Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2014

Aku Dah Bosan Menjadi Doktor Bertauliah

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Ada ijazah pun dah tak berguna. Kerana zaman dah berubah. Ramai yang mencari doktor di FB. Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah. Hanya diperlukan bila nak MC. Nasihat tak pernah didengar. Ubatan tak dimakan ikut peraturan. Malah ada yang langsung tak makan ubat. Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah. Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super. Satu ubat untuk semua jenis penyakit. Telan satu jenis pil. Semua penyakit boleh disembuhkan. Ada ubatsuper yang boleh merawat sistem badan. Membetulkan mana2 yang rosak. Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang. Sel2 badan boleh ditukar dan diganti baru. Semua penyakit boleh hilang dari badan. Darah tinggi boleh normal. Kencing manis boleh sembuh. Gout boleh sembuh. Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah. Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna. Sebab ilmu yang aku belajar, sangat berbeza dengan ilmu per…

Aku dan Lawak Hari Sabtu

The doctor's office was crowded as usual, but the doctor was moving at his usual snail's pace. After waiting two hours, an old man slowly stood up  and started walking toward the door. " Where are you going? " the receptionist called out. " Well, " he said. " I figured I'd go home and die a natural death. "
-Simon Bjerke
Jack was depressed when he got back from the doctor's office. " What's the matter? " his wife asked. " The doctor says I have to take one of these white pills every day for the rest of my life. " " And what's so bad about that? " " He only gave me seven. "

-Rotary Down Under
Tapi ini bukan lawak.
Ini iklan di Thailand.
Sungguh menyentuh hati.
Dah ramai yang share kat FB page aku.
Tak jemu ditonton.
Banyak pengajaran.



Salam hujung minggu kawan2!

Aku dan Pesakit Hari Ini

Malam Isnin yang lalu.
Sekitar jam 9.30 malam.
Seorang wanita muda datang ke klinik.
" Doktor, saya sakit gigi."
" Pagi tadi dah ke klinik gigi."
" Dah dapat ubat tahan sakit."

" Habis tu, kenapa nak jumpa saya pulak?"

" Tadi tak dapat MC."

" Sebelum tu doktor, saya cuma ada 20 ringgit."
" Doktor tak beri ubat pun takpa."
" Saya cuma nak MC sahaja."

Sebagai doktor, apa tindakan anda?

A. Beri sahaja MC dan charged 20 ringgit. Sama-sama untung.
B. Beri ceramah panjang2. Lepas tu beri surat akaun sahaja.
C. Beri ubat-ubatan macam biasa. Charged macam biasa. Beri juga MC yang dipinta.
D. Jadi Ahmad Nesfu. " Kau nampak itu pintu besar? "

p.s
Pesakit2 seperti inilah yang menyebabkan doktor nak bersara awal.


Aku dan Lawatan Sambil Belajar ke Rengit

Aku tak nak cerita panjang siapa dia. Tapi dia orang hebat di Rengit. Bekas guru sekolah. Dah lama pencen. Isterinya pun sama. Mereka pernah ke klinik aku. Mereka kagum dengan koleksi mainan aku. Lalu mereka bercerita pasal minat mereka. Lalu mereka mengajak aku ke rumah mereka.

Pada suatu hari cuti aku. Aku jalan2 sampai ke Rengit. Aku menerima jemputan mereka. Nak tengok galeri mereka. Nak tengok perpustakaan mereka. Nak tengok koleksi mereka.

Sampai dipintu pagar rumah mereka, Aku dah kagum dan terpegun. Rumahnya ala-ala resort. Bersih, kemas dan menghijau.

Mula2 aku dibawa ke galeri mereka. Tempat barang2 milik peribadi disimpan. Satu bilik telah dijadikan muzium. Selain kagum dengan koleksi barangannya, aku kagum dengan cara beliau menyusunnya. Setiap barang yang beliau dapat, sama ada dibeli ataupun dihadiahkan, beliau katalogkan dan disusun rapi dirak.

Ada almari/rak khas untuk menyimpan barang2 cenderamata. Mug satu tempat, barang2 anyaman satu tempat, barang2 kaca satu tempa…

Aku dan Wordless Wednesday

Aku ke Senibong Seafood Village

Setiap kali kawan2 luar kawasan datang ke JB, mereka pasti ke sini. Bukan sekali. Tetapi berkali2. Aku pun dah berkali2 nak ke sini. Tapi tak pernahnya berkesempatan. Khabarnya tempat ini selalu sesak. Ramai orang datang ke sini. Warga2 seberang sempadan pun ramai ke sini.

Petang hari cuti semalam. Aku redah datang ke sini. Aku ikut nasihat kawan. Datang sebelum Maghrib. Masa tu orang belum ramai. Parking senang. Tempat duduk pun banyak lagi.

