Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Januari 2014

Aku Dah Bosan Menjadi Doktor Bertauliah


Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah ada yang langsung tak makan ubat.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu jenis pil.
Semua penyakit boleh disembuhkan.
Ada ubat super yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar dan diganti baru.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendaman kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.

Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.

Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada lagi penyakit didunia ini.

Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
ubat2 moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.


Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.

115 ulasan:

  1. Salam doctor,

    Boleh mohon share entry doctor ni???

    BalasPadam
  2. Tuan doktor, lau sakit slip disc ape ubatnye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kna rajin senam... rajin2 prgi swimming... sya adalah psakit slipped disc dgn 4 kali pmbedahan...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. huhuhu.....cmtu ker?tp klau sakit yg dtg mendadak terus jumpa doktor kan??

    BalasPadam
  5. Aku doktor gigi....Ada org claim, ada makanan tambahan boleh hilangkan plak gigi.....ohoiiiiiii!...kalo mcm tu xyah gosok gigi la.mkn je ubat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakai arang aja.. Jumpa doktor gigi kira nak cabut tebuk..xda keja lain

      Padam
    2. setau aku nabi adalah maksum dari sebarang kesalahan, kalau ada pun hanya satu dua kesalahan kecil. dalam hadis pun ada kata cari ubat yang sesuai sehingga boleh menyembuhkan kita dengan izin Allah kecuali ubat untuk mati. sekarang pun banyak ubat herba dan tradisional wujud untuk sembuhkan penyakit, tak perlu lah para doktor nak emosi/kecil hati,khidmat doktor bukan hanya diperlukan untuk mc sahaja. tabib zaman dulu pun tak pernah emosi bila doktor moden wujud hehehe ;)

      Padam
    3. setau aku nabi adalah maksum dari sebarang kesalahan, kalau ada pun hanya satu dua kesalahan kecil. dalam hadis pun ada kata cari ubat yang sesuai sehingga boleh menyembuhkan kita dengan izin Allah kecuali ubat untuk mati. sekarang pun banyak ubat herba dan tradisional wujud untuk sembuhkan penyakit, tak perlu lah para doktor nak emosi/kecil hati,khidmat doktor bukan hanya diperlukan untuk mc sahaja. tabib zaman dulu pun tak pernah emosi bila doktor moden wujud hehehe ;)

      Padam
    4. Mana tau tabib dulu tak emosi?..dulu takde blog..

      Padam
  6. Ikut dia orang la nak ikut ke tak.....yg penting kita buat kerja kita......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jarang jumpa doc yg profesional dan ikhlas buat kerja macam ni, hehe.. terbaek!!!

      Padam
  7. Habbatussauda lupa nk ulas ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer..saya setuju...boleh ulas pasal habbatussauda x doktor?
      Hadis nabi tu cakap
      "Ubat SEGALA penyakit kecuali MATI"
      banyak jgak ubat2 ni d jual.
      Tolong hurai kan ya..doktor yang cerdik pandai. (^_^)

      Padam
    2. Panji hitam..disini dr asri ada terangkan dgn jelas...hadis ttg habatus sauda itu sahih,tapi boleh jadi ia hanya pendapat peribadi nabi dan ia bukan perkara agama..nabi juga pernah silap dlm hal-hal bukan akidah...

      http://drmaza.com/home/?p=1361

      Padam
  8. Panji hitam..disini dr asri ada terangkan dgn jelas...hadis ttg habatus sauda itu sahih,tapi boleh jadi ia hanya pendapat peribadi nabi dan ia bukan perkara agama..nabi juga pernah silap dlm hal-hal bukan akidah...

    http://drmaza.com/home/?p=1361

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kurang setuju tentang pendapat ini kerana tidak ada sesuatu yang keluar daripada diri nabi kecuali apa yang telah diwahyukan kepada beliau. Ini sabit dengan banyak riwayat sahabat nabi s.a.w. dan ayat al-Quran sendiri. Sekiranya ada keraguan tentang perkara ini, maka keadaan iman kita dalam bahaya. Oleh itu, beristighfar dan bertaubat pada Allah s.w.t.. Saya cadangkan kepada pembaca, berhati2 ketika berkata-kata tentang agama kalau bukan ahlinya sebelum merujuk kepada ulamak muktabar. (mempunyai ilmu quran dan hadith bersanad). Semoga membantu...

