Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

09 Januari 2014

Aku dan Counting Cars

Ini bukan cerita politik.
Ini juga bukan cerita anti kerajaan.


Pada tahun 1950...Korea adalah antara negara termiskin di dunia. Ia adalah akibat perang dgn Jepun di mana ketika itu Korea hanya bergantung kpd pertanian sahaja. Menurut ceritanya sekitar tahun 70 an KL jauh lebih maju dari Malaysia. Tapi kini Korea sudah menjadi negara maju dgn penguasaan teknologinya tinggi. 


Kita lihat pendapatan perkapita Korea & Malaysia
a)Korea(1980)-$1845.66
b)Malaysia(1980)-$1804.12


Maksudnya di sini pendapatan Malaysia dan Korea lebih kurang sama pada tahun 1980..
Kemudian lihat apa yg berlaku 26 tahun selepas itu.
a)Korea(2006)-$18,674.44
b)Malaysia(2006)-$5,781

Kita ketinggalan hampir 323% dgn Korea. Sebenarnya sejak tahun 1985 lagi Malaysia sudah ketinggalan hampir 200% dgn Korea. Kita berangan nak mencapai negara maju menjelang 2020, sedangkan kriteria utama nak jadi negara maju kena pendapatan perkapita $15K ke atas. 

Ketika ini pendapatan perkapita kita hanya $5 sahaja. Hanya keajaiban sahaja yg mampu utk Malaysia muncul sebagai sebuah negara maju yg hanya tinggal 7 tahun sahaja lagi. Agak2 boleh ke kawan2?

Lihat di kala kegawatan ekonomi 1997. Korea lebih teruk dilanda kegawatan. Malah mereka terpaksa meminjam berbillion dari IMF. Tapi mereka bergerak pantas utk menjadi negara maju selepas itu. Sedangkan Malaysia yg kononnya hebat sgt tidak meminjam IMF, masih termengah mengah utk memulihkan ekonominya. Pelaburan asing semakin mengecil, pelaburan swasta dlm negeri semakin menurun. Tentu ada yg tak kena dgn polisi yg ada sekarang?

Dari sebuah negara antara yg paling miskin, mereka kini menjadi negara paling kaya dgn nilai ekonomi trillion. Malah mereka menggunakan NIC atau teknologi nuklear mereka dgn baik. Tapi sayangnya bukannya teknologi Korea ini yg dipelajari atau diminati tetapi Gagnam Style dan K Pop yg sampai dulu walaupun 99% rakyat Malaysia tak faham apa yg dinyanyikan. Malah siri drama Korea menjadi kegilaan rakyat Malaysia...khasnya org Melayu bab hiburan nombor satu....heeee.

Kebangkitan Korea dlm bidang automobil awal sedikit dari Proton. Tapi kini kereta Korea (Hyundai & Kia) menguasai 70% kenderaan di Brunei, terjual 1 juta unit di Amerika dan berjuta di seluruh dunia. Proton masih mencari identiti dan pengaruh di negara sendiri. Malah lebih memalukan rakyat sendiri pun tak percaya termasuk saya. 

Selepas sengsara 5 kali tukar gear box kereta Perdana V6 dulu, taubat saya nak menggunakan kereta Malaysia. Bukan sebab kita tak patriotik atau tak sokong kereta buatan Malaysia tetapi bagi saya Proton sendiri mengkhianati penggunanya sendiri..5 kali tukar RM 15 k.

Selain itu antara membuatkan pelik dgn Proton kerana tidak mementingkan bab keselamatan pengguna. Kenapa perlu bezakan kalau beli yang basic, ABS dan airbag tak ada .Kalau beli high-line, semua benda tu ada. Seolah-olah yg kaya kamu mendapat lebih keselamatan jika berlaku kecemasan dari org miskin. Mcm kes kapal Titanic la pulak.

Berbalik kpd negara Korea...mereka sudah jauh pergi dlm peciptaan produk elektronik. Malah mereka menguasai dunia seperti Samsung dan LG. Samsung seperti saya tulis sebelum ini adalah jenama HP yg paling digemari di seluruh dunia..Pelaburan berbillion ringgit kerajaan Korea kepada generasi pelajar2 utk menguasai Sains Teknologi membuahkan hasilnya kini.

Ekonomi Korea Selatan maju sebab rakyat dia berani bersuara. Di sana mereka yg berjawatan pemimpin tak berani nak buat benda2 mengarut macam di Malaysia. Mentaliti rakyat kita masih lagi rendah walaupun pada hakikatnya dan 53 tahun merdeka. Senang je kena tabur janji bagai...bagi BRIM balik pilih benda yg sama . Perlu diingat sampai bile kita nak macamni.