Lokasinya tak susah nak cari. Ikut highway Utara Selatan. Sambung highway EDL. Menghala ke Permas Jaya. Nampak AEON Permas Jaya. Belok kanan. Jalan terus. Jumpa simpang tiga. Belok kiri. Tak sampai 5 minit kemudian dah sampai.

Kedatangan aku disambut. Ada beberapa orang penunjuk jalan. Memberi arahan untuk tempat meletak kereta. Suasananya seperti berada di pasar basah. Deretan gerai 'menjual' makanan laut. Udangnya besar2 dan segar2. Udang kara pun ada. Ketam nipah hidup pun ada. Peringatan! Jangan excited sangat memilih. Boleh pengsan …

Aku dan Demam Mainan Tesco

Beberapa bulan yang lalu. Tesco mempromosikan mainan ini. Koleksi figurine yang menjadi minatku. Buzz dan Woody daripada Toy Story. Sully dan Mike daripada Monster Inc. Dan targetku, Ironman dan Spiderman.

Tetapi. Prosedur nak dapatnya agak susah. Kena berbelanja selalu di Tesco. Setiap 50 ringgit belanja baru dapat satu sticker. Kena kumpul 10 sticker untuk dapat satu figurine. Kiralah berapa banyak kena berbelanja di Tesco. Pandai betul Tesco.

Selepas beberapa bulan, Aku cuma dapat 20 sticker. Itupun 5 diberi percuma oleh kad Tesco. Selebihnya aku usahakan sendiri. Berbelanja sekali sekala di Tesco. Ada yang minta daripada sedara-mara. Dan yang bestnya, Minta daripada customer lain. Setiap kali nak bayar dikaunter Tesco, Aku cari barisan yang ada uncle dan nyonya2. Cari yang tak bawak cucu. Cari yang beli barang banyak. Jadi mereka tentu banyak dapat sticker. Lepas tu dengan tebal muka aku tanya. " Untie, itu sticker mahu pakai tak?" " Kalau tak mahu kasi sayalah. &q…

Aku dan Kangkung Dulu Naik Sekarang Dah Turun

Koleksi Kangkung yang aku kutip di FB. Macam2. Sebenarnya rakyat Malaysia ni kreatif. Sangat2 kreatif. Macam2 parodi boleh dilihat dan ditonton. Isunya berat. Isu kenaikan harga barang. Tapi bila isu kangkung ni tersebar. Hilang sikit tension. Turun sikit tekanan darah.




Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar terendam air parit,
Rakyat mengeluh lelah dan sakit,
Sedikit diberi banyak diungkit.

Pucuknya angkuh memanjat bukit,
Tak sedar akar diair parit,
Bagaikan melepas anjing tersepit,
Dah jadi pemimpin rakyat digigit.

-Ungku Aziz?





Aku dan Kalimah Allah Yang Maha Agung

Dahulu.
Aku jahil.
Aku tak ambil kisah pun pasal isu ini.
Aku langsung tak ambik port pasal isu ini.
Padaku ini isu remeh.
Ini semua politik murahan.
Ini semua poyo.
Kenapalah kalimah Allah pun nak dijadikan isu?

Sekarang.
Aku malu.
Malu kerana mengaku orang Islam.
Malu kerana tak ambil peduli.
Malu kerana kejahilan diri sendiri.

Betul kata Ustaz Kazim.
Nama Allah hak orang Islam.
Nama Allah hak mutlak orang Islam.
Bagus kupasan Ustaz Kazim.
Bagus hujah2 Ustaz Kazim.
Sekarang aku dah mula faham.
Kenapa umat islam beriya2 mempertahankannya.

Tetapi bila dengar jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus,
aku kena berfikir semula.
Aku kena study lagi.
Aku kena gali lebih dalam.
Betulkah isu kalimah Allah satu permainan politik.
Betulkah isu kalimah Allah sengaja diada2kan.

Aku tak minat politik.
Samada sebelah sini atau sebelah sana.
Dua2nya lebih kurang sama sahaja.
Ada cerita baru.
Khabarnya PM sendiri yang luluskan penggunaannya.
Siap dengan dokumen yang bertandatangan lagi.






Aku dan Lawak Hari Sabtu

Ketika mesyuarat sedang berlangsung,
antara para guru dan guru besar,
tiba-tiba terdengar bunyi "phooooott"
disusuli aroma yang kurang enak.
Lalu para guru memberi komen masing-masing:

Guru Matematik:
 "Hmmm...sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi2."

Guru Muzik:
"Wahh...bunyi nadanya terletak pada chord C Major." 