      Padam
    2. Ape ni saudara, nabi juga pernah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan pendapat yang melibatkan pendapat peribadi baginda. Dan ini adalah benar. buktinya ialah
      1. kisah nabi melarang kaum arab melaga lagakan debu bunga untuk tujuan kacukan pokok.
      2. kisah nabi bermasam muka kepada orang arab yang buta
      3. kisah sahabat nabi memberi cadangan untuk beralih ke kedudukan yang lebih strategik dalam medan perang.
      Saudara boleh cari kisah ini di internet..

      Padam
    3. jangan berfikiran sempit sgt, baca link yang dia bagi tu.
      ada rujukan yang sahih. baca dulu baru melatah.
      orang tu bukan berkata berdasarkan kata2 kosong,
      Memang betul kepercayaan kita tidak berbelah bagi terhadap Nabi, tapi amal pun perlukan ilmu, so baca dulu baru beramal. amal tanpa ilmu tu sia2.

      Padam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. Bosan?? Mmg diakui tugas healthcare pro skrg mmg mncabar. But there's still pt that need us.What's make me satisfy is the TQ from pt.Feel everything fresh up once again.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. masalahnya kalau dah sakit sangat Doktor juga tempatnya

    BalasPadam
  13. Apa nak hairan. Doktor perlu faham marketing. Produk atau servis terbaik kalau marketing x power orang xkan beli. Sebaliknya kalau marketing power, pasir pun orang akan beli.

    BalasPadam
  14. ade sorg doktor di klinik tempat sy..jd ejen MLM
    jual bantal velocity ke mcm tu la..yg konon boleh sembuhkan sakit dlm kepala

    true story..sbb kat fb n forum..doc ni mmg kencang promosikan bantal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan bantal je .. tilam pun ada .. selimut pun ada .. katil tak pasti pula .. :) .. apa pun masing-masing ada keyakinan sendiri ... ramai juga dah ' desperate' kan .. so dia sanggup keluarkann duit membeli. Ada yang bersungguh nak merawat atau meringankan penyakit yang tersayang .. cth maknya .. so dia beli. Ubat makan juga .. yang lain tu .. ikhtiar tambahan

      Padam
  15. entry ni dah jadi viral kat fb la...hihi

    BalasPadam
  16. Moga doktor terus berkhidmat. Besar pahala doc.

    BalasPadam
  17. Kalau dh berpenyakit mkn aje ubat doctor.. Supplement tu sblm dpt penyakit blehla...

    BalasPadam
  18. Tu la cabaran sbg dr di zaman moden.. patient buat homework sebelum pegi hospital.. smpi hospitl tnya mcm2 dgn dr.rasanya lebih 10x pegi.. <3x jr dr dpt bg jwpn yg menyakinkan.. yg lain2 dr jwb.. brgantunglh.. kita tgk mcmana lh.. mungkin.. dr ramai dimalaysia.
    Tp susah nk cr dr2 pakar.patient bukn percaya pada google.. tp brkongsi pengalaman dgn para blogger, fbian, yg pernah mengalami penyakit yg sama.. dr mesti lebih brsedia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://bloggersibuk.blogspot.com/2014/02/cabaran-doktor-zaman-moden.html

      Padam
    2. maaf tak de kata pengenalan, entry mengenai pandangan saya mengenai situasi ini *my2cent

      Padam
  19. Tu la cabaran sbg dr di zaman moden.. patient buat homework sebelum pegi hospital.. smpi hospitl tnya mcm2 dgn dr.rasanya lebih 10x pegi.. <3x jr dr dpt bg jwpn yg menyakinkan.. yg lain2 dr jwb.. brgantunglh.. kita tgk mcmana lh.. mungkin.. dr ramai dimalaysia.
    Tp susah nk cr dr2 pakar.patient bukn percaya pada google.. tp brkongsi pengalaman dgn para blogger, fbian, yg pernah mengalami penyakit yg sama.. dr mesti lebih brsedia..

    BalasPadam
  20. yang bagi testimoni semuanya melayu..
    yang menjualnya melayu
    yang kaya nya...?

    BalasPadam
  21. Aku wonder, kalau betul produk2 yg boleh sembuhkan 1001 penyakit ni power, nape medical doctors tak ambik utk jual in the hospital? Dan aku wonder apa background org yg buat produk2 power ni sume?

    BalasPadam
    Balasan
    1. doktor2 tak boleh jual produk kesihatan di hospital, yunk, itu dh langgar etika.

