Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Disember 2013

Aku singgah di Kuala Kangsar

Aku pernah sekali tiba di Kuala Kangsar.
Rasanya sekitar tahun 1994.
Masa tu aku masih student.
Kena buat Rural Health Service di Pulau Pinang.
Pergi naik kereta dengan kawan2.
Jadi singgah sebentar ke rumah bapak kawan.
Sebelum menyambung perjalanan ke Balik Pulau.


Aku pernah sampai di muzium ini.
Muzium Diraja Kuala Kangsar.
Muzium menyimpan khazanah sultan Perak.
Malangnya kali ini aku cuma dapat tengok luar sahaja.
Muzium ditutup untuk proses renovasi.


Jadi aku ke Masjid Kuala Kangsar.
Satu lagi ikonik bandar Kuala Kangsar.
Gambar famous untuk letak dikad2 hari raya.
Masjidnya kecil sahaja rupanya.
Tetapi dijaga sangat rapi.
Ruang sembahyangnya berbentuk bulatan.
Tiada barisan untuk saf.
Semuanya main agak2 sahaja.
Duduk dalam masjid ini ada rasa kelainannya.
Sunyi, tenang dan aman.

Selepas Zohor,
Aku teruskan perjalananku untuk ke Teluk Intan.
Mula2 ingat nak lalu jalan dalam.
Walaupun jalannya cantik tetapi sunyi sangat.
Jadi aku patah balik dan masuk ke lebuhraya.
Keluar di Tol Bidor untuk ke Teluk Intan.
Nak tengok Menara Condong.

Sepanjang perjalanan ke Teluk Intan,
ada kawan wife asyik hantar Whatsapp sahaja.
Kawan sekelas masa dimaktab perguruan dulu.
Dia orang tempatan.
Dia yang terlebih excited bila wife nak datang.
Maklumlah dah 18 tahun tak berjumpa.

4 ulasan:

  1. cantik gambar, terserlah warna kuning tuh!

    BalasPadam
  2. Bestkan masjid dia....saya pernah sampai sekali jer masa pregnant 12 tahun lepas.

    BalasPadam