantik buatannya.
Sangat sesuai dengan jiwa aku.


Kalau nak mandi,
Boleh mandi di kolam buatan.
Airnya mengalir turun daripada bukit.
Bukannya air berklorin.
Kalau nak pergi spa pun ada.
Ada urutan tradisional Thai.
Tapi awal2 wife dah warning.
Jadi waktu malam aku duduk di Cafe.
Minum teh tarik sambil sembang2 dengan anak2.
Sebenarnya ada free WiFi di Cafe.
Kalau tidak jangan harap anak nak duduk temankan aku.


Bilik yang aku ambil letaknya ditingkat tiga.
Ada balkoni siap dengan buaian sekali.
Bagus untuk duduk cari ilham sambil menghadap bukit.
Biliknya sangat luas.
10 orang boleh tidur kalau terpaksa.
Sediakan tilam atau toto sahaja.


Bilik airnya pun lengkap.
Tekanan airnya kuat.
Cuma sarapan pagi agak menghampakan.
Tak banyak pilihan.
Tapi aku faham.
Tak ramai orang masa aku di sana.
Tak lebih 10 kereta yang kelihatan.


Tempat seperti ini sangat sesuai dengan jiwaku.
Tak perlu apa2.
Cuma duduk diam2 sambil menikmati ciptaan Tuhan.
Tiada gangguan.
Jauh daripada kebisingan.
Tapi anak2 mudah bosan.
Tak tahu nak buat apa2.
Tiada WiFi didalam bilik.
Tiada Astro channel didalam bilik.

Sebenarnya banyak aktiviti boleh dibuat.
Ada tempat untuk riadah.
Nak jungle tracking pun boleh.
Tapi budak2 zaman sekarang.
24 jam dengan internet sahaja.

Info seterusnya di sini

11 ulasan:

  1. Saya pun suka.... tapi anak dan hubby tak suka dok diam2 dan menghayati. Diorang nak activities city boy. Tapi saya rasa saya suka kalau dapat tinggal disitu... Seminggu tanpa apa2 pun takper.. Boleh menulis, boleh membaca dan sekadar melayan keindahan.

    Eh Doc, pakat dengan Doc Faiz ke? Dia pun ke Taiping kan...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.
      Tak payah buat apa2.
      Sekadar menikmati masa yang berlalu.
      Tapi tak ramai orang yang menghargainya.

      Padam
    2. Takda pakat2.
      Semua last minute punya plan...

      Padam
  2. lawa pulak tengok sentosa villa tu...

    BalasPadam
  3. Selalu makan kat Cafe diorang jer. pastu layan anak sungai ket tepi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga makanan berpatutan.
      Tak mahal.
      Takda service charge.
      Takda GST.

      Padam
  4. Mmg best kan villa ni...
    Saya duduk disitu Mon & Tue ( 16 & 17 Dec)..

    Tapi tu la...breakfast nya ..ikut tekak saya...mmg tasteless..hahahaha..tawar aja...

    BalasPadam
  5. Saya datang seminggu awal.
    Kalau tidak boleh jumpa kan?

    BalasPadam