      Padam
  22. Saya syorkan ikut jer ex dr fadilah, ex dr hazmin, ex helmy, ex dr junaidi, ex dr donny expengarah hospital beufort dan lebih 60 org dr yg menikmati hari hari is sunday ..income llebih 20k sebulan , kerja sehari 4 hingga 5 jam jer itu pun ikut kemampuan...cam pelik tapi kenyataan

    BalasPadam
  23. Kakaka.. Betul tu.. ini marketing pasal UBAT..pasir pun boleh ubat sawan.. yg marketing pasal duitnya macam lebih hebat dari Banker profesional..

    BalasPadam
  24. best part..buka ladang kangkung..ha ha ha.....

    BalasPadam
  25. Kalau ini macam mana pulak tuan Doktor???

    Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim daripada Buraidah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pada habbatus sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati". (Kitab Al-Tibb dalam himpunan hadis-hadis sahih no. 1819).
    Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari (10:118-119), Muslim (7:25), Ibnu Majah (2:342), Termizi (2:3 pada edisi Bulaq) dan Ahmad (2:241) menerusi riwayat Sufyan bin `Uyainah daripada Al-Zuhri dan Abu Salamah.

    Habbatus sauda hidup subur di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Antara nama lain bagi habbatus sauda adalah Nigella Sativa, black seed dan jintan hitam. Habbatus sauda sesuai digunakan sebagai makanan tambahan (supplement). Menurut rujukan sejarah, habbatus sauda digunakan sebagai herba perubatan oleh ramai tokoh ilmu termasuk Ibnu Sina.

    Ibnu Sina menulis di dalam Canon of Medicine bahawa habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
    Ibnu Qayyim di dalam Medicine of the Prophet menyatakan habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
    Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda mempertingkatkan sistem ketahanan tubuh.
    Sila rujuk kertas-kertas kajian berikut untuk bukti saintifik mengenai khasiat habbatus sauda:
    Contemporary Definition of Islamic Medicine
    The Protective Effect of Thymoquinone, an Anti-oxidant and Anti--inflammatory Agent, Against Renal Injury
    Black Seed, Nivella Sativa, Deserves More Attention.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rahimi hassan...disini dr asri ada terangkan dgn jelas...hadis ttg habatus sauda itu sahih,tapi boleh jadi ia hanya pendapat peribadi nabi dan ia bukan perkara agama..nabi juga pernah silap dlm hal-hal bukan akidah...

      http://drmaza.com/home/?p=1361


      Hadis n sunnah nabi xsalah, yang salah bila penjual menggunakannya sebgai bahan promosi @ marketing tool produk mereka. Bukankah itu bagaikan menjual agama?

      Dulu org cakap "sex sells"..sekarang ada juga "religion sells"..memggunakan sentimen agama untuk melariskan jualan....

      Yang paling x bole blah, lepas promote produk bagai2 (yg tiada asas clinical sbgnya) lepas tu ckp ini semua dgn kuasa tuhan blablabla...

      Padam
    2. aa better betul kan balik statement kau tu. pa lah salahnya kalau cakap :

      "ini semua dgn kuasa tuhan blablabla..."

      Kau sendiri tengok kan macam mana sekarang perubatan KKM lebih banyak menekankan perubatan kimia.
      Perubatan islam pulak lebih menekankan perubatan herba.
      Salah ker kalau gunakan sentimen agama d situ? sebab for sure hadis tu memang haids yang sahih,
      Cara entry ini di tulis seolah2 perubatan moden aka kimia yang melambak dengan stor ubat kkm tu adalah perubatan yang terbaik???
      Sebab tu kita semua kena faham setiap penyakit ada ubatnya kecuali MATI.
      Salah ke berubat dengan perubatan altenatif ni...?? tu satu hal.
      Yang kedua plak yang ni:

      "tapi boleh jadi ia hanya pendapat peribadi nabi dan ia bukan perkara agama..nabi juga pernah silap dlm hal-hal bukan akidah..."

      Rasulullah tu ya saudara AA...di ulang ya Rasulullah s.a.w...yang kita tahu sepanjang hidupnya amat jarang sakit..maksudnya hadis nabi tu x boleh pakai lah? mcm tu?

      Rasulullah melihat dunia advanced d hadapan saudara,.

      Ilmu kita x kira berapa lama pun kita belajar sesuatu perkara. MO ke..Specialist ker..even Doktor Terbaek d dunia sekalipun..tetap ilmu yang kita ada ni hanyalah SETITIK AIR di laut jika di bandingkan dengan ilmu Allah taala.

