Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Aku dan Wordless Wednesday

Aku Bukan Ali Si Tukang Kasut

Tazkirah hari ini:

Abdullah bin Mubarak adalah seorang ahli tasawuf dan pakar hadith.
Beliau terkenal sebagai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu,
antaranya bidang bahasa dan kesusasteraan.
Pada mulanya beliau seorang peniaga yang kaya-raya.
Kemudian beliau memilih kehidupan sebagai ahli tasawuf yang berdisiplin tinggi.

Fariduddin Al-Attar menceritakan,
Abdullah menunaikan ibadah haji di Makkah.
Ketika itu beliau tinggal di Makkah.
Jadi perjalanan beliau ke sana singkat sahaja.
Abdullah cuba menunaikan ibadah haji sebaik mungkin,
dengan menyempurnakan setiap langkah dan rukun haji dengan berhati2 serta ikhlas.
Hatinya berasa puas dan beliau berdoa bersungguh2
supaya ibadah hajinya diterima Allah.
Sebaik selesai urusan,
Abdullah pulang ke rumahnya di Makkah dan berehat.
Oleh kerana terlalu penat,
beliau tertidur lalu bermimpi.

Dalam mimpinya Abdullah melihat dua malaikat turun dari langit.
Malaikat pertama bertanya kepada malaikat kedua,
" Berapa ramai orang yang mengunjungi r…

Aku dan Banjir Mega 2014

Malaysia dilanda musibah lagi.
Ketika ramai yang bercuti hujung tahun.
Di dalam malah di luar negara.
Di negeri2 Pantai Timur.
Ramai yang sedang bertarung dengan nyawa.
Ramai yang kehilangan harta benda.
Ramai yang kehilangan segala2nya.
Ramai juga yang kehilangan nyawa.


Ketika ramai yang bercuti sempena krismas.
Dan menyambung ke sambutan tahun baru.
Ada ramai warga kita kesejukan dan kelaparan.
Air banjir dah naik sampai ke bumbung.
Rumah dah hanyut dibawa arus.
Kenderaan juga tenggelam dan tak boleh dihidupkan.
Bekalan makanan dah kehabisan.
Pakaian hanya sehelai sepinggang.
Kepada siapa mereka perlu bergantung harapan?


Ketika PM pergi bercuti dan bermain golf di Hawaii.
Ketika LGE pergi bercuti di New Zealand.
Ketika pemimpin2 negara ramai tiada didalam negara.
Ramai rakyat yang terputus hubungan dengan dunia luar.
Negeri dah jadi pulau.
Sungai dah jadi lautan.
Jalan raya ditenggelami air.
Jambatan dihanyutkan.
Hasil tanaman rosak.
Bekalan minyak dan diesel kehabisan.
Tiada bekala…

Aku dan #prayforpantaitimur

Mungkin kita boleh menyumbang sesuatu untuk sahabat2 kita.
Juga jangan berhenti berdoa. Semoga sahabat2 kita tabah dan redha menghadapi dugaan ini.
Gambar2 dicilok daripada instagram #prayforkelantan

Aku Dah Bosan Menjadi Doktor Bertauliah (2)

25 tahun dahulu.  Aku pernah berjanji pada diriku sendiri. Kalau aku dapat jadi doktor, aku ingin berbakti kepada masyarakat sekeliling. Selepas 25 tahun, janji2 ini masih aku pegang. Selepas 25 tahun, aku rasa aku masih belum berubah. Walaupun dunia seolah2 semakin anti dengan doktor sepertiku.
Awal minggu ini. Ada seorang kawan share satu status di FB. Mengeluh pasal satu klinik dikampungku. Dia kata doktor charged mahal. Siap tunjuk bukti dan ada resit sekali. Itu takpa. Membaca komen2 daripada kawan2nya yang membuat aku lebih sakit hati. Benarlah. Doktor bukan lagi satu pekerjaan yang mulia. Doktor GP terutamanya. Doktor GP semuanya nak cepat kaya. Doktor GP hanya nampak duit sahaja. Doktor GP hanya fikir bisnes sahaja.
20 tahun aku dah jadi doktor. 10 tahun aku dah jadi doktor GP. Kalau boleh hari ini juga aku nak berhenti. Kalau boleh hari ini juga aku nak tutup bisnes aku. Aku nak cari kerja lain. Jadi tukang masak. Jadi penulis. Jadi fotografer. Jadilah apa sahaja asalkan buk…

Aku dan Pertunangan Shazriq&Diyana

Tarikh: 20.12.2014 Masa: 11.00 pagi Tempat: Kg Batu Hitam Beserah Pahang
Cukuplah dengan gambar2 yang berbicara. Akan bersambung pada bulan Ogos tahun depan. Tahniah buat Shazriq anak saudaraku. Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin.