Guru Fizik:
"Itulah sebenarnya inner power,
 tenaga yang digunakan sedikit sahaja.
 Namun hasilnya luar biasa."

Guru Biologi:
"Begitulah cara makhluk hidup meneruskan kehidupannya."

Guru Agama:
"Inilah salah satu penyebab batalnya wuduk."

Guru Geografi:
"Kedudukannya mengikut arah mata angin."

Guru Sosiologi:
"Perilaku ini tidak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun."

Guru Bahasa:
"Kalimatnya bisa ditulis,
tapi aromanya tak dapat diungkapkan dengan kata-kata."

Guru Sejarah:
"Salah satu penyebab terjadinya perang mulut."

Guru Besar:
"Semem…

Aku dan Counting Cars

Ini bukan cerita politik.
Ini juga bukan cerita anti kerajaan.


Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 

Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia a)Korea(1980)-$1845.66 b)Malaysia(1980)-$1804.12

Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980.. Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu. a)Korea(2006)-$18,674.44 b)Malaysia(2006)-$5,781
Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 
Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja …

Aku dan Tribute Yasmin Ahmad

Aku rindukan karya2 seni beliau.
Karya2 yang melampaui batasan agama, kaum dan gender.
Karya2 yang kadang2 mencetuskan pelbagai reaksi negatif.

Al Fatihah untuknya.



Iklan pendek ini tidak ditayangkan di Malaysia.
Tapi iklan ini paling menyentuh perasaanku.Teringat2 aku kepada teman tidurku.

"Little imperfection that make us perfect."

Sayangilah pasangan anda seadanya. Berbaktilah kepadanya selagi dia ada. Jangan sesekali menyakiti hatinya.
Peringatan untuk diri sendiri sebenarnya.

Aku dan Mari Beramal Untuk Akhirat

TERKINI:
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MEMBERI SUMBANGAN, BOLEHLAH BANK-IN KE AKAUN INI: Nama Bank:     BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Nama Akaun:   SURAU AL FALAH PPD KULAI No Akaun:        01117010007220
Terima Kasih Daun Keladi.
Ada sesiapa berminat nak memiliki harta untuk akhirat? Aku sekadar nak menghebahkan. Takda dapat komisen ke apa. Dapat pahala sikit2 jadilah. Alhamdulilah.

Di pejabat tempat wife bekerja. Sedang ada usaha untuk membina surau. Surau untuk kegunaan kakitangan. Menjadi tempat beribadat. Juga menambah ilmu2 agama. Jangan jadi tempat tidur dah ler. Jangan jadi tempat mengumpat dah ler. Tapaknya telah ada. Kerja2 tanah dah pun dimulakan. Kosnya bernilai 250 ribu ringgit sahaja.

Memandangkan dana masih tidak mencukupi, Setiap warga PPD Kulaijaya diarahkan untuk membantu mengumpul dana. Jadi aku mewakili wife aku. Mencari dana dan sumbangan. Sumbangan minimum 50 ringgit. Harga untuk tapak surau 1/2 kaki persegi. Kepada sesiapa yang nak hulur sumbangan, Dipersilakan. Kecil tapak ta…

Aku dan Wordless Wednesday

Berat nama budak ni...

Aku dan Salam Tahun Baru 2014

Kelmarin hari Jumaat pertama tahun ini.
Dah diisytiharkan cuti umum di Johor.
Sekolah cuti.
Kakitangan kerajaan juga cuti.
Tapi kilang2 semua kerja seperti biasa.
Pekerja2 swasta semua kerja seperti biasa.
Bila pengumuman pertukaran cuti umum dibuat,
aku keliru sekejap.
Aku juga dalam dilemma.
Nak ikut cuti hari Jumaat ke nak stay cuti hari Ahad?
Sebab aku pernah berjanji dengan diriku,
selepas aku berhenti kerja dengan kerajaan,
aku dah tak nak kerja pada hari minggu.

Kalau aku ikut cuti hari Jumaat,
dapatlah aku duduk rumah bersama2 keluarga.
Dapatlah buat aktiviti2 bersama2 keluarga.
Dapatlah pergi sembahyang Jumaat awal.
Dapatlah balik masjid lambat sikit.
Kalau tidak terkejar sana-sini.
Baca kisahku tentang sembahyang jumaat di sini.

Kalau aku cuti hari Ahad pula,
tiada apa2 yang berubah.
Cuma aku cuti duduk rumah sorang2.
Wife masuk pejabat.
Anak2 pergi sekolah.
Nak jalan2 takda geng.
Jadi nak buat apa kat rumah?


Petang hari Jumaat.
Aku ke Tesco Kulaijaya.
Mencari barang2 dapur…