Bagi saya parti politik hanyalah satu wadah. Pembangkang perlu wujud sebagai chk n balance. Saya tak kata kita patut bangkang je apa yg kerajaan buat. Kalau idea bagus, kaedah efisyen, kita pun boleh setuju. Begitu juga kalau ada idea pembangkang yg bagus, kerajaan memerintah patut bersetuju dan laksanakan. Itulah guna pembangkang dlm setiap negara.

Contoh, byk ketirisan yg berlaku dlm pentadbiran. Korea dan Singapura masalah inilah dulu dibasminya (rasuah). Tapi kita cakap bab rasuah mcm halal pula jadinya. Malah rasuah boleh disebut sebagai komisen utk menghalalkannya. Itu sebab Malaysia still tak boleh compete dgn mereka.

Cukup-cukuplah kata ringgit Malaysia semakin mengukuh sedangkan pada hakikat, matawang asing yg lemah. Kalau kukuh, mesti ada beza dalam kuasa beli. Cuba bandingkan dgn nilai dolar Singapura. Kita semakin lama semakin jauh tertinggal.

Suruh rakyat berjimat...ambil subsidi rakyat. Tapi dlm masa yg sama sibuk nak buat Menara Warisan sedangkan kadar occupied ruang pejabat kat Malaysia ni pun masih lgi dalam kadar 60-70%.Ni tambah lagi beribu pejabat kosong buat apa? Bukankah rakyat rasa diperbodohkan.

Lepas tu kita tgk tahap kecerdasan pemimpin kita. Bila rakyat tanya, sakitnya hati bila kita membacanya...sebab apa mereka begitu. Sebab bukan bidang mereka atau ada agenda tersembunyi. Bodohkan rakyat mcm tak rasa bersalah langsung.

Patut letakkanlah seseorang Menteri itu mengikut kebolehan Menteri terbabit. Yg dulunya belajar ekonomi, PM letak dia dekat Menteri Kebudayaan....sebagai contoh. Apa yg dia boleh sumbangkan. Cuba letak di tempat kemahirannya baru la ia berfungsi dgn baik di kementerian terbabit sb Menteri itu tahu tahu kerja dia macamana.


sumber: Google

Kebelakangan ini.
Aku suka tengok rancangan Counting Cars di History Channel.
Seorang mamat yang obses dengan kereta.
Hobinya mengumpul kereta.
Hobinya juga menjadi rezekinya.
Dia sering meronda jalan2 di Las Vegas.
Kalau dia nampak kereta yang dia berkenan,
dia akan follow kereta tu.
Lepas tu dia buat urus niaga.
Tepi jalan pun jadi.
Dia akan cuba beli kereta2 tersebut.
Kereta2 klasik dan antik pun harga tak pernah lebih 10 ribu.
Dia bayar cash.
100 dollar bills.
Lepas dapat kereta tu,
dia akan suruh team dia modified cantik2.
Jadikan kereta tu serba baru.
Enjin baru.
Cat baru.
Semuanya custom made.
Bila dia jual semula,
harganya pun tak pernah lebih 50 ribu.
Yang cecah 100 ribu pun takda.

Kadang2 ada orang datang ke kedai dia.
Minta dia upgrade kereta2 lama.
Kereta2 lama modified jadi serba baru.
Cat baru,
enjin baru,
pendek kata semuanya serba baru.
Kosnya pun tak pernah lebih 35 ribu.
Motosikal custom made pun sama.
Gila punya cantik.
Harga tak pernah lebih 30 ribu.
Aku pun jadi hairan.
Kenapa harganya masih harga mampu milik?
Macamana dia boleh buat untung?

Lalu aku terbaca cerita di atas.
Cukai kereta di Malaysia hampir seratus peratus.
Padanlah harga kereta kita mahal nak mampus.
Kereta harga 20 ribu, jual 40 ribu.
Kereta harga 40 ribu, jual 80 ribu.
Kereta harga 50 ribu, jual 100 ribu.
Ramai yang suruh compare dengan Singapura.
Harga kereta disana lagi mahal.
Tapi ada mereka kira,
berapa pendapatan mereka sebulan?
Berapa besar nilai Dollar Singapura?
Berapa besar kuasa membeli mereka?