Ini pula cerita pertunangan Fiza&Firdaus.

Ini pula cerita pertunangan Asraf&Tasha.



Post by Zoul Dahan.


Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh Hari 3

Hari ini aku bangun lewat sedikit. Pukul 9 baru nak pergi bersarapan.
Kami bersarapan di cafe hotel.
Dah kira dalam harga bilik sekali.
Aku suka segala makanan yang dihidangkan. Ada nasi kerabu. Ada nasi dagang. Dua2 sedap. Memang original hidangan Terengganu.
Tak perlu susah2 nak cari di luar hotel.

Pukul 10 pagi aku dah checked out. Aktiviti hari ini adalah shopping sahaja. Wife nak memborong batik. Jadi tiada tempat lain lagi nak dituju. Pasar Payang dan sekitarnya. Tak perlu pergi muzium. Tak perlu pergi pantai. Tak perlu pergi tempat2 peranginan. Pasar Payang dah cukup.

Terengganu makin cantik dan bersih. Tapi suasana dalam pasar masih tak berubah. Kedai2nya masih macam dulu. Kedainya kecil2. Barang2 disusun rapat2. Barang2 melimpah sampai ke ruang jalan kaki. Laluannya sempit. Tapi inilah keunikannya. Inilah tarikannya.

Diluar pasar. Ada satu lorong.
Ada grafiti dan hasil seni orang tempatan.
Dinding yang usang dan comot dicat semula.
Menjadi 'kertas' untuk orang2 seni b…

Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh Hari 2

Hari Khamis.
Hari pertama aku di Kuala Terengganu.
Pukul 7.30 pagi aku dah start enjin kereta.
Wife ajak ke Pasar Payang.
Kami cadang nak memasak sendiri sarapan pagi dan makan tengahari.
Jimat sikit kos.
Semalam dinner kat tepi pantai di Marang.
Dahlah ikan2nya tak segar,
harganya pun agak mahal banding selalu.
Padaku hal2 makan ni yang penting sedap.
Harga kemudian cerita.
Tetapi kalau kedainya kotor,
lauk sedap jadi tak sedap,
masa tu baru bising pasal harga.


Pasar Payang hanya 3 km jaraknya dari rumah homestay.
Masa aku sampai pekedai2 baru susun2 barang.
Jadi akulah yang menolong menyusun sekali.
Banyak juga wife aku membeli.
Sayur, ulam2an, ikan juga ayam.
Macam nak makan untuk beberapa hari.
Padahal untuk dua kali masak sahaja.
Ini sebab dah terbiasa masa kat rumah.
Kalau ke pasar memang beli borong untuk seminggu punya.


Sampai di rumah homestay kami sama2 memasak.
Nasi goreng beserta ayam goreng.
Memang lebih untung banding beli di luar.
Musim tengkujuh. Juga mungkin aku orang…

Aku dan Jelajah Musim Tengkujuh

Awal pagi hari Rabu.
Aku memulakan penjelajahanku.
Walaupun aku tahu cuaca tak menentu.
Walaupun aku tahu mungkin akan menempuhi banjir.
Aku teruskan juga penjelajahanku kali ini.
Dah beberapa tahun aku tangguh.
Kali ini apa nak jadi jadilah.
Terengganu,
Mu tunggu aku datang!


Pukul 8 pagi.
Aku tiba di Restoran Kari Kambing 40 Hari di yang terletak di Jalan Ayer Hitam-Yong Peng.
Ramai dah mencuba kari kambing di sini.
Ramai yang beri komen positif pasal gerai ini.
Maka sebelum apa2 berlaku,
mari kita try dulu.
Masa aku sampai,
orang memang agak ramai.
Tapi masih ada meja yang kosong.
Anak2 semua try Roti Telur Bawang dengan Kari Kambing.
Aku pula nak try Mee Rebus.
Tak sanggup nak makan Nasi Arab pagi2 buta.
Takut tak boleh nak drive nanti.
Keseluruhannya,
kari di sini memang sedap.
Walaupun agak manis tapi terasa rempah2nya.
Mee Rebus nya pun OK.
Memang lama betul aku tak makan Mee Rebus.
Aku pasti akan datang lagi untuk try Nasi Arabnya.
Mungkin ramai tertanya2,
kenapa nama gerainya…