      Banyak lagi yang kita x tahu saudara..cuma jangan terlalu sangat percaya sakit jer jumpa doktor..even doktor2 pun sekarang ni menekankan akan SELF-REMEDY trutama utk child below 5 years old n sakit2 ringan.

      Padam
    3. Saya bukan menidakkan kuasa tuhan...saya cuma rasakan penggunaan sentimen agama dalam melariskan jualan produk yang belum pasti keberkesanannya (dengan bukti klinikal) adalah tidak beretika...

      Maaf tuan, terma "perubatan islam" hanya rekaan. Yang ada hanya perubatan yang mengikut syariat Islam (dari segi halal haram muamalat dsbgnya)..saya rasa berjumpa doktor dan mengikut nasihat doktor serta guna ubat berdaftar dan terbukti dengan kajian klinikal adalah lebih islamik dari beli produk kesihatan yang overclaim merawat pelbagai penyakit serta tidak berdaftar..

      Soalan untuk difikirkan: adakah saya berdosa kalau guna ubat "kimia" tafsiran tuan itu? Ubat hospital ubat kafir?? Ubat ada agama??

      Siapa kata makan ubat herba lebih selamat??? Jelas benar tuan tiada latar belakang ilmu perubatan..klu tuan nak tau, ubat di hospital tu jauh lebih selamat(jika diambil mengikut arahan lah)

      Rasul diturunkan untuk sempurnakan akhlak dan akidah manusia, bukan untuk sempurnakan ilmu perubatan/pertaniaan dll.. saya bknlah pakar hadis, tapi dr.maza(saya kira beliau jauh lebih pakar ilmu agama dari saya yg kerdil ini) telah jelaskan melalui hadis sahih muslim bahawa nabi pernah silap(dalam bidang pertaniaan)...

      Mmg betul ilmu manusia jika digabungkan semuanya bagaikan setitis air dilautan jika nk dibandingkan dgn ilmu tuhan...oleh itu janganlah pandai2 nak overclaim sesuatu produk kesihatan itu jika ia bukan produk berdaftar dan tiada kajian klinikal ke atasnya...

      Padam
  26. Wife saya pun dr juga, ada kebenaranya. http://guruscuba.blogspot.com

    BalasPadam
  27. hehehe.. Kesian pade Dr.. Bukan salah Dr, tapi sebagai umat Islam, Islam itu sendiri ada mengajar tentang perubatan... Sebagai contoh.. Pesakit mengalami penyakit kekurangan darah... Jawapan dari Dr, makan hati, limpa, kerang n lain2. Tapi Nabi Muhammad bg tau tak elok makan organ dalaman. Ada percangahan kat situ.. Bila ada percanggahan pilihlah apa yang disarankan Islam.. Dalam Islam bagi tau makanlah buah delima untuk tambah darah. Dr perasan tak yang mana harga2 makanan kesukaan Nabi semuanya dikawal pengeluaranya oleh negara-negara barat? Sebagai contoh buah delima itu sendiri.. Sebiji rm 5-10.. Kenapa? Kenapa di negara barat kepala ikan tiada harga, tetapi di Malaysia.. wow sampai beratus pon ade kalo dah jadi kari kepala ikan. Bukan nak kata ilmu yang Dr belajar tu tak baik atau tak bagus, tetapi pada saya tak semuanya betul kerana Ilmu kedoktoran yang dipelajari tu banyak dipengaruhi oleh golongan Yahudi yang berjanji akan merosakkan seluruh umat manusia. Walau bagaimana pun tugas sebagai Dr adalah tugas yang mulia. Jangan bersedih Dr, teruskan usaha dan jangan berputus asa dalam tugas membantu orang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju bro.. semua bangga kalau dapat degree dan ilmu yg diseleweng dr yahudi.. kalau kita cari ilmu agama dan ilmu dunia serentak kita blh cari yg mana btl yg mana salah utk diikut..

      Padam
  28. nak jugak masukkan kangkung tu doctor....tapi terbaik lahhh sajak...sarcasm at its best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wow.penat aku belajar 5 thn.ilmu yahudi rupanya.ingtkan ilmu allah.baik stemcell cmtu kan.mgkin yg tu ilmu allah? Kalo sakit xpyh pegi hospital.itu semua yahudi.baik pegi cari org yg jual stemcell ye x.ubat ajaib tu.kat malaysia je ubat tu.kat negara lain xjual.hebat org mlysia

      Padam
  29. setuju! jom berhenti study. mkn je sgale bagai produk2 kesihatan. mcm la x sakit buah pinggang consume bnde2 tu byk2. haha..

    but i think from this situation we might need to put more struggle on natural product research. yes it is true that the ingredients they use have anti bla2 properties but the problem is their formulation. lots of research have been done but not extend to clinical trial. mostly smpai thp in vivo & in vitro. jd org2 yg nmpk keuntungan trus lompat utk hasilkan produk. collaboration btween md, pharmacist, & natural product scientist prlu kite tgkatkan lg!

    BalasPadam
    Balasan
    1. semua tu perlukan masa dan boleh bertahun2. masalahnya tak banyak grant yg dedicated untuk natural products studies. kalau adapun baru nak mula etc. plant metabolomics, microbial metabolomics... dan semua tak menjurus kepada application...semuapun fundanmetal studies... isolation tu nie.... orang luar dah start sythetic biology tapi kita masih terkial2 dgn systems biology

      Padam
  30. Bagus sekali. Aku juga sorang doktor yg berpendapat sedemikian.... Minta kebenaran share buat kawan2 yg lain.. Thanks

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum, terima kasih Dr atas info2 ni, jasa mu mulia semoga Allah membalasnya. Minta share yer. tq.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  34. Rujuk dan laporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM sekiranya anda meragui status laman web atau produk yang ditawarkan. :)

    - insyaAllah bakal seorang dr kalau ada rezeki n umur pnjang..

    BalasPadam
  35. lupa. assalamualaikum tuan punya belog.. :)

    BalasPadam
  36. Sy X suka dengan ubat2 ajaib suma..bila sakit, tetap juga jumpa doktor bertauliah. Tapi kecewa...setakat ni, semua doktor yg sy jumpa (ada la dalam 15 orang) semua layan saya dgn gaya sombong, marah2 atau kadang indifferent. ., malas nak terangkan diagnosis, malas terangkan pilihan2 rawatan, buat eye contact pun jarang...

    Jangan salahkan orang awam semata atas semua yang disenaraikan di atas, pihak doktor2 yang bertauliah pun perlu muhasabah diri dan refleksi kenapa orang awam berpaling pada doktor fesbuk ..

    BalasPadam
  37. Dulu pak mentua aku seorang pakar perubatan tradisional.Dia sudah meninggal hampir 10 tahun yang lalu.Perubatannya lebih kepada penyakit kencing manis tetapi ada juga sampingan yang lain.Setelah aku menjadi menantunya, aku mula meneliti keberkesanan ubatnya yang berasaskan herba.Pesakitnya yang datang dari segenap pelosok dan berbagai bangsa dari melayu hinggalah cina,india malah siam.Ada pesakitnya yang datang dengan kaki yang sudah kehitaman dan ditanda dengan pen maker oleh doktor adalah tempat untuk dipotong.Pesakit tersebut didapati telah keluar dengan cara paksa untuk menyelamatkan kakinya dari dipotong setelah diberitahu ada pengamal perubatan tradisional di luar sana.Setelah menemui pak mentua saya dan mula meminum ubat herba.Kakinya sudah mula mengeluarkan air bisa dan akhirnya daging kakinya mula tumbuh.Al Hamdulillah dengan izin Allah, kakinya dapat diselamatkan dari menjadi kudung.Banyak kes-kes kencing manis dapat diselamatkan dengan hanya meminum air rebusan herba(dengan izin Allah).Mertua saya tidak pernah lupa membayar zakat setiap tahun dan baginya,pesakitnya yang sudah sembuh sudah tentu akan memberitahu orang lain yang mengidap kencing manis.Tiada iklan dalam media,internet malah laluan ke rumahnya juga tidak ada signboard.Hanya dari mulut ke mulut sebagai iklan.Wahai doktor yang budiman jika kamu seorang islam ingatlah kita ada Tuhan yang maha berkuasa atas segalanya iaitu Allah...

    BalasPadam
  38. ohhh the writing is form here... read it on other blog... somewhere...

