Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Disember 2013

Aku ke Temasya Pencak Silat Beradat MPKu

Dah hampir setahun anakku berguru.
Belajar silat dengan mahaguru.
Seni Silat Sendeng Hang Tuah.
Ini bukan belajar silat untuk bergaduh.
Atau bertarung melawan musuh.
Ini seni silat beradat.
Belajar bunga2 silat sahaja. 


Hari Sabtu yang lalu.
Ada temasya silat di Dewan Serbaguna Kg Melayu.
Dekat aje dengan rumah Jep Sepahtu.
Perguruan seni silat anakku jadi penganjur.
Merebut Piala YDP Kulaijaya yang baru.


Temasya ini diadakan selama 3 hari 2 malam.
Ada 11 pasukan perguruan persilatan menyertainya.
Perguruan daripada Singapura ada.
Perguruan daripada Selangor pun ada.
Kalau dari segi aestetik luaran,
semuanya nampak hebat2 belaka.
Gerun aku melihat mahaguru2 yang datang.
Lengkap bertanjak dan bersampin.
Tangkal penuh dilengan.
Keris pula digenggam erat ditangan.


Aku datang pada hari kedua temasya.
Anakku terpilih untuk mewakili pasukan perguruannya.
Acara solo bebas putra.
Bersama2 anakku,
ada 7 lagi peserta lain.
Menunjukkan aksi bunga2 silat selama 3 minit.
Ada tiga orang juri yang menghakimi.
Aku tak pasti macamana pemarkahan dijalankan.
Aku kena berguru kalau nak tahu.


Setiap persembahan diiringi dengan paluan rebana.
Sedap telinga mendengarnya.
Macam tengok sandiwara melayu purba.





Bila tiba giliran anakku bersilat,
pertandingan diberhentikan seketika.
Untuk memberi laluan kepada majlis perasmian.
YDP Kulaijaya yang baru datang merasmikan.




45 minit kemudian,
pertandingan disambung semula.
Giliran anakku.
Kecut jugak aku tengok dia kena bersilat depan VIP.
Tapi dia selamba aje.
Dah penuh ilmu didada barangkali.


Inilah hasil penat lelah berlatih setahun.
Dia jadi juara acara yang dia masuk.
Dan perguruan persilatannya,
dapat tempat ketiga keseluruhan.
Balik rumah sakit satu badan.
Asyik minta picit aje kerjanya.


Esok pendaftaran sessi baru persekolahan.
Semua anak2ku dah masuk ke sekolah menengah.
Dah tiada yang bersekolah sebelah petang.
Lega.
Dah boleh goyang kaki sedikit.
Tak terkejar ke sana-sini.

Mungkin ini entri terakhir tahun ini.
Dan harap2 bukan yang terakhir.
Sebab rasa dah jemu tulis blog.
Rasa nak bersara daripada jadi blogger.
Nak belajar silat pulak.

Salam tahun baru 2014 kawan2.


5 ulasan:

  1. Syabas. Komitmen, minat, fokus dan kesungguhan sangat penting. Doc...jangan berhenti blogging. Banyak lagi saya nak menuntut dari Doc nie... :)

    BalasPadam
  2. tahniah abg doc dan anak yg dh penuh ilmu silat didada tuuu., harap2 nih bukan komen terakhir dlm blog abg doc., ihhKKs salam tahun baru

    BalasPadam
  3. Pernah lah saya berguru sekejap untuk ilmu persilatan ni... Tapi lepas dah lama2, tetiba rasa jemu, dan terus tinggalkan seni persilatan.... Tapi kan, seronok belajar silat sebenarnya :)

    BalasPadam
  4. yezzza....sy ada d ctu ...best tgok...dari mula n smpai pyampaian hdiah...

    BalasPadam
  5. sy d sna wktu itu..bsma2 silat sligi tunggal

    BalasPadam