Baru aku teringat.
Kereta recond Jepun yang aku beli 2 tahun lepas.
Harga kereta yang di declare di kastam cuma 35 ribu sahaja.
Aku sendiri tengok di salinan APnya.
Kata salesman tak boleh declare tinggi2.
Nanti cukainya lagi mahal.
Tetapi,
katakan cukai 'kurang' mahal dikenakan,
kenapa harga jualan masih melebihi 200 ribu ringgit?
Katakan harga 'sebenar' kereta tu 50 ribu,
kenapa tak jual 100 ribu sahaja?
Inilah negara kita Malaysia.
Harga kereta dah macam harga rumah.
Tapi rumah tak pernah susut nilai.
Kereta?
Hutangnya belum habis,
kereta dah peroi.
Hutang masih puluh ribu,
nilai kereta tinggal belas ribu.
Macamana nak hidup senang?

Aku bukan pakar ekonomi.
Aku bukan Pak Menteri.
Aku juga bukan orang kaya.
Aku cuma rakyat marhaen sahaja.
Aku tak faham.
Dan Pak Menteri pun tak nak beri aku faham.
" Kalau rasa mahal sangat,
jangan beli kereta.
pakai basikal sahaja "
Itu antara jawapan klasik yang akan diberikan.
" Kalau rasa tak mampu,
naik bas sahaja. "
" Kalau rasa Malaysia ni dah tak bagus,
pindah sahaja ke negara lain. "





9 ulasan:

  1. Kenapa kita tak boleh kata : Kami rasa kerajaan sekarang dah tak bagus, so kami nak tukar, kan?

    Atau, kami rasa kamu tak layak jadi menteri, so please step down now...

    Saya cuba untuk tidak menjadi obses dengan politik sebab saya akan jadi super moody. Menyampah sangat2, rasa bodoh sangat and rasa helpless sangat2. Nanti saya pula dapat stress dan kemurungan. Bahaya... So, saya baca untuk ambil tahu dan dapatkan info. Bila tiba pilihanraya, saya bertindak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah Aziela.
      Saya dah lama tak baca suratkhabar.
      Berita tv pun sama.
      Nanti saya stress.

      Padam
  2. Gaji 3000, beli kereta 70,000.
    Itu senario di Malaysia. ( gaji 3000 tu bukan gaji bersih)

    Masa saya belajar di Australia, gaji 2500, BMW 325i berharga 23,000.

    Ada umat yang tak pernah duduk oversea, tak pernah ke luar dari Malaysia sibuk bandingkan maintenance cost yang mahal di negara maju. Ya, memang mahal. Tapi berapa kerap kita perlu buat alignment /balancing? Tengok mutu jalanraya di sana..kita disini, bila orang kata turap jalan pun rasuah, mereka yg terasa akan sentap marah, tapi fikirlah sendiri jalan yang baru turap 3-4 bulan dah berlubang lubang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenaikan harga barang tidak boleh dielak.
      Tetapi ianya patut setara dengan pendapatan.
      Pendapatan saya masih sama sepanjang 5 tahun ini.
      Tapi kos sara hidup dah naik berpuluh kali.
      Nilai ringgit makin kecil.

      Tetapi,
      semuanya bagus dimata pemimpin kita.
      Bagus untuk jangka panjang.
      Kira macamana tu?

      Padam
  3. Salam doctor,
    Izinkan saya share entry ni ya :)

    BalasPadam
  4. Ni rasanya suruh pindah ke Korea ke, Brunei ke, Singapore ni...tp kalau level doktor pun payah nk hijrah, alangkah warga sederhana.

    PIBG minta duit utk anak pun susah, apatah lagi duit nak bayar ngaji anak2.

    dalam keluarga pun nak kumpul dana berpakat beli tanah pun payah apatah lagi nak mengajar orang lain kumpul dana untuk kayakan bangsa kita

    Kesimpulannya, saya skeptikal dan malu nak mengajar orang lain selepas melihat diri ini tak menyumbang byk pd jiran, kawan, sedara mara, anak yatim apatah lg pada negara,

    di Malaysia ni ada dua je parti yang dominan dan boleh lah dilihat kerjanya..nak serah pada yang tu rasanya belum menyakinkan.. kita tak byk pilihan lagi, bkn xnak bg peluang, tp da bg peluang yg kecil...hmmm Sultan pun kecewa samapi bg tombak baru 1 negeri tu belum 1 negara. pikirkan le hakikat hari ini DAHULU bukan pikirkan kenapa org lain maju.

    Hakikat 1 : Org Malaysia byk komplen tp sihat -Paling OBES berbanding KOREA.

    BalasPadam
  5. Sy nk pindah ke Brunei lah..

    Sian rakyat yg 'didahulukan'

    BalasPadam
  6. Sy nk pindah ke Brunei lah..

    Sian rakyat yg 'didahulukan'

    BalasPadam