    BalasPadam
  39. Tahniah! Tak tahu blog ni terkenal juga. ;)

    BalasPadam
  40. Utk kembalikan kepercayaan pesakit, doktor kena berubah jd berhemah.layanan doktor kpd patient akan menyebabkan pafient xpndg doktor fesbuk n google.doktor2 jangan sombong ye.itulah reality yg berlaku.hatta g hospital private skalipun..bila kita nak bertanya, doktor terus potong cakap kita.tiada empathi kpd patient.dkt kawasan rumah saya..ada satu klinik..bkn klinik pakar..tpndoktr nye sgt ramah..sgt menyelami kesakitan kita walaupun hanya selsema biasa.chargenya mahal dah mcm doktr pakar.tp dek krn lynn doktr tu setiap kli dok bertugas..klinik confirm padat mcm hospital.kna tggu lama pun sanggup.bayar mahal pun sanggup.asalkan jmp dr rosdi.doktr2 baru boleh ikut cr doktr rosdi ni

    BalasPadam
  41. salam, saya ada mengenali seorang doctor pakar western medicine. mempunyai klinik sendiri di medan MARA, menuntut ilmu kedoktoran di london. umur dah lebih kurang 60 tahun yang mana dia sendiri tak percaya pada ubat ubatan modern. sbb ibu bapa saya sendiri ada kencing manis dan darah tinggi. makan ubat modern bertahun dah. setiap tahun kena tambah dos lagi banyak. lepas dah lama makan ubat tu dah kena batu karang pulak. setahu saya ASAS PERUBATAN ADALAH MAKANAN. maaf jika apa yang saya katakan ini salah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. Asas perubatan adalah makanan. pemakanan kita yang perlu di jaga. dan ianya juga telah di atur dalam agama juga.

      Padam
  42. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  43. this is such a great piece of article. mohon share.

    BalasPadam
  44. I challenge those 'health product' peddling quacks to sell their wares in the ICU ward. See if their products works or not?

    I hate those products using 'quantum' or 'nano' in their names while ignoring that those terms are used solely in physics.

    BalasPadam
  45. mse depan doktor.. begini kah?? T.T

    BalasPadam
  46. Dr. mmg study 5 tahun dan sudah bertauliah, belum tentu Dr. menguasai segala ilmu tentang penyakit & perubatan, hanya Allah yang menyembuhkan & menawar segala penyakit. Kebiasaanyan bila emergency org akan terus ke hospital cari Dr. Tapi x salah rasanya bagi Pesakit yg berusaha mencari penawar nak cuba perubatan alternatif selain perubatan moden.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul dan tak salah pun. masing2 pesakit ada hak dia. kita berusaha tapi Allah lebih mengetahui. jadi tak salah untuk mencari perubatan alternatif. sekarang pun kalau tak salah kerajaan juga ada pusat rawatan alternatif. ada Dr. yang di hantar untuk melanjutkan pelajaran dalam altenative medicine. di hantar ke cina dan juga australia. jadi memang tak de masalah.

      Padam
  47. Like! Wish i could say this to everyone. Bleh i share this on my blog? Thanks

    BalasPadam
  48. that's why i wanna be forensic better lol

    BalasPadam
  49. Aku dah bosan dengan doktor bertauliah.
    Bukan saja bosan tapi agak benci.
    Pesakit adalah statistik.
    Kalau mati, matilah.
    Kalau ada kesilapan tak nak mengaku.
    Kalau ada kesilapan tak nak ambil tahu.

    Aku bosan pada doktor bertauliah.
    Bangga dengan kertas kosong yang dicapai.
    Bangga dengan beberapa nyawa yang berjaya diselamatkan.
    Bangga dengan ubat-ubatan yang mahal.
    Bangga dengan gelaran doktor.

    Ada telinga sihat, tapi tak nak dengar.
    Ada hati sihat, tapi tak nak memahami.
    Ada otak sihat, tapi tak nak berfikir.

    Kenapa pesakit cuba mencari penyelesaian lain?
    Kenapa tak percaya pada doktor bertauliah?

    Aku bukan penyokong bomoh atau dukun.
    Bukan juga penyokong ubat-ubatan yang terlalu 'ajaib'.
    Tapi aku juga bukan penyokong doktor bertauliah.

    Aku akan cari doktor bertauliah.
    Bila aku hampir sampai ke ambang maut.
    Sebab doktor bertauliah.
    Boleh sorong lebih cepat.

    Sekian. Terimakasih.

    BalasPadam
  50. Tak pernah orang saman bomoh kalau buat salah tapi doktor bertauliah bnyak kena saman walau tak salah

    BalasPadam
  51. Doktor kononnya pakar, suruh beli ubat2an mahal mcm2 tapi bila pesakit mati senyap je. Pesakit cuma jadi mangsa experiment. Yg diorg belajar cuma diagnose jenis penyakit & prescribe ubat2an kimia pharmaceutical yg realitinya jalankan bisnes berbilion2 dolar dgn ahli2 politik. Baik aku cari punca penyakit sendiri & cari penawar dgn bahan semulajadi. Sebab? ramai doktor kangkung drp yg betul2 peduli dgn kesihatan pesakit.

