Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Januari 2014

Aku dan Demam Mainan Tesco

Beberapa bulan yang lalu.
Tesco mempromosikan mainan ini.
Koleksi figurine yang menjadi minatku.
Buzz dan Woody daripada Toy Story.
Sully dan Mike daripada Monster Inc.
Dan targetku,
Ironman dan Spiderman.


Tetapi.
Prosedur nak dapatnya agak susah.
Kena berbelanja selalu di Tesco.
Setiap 50 ringgit belanja baru dapat satu sticker.
Kena kumpul 10 sticker untuk dapat satu figurine.
Kiralah berapa banyak kena berbelanja di Tesco.
Pandai betul Tesco.


Selepas beberapa bulan,
Aku cuma dapat