    BalasPadam
  52. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Kita sebagai makhluk hanya mampu berusaha. Doktor juga berusaha. Yang pergi tetap akan pergi. Yang sihat tetap akan kembali sihat. :)

    BalasPadam
  53. bertauliah (1st dgree)tidak mcukupi..kena jadi pakar/ phd...perubtn moden n traditional/herba...dua2 diperlukn...

    BalasPadam
  54. Dr saya sebagai salah seorang pelajar jurusan farmasi pon mungkin akan hilang kerja sbb tempat kami dah diambil alih oleh ubat ajaib semua tu. -.-

    BalasPadam
  55. I started to hate seeing doctors when they treated me like I am only seeing them to get m.c.
    I started to hate seeing doctors when they do not want to hear my opinion about my sickness, instead they told me, who is the doctor now? pfft (

    I started to hate seeing doctors when I did research from website, my illness was caused by IBS (iregular bowel syndrome) but she interpret my illness as hormonal problem.

    That's why i only seek doctors for medical certificates. Thats y i seek for alternative medicines. Thats y there's only a few doctors i do respect.

    BalasPadam
  56. Balasan
    1. Itulah pasal.
      Malas nak komen balik.
      Tengok dan baca sahajalah.

      Padam
  57. Mencegah dgn supplements..x salah mencuba cara ubatan alternative.
    Wahai doktor bertauliah, pe kata tukar jd bidan.bab bersalin mmg x ada alternative. Hehehe...betul x?

    BalasPadam
  58. x perlu risau dan bosan....sama ada dokter atau penjual produk alternatif....dua2 ada rezeki masing2. Rezeki Allah yang bagi....so apa nak risaukan..... bagi seorang pesakit...sama ada ambik ubat dokter atau ubat alternatif....dua2 ada risiko... berkesan atau tak...itu adalah dgn keizinan Allah.

    Apa juga kerjaya kita....sama ada dokter atau penjual ubat alternatif atau apa2 pun..... bekerjalah kerana Allah... Bila hati kita ikhlas....kita takkan risau apa2 atau rasa tergugat... InsyaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btui sgt kata khayra ni..ubat hanya penyebab klu penyakit sembuh..yg tentukan Allah swt.belajar jd doctor brtauliah bkn sekadar utk jd doktor n harap pesakit dtg utk dpt kn rawatan...lbh dr itu..yg x bertauliah plak jgn buat2 pndai plak..

      Padam
  59. dah 8 tahun memboikot perubatan moden Alhamdulillah banyak kes boleh dirawat sendiri tanpa perlu membayar kos yang mahal baik kepada doctor gp atau ubat mlm yang teramat mahal . yang penting rajin mencari ilmu di gerbang ilmu maya

    BalasPadam
  60. Doc.... menarik sungguh komen2 ni semua kan. Macam2 ada.... hihihihihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biarlah.
      Masing2 ada pendapat masing2.

      Meriah.

      Padam
  61. Semalam melepak2 kat blog Dr ...

    Harini jumpa ini pula...
    http://www.beritasemasa.com.my/isu-doktor-perubatan-malaysia-dr-jafri-malin-abdullah

    Sekadar ingin pencerahan siapakah penulis Puisi Membuka Ladang Kangkung ini sebenarnya? :)

    BalasPadam
  62. salam sejahtera, just nak share pendapat berkenaan perkembangan mutakhir berkenaan sikap pesakit masa kini. yg educated mmg susah sikit, sbb diorg rs diorg lebih educated drpd doktor. tp yg kurg educated, low sosio-economic status, diorg masih perlukan doktor, besar kemungkinan sbb ubat free hehe. tentang alternatif, rsnya, still we have to educate those pt supaya still follow-up walaupun diorg refuse our treatment. at least we know and they also know how is their disease progress when taking the so called 'alternative medicine'. mungkin nnt terbuka hati diorg nk ambik proper treatment. nk paksa diorg terus ambik ubat klinik/ hospital pn x boleh, kn? nnt diorg terus lari dr kita, kn lagi susah? so, biar kita 'bntu' mereka dengan cara begini. itu yg sy buat utk pt2 sy la. satu lg, sy sentiasa percaya bahawa ilmu perubatan yg kita ada ni hanya sebahagian drpd ilmu Allah. jd kita harus gunakan ia untuk memahami ilmu2 perubatan yg lain. mungkin ada yang boleh digunakan bersama dengan perubatan moden (synergy) untuk memberi maksimun benefit kpd pt. wallahu a'lam.

    BalasPadam
  63. Mohon dishare dalam wassup ye doc ... very interesting pandangan.

    BalasPadam
  64. tersentak saya baca penulisan doc nih. btw saya ingin berkongsi pengalaman yang sama berkenaan supplement MLM yang ajaib ini.

    BalasPadam
  65. Kakak ipar saya di sahkan mengidap kanser rahim...tak nak kimo...lebih dengar doc mlm...dan masaalahnya ada doc mlm ni memang mempunyai kelayakan doc..cerita ubat ajaib..habiss puluhan ribu...last sekali gi hospital kerajaan ..darah dah keluar bercampur nanah..berketul-ketul..doc hospital bagi tau dah merebak..stage 4...tak da harapan lagi..tak di galakan utk kimo..masa saya bgi tau gi aja kimo..tu..takkkan doc hosp..nak nasihat pekara yg bukan-bukan...smua adik beradik kakak ipar termasuk yg empunya diri..tak setuju...mcm2 alasan...semua ni sebab terlampau fanatik ubat ajaib...so kat mana ajaibnya...last nasihat yg boleh bagi...redho kan aje la...lagipun bukan ke baik kalau kita kita tau bila kita nak meninggal dunia...dari mati mengejut...mati eksiden kat jln raya...

    BalasPadam
  66. sebenarnya, ubat2 ajaib ni lebih kepada ayat2 marketing power saja. orang yang jual tu pun belum tentu akan terhindar terus dari sakit. tapi bila dah gelap mata dengan duit, duit, duit memang lajuuu je la mengiyakan semua fakta yang leader dah ajar tu. even ade yang cuba selidik kelulusan kkm, status halal dan cop sirim yang digunakan pon, tak ramai yang berterima kasih. menghentam ade la

    BalasPadam
  67. assalamualaikum. hampir setiap hari saya melihat kematian di hospital. Berapa ramai pesakit kronik dpt diselamatkan dgn penggunaan ubat yang mengandungi drug. 1% ? 99% daripada menemui ajal..ada masuk surat khabar? perkara ini dah jadi satu fenomena dan kebiasaan kpd staf hospital tambah2 hospital kerajaan.. "What your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May be Killing U" tidak wajar sekiranya anda sebagai doktor berkata demikian.. Banyak ubat diluar sana auta.. tetapi ada yang berkesan. Ada akal pikirlah. Apa anda akan lakukan sekiranya keluarga anda mempunyai penyakit kronik..? mengharapkan ubat hospital semata-mata? ikhtiar lebih baik dr bergantung pd sesuatu yg xpasti..tepuk dada tanya selera. **Pendapat saya doktor tidak menampakkan sbg seorang yg bertauliah dan profesional.. Maaf jika menyinggung mana2 pihak.. sy hanya budak kelulusan SPM sahaja..

    BalasPadam
  68. Ubat yg doktor bg pn belum tentu jamin kesihatan org..plg sng ikut kata nabi kte..semua penyakit berpunca dr perut..so jge pemakanan n mkn mknn yg complete nutrisi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.atieyus.com/2014/02/dear-doctor.html

      jawapan balas

      Padam
  69. Ke hadapan tuan empunya blog, nk mintak kebenaran utk link-kn entry ni dlm page facebook sy (The Stupidity of My People). Terima kasih!! :)

    BalasPadam
  70. ramai dah Doktor jadi Agen Shaklee ... sbb shaklee dah ade di pasaran sejak 5o tahun lalu dan terbukti berkesan, selamat dan organik .... jgn sentap sangat Tuan Doktor ..... anda ttp menjadi pakar rujuk kami .... tapi tak salah mencari alternatif lain untuk membantu lebih sihat dari hanya mengawal dan temporary cure .... klu kate ade pesakit diebetes .... kami tidak menyuruh mereka meninggalkan ubatan yg doktor bg ... tp kami hanya minta diorg amik supplement utk membantu mengurangkan dan menyembuhkan secara berperingkat sehingga dose dikurangkan sedikit demi sedikit ....dan dah dah tak perlu amik langsung.....
    dan terbukti Vivix Shaklee mmg membantu pesakit diebetes .... kami hanya kongsi sesuatu yang mungkin dapat membantu .... tapi kami tak penah menidakkan perubatan moden ....

    BalasPadam
  71. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer at Bandar Sungai Long Clinic as required below:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    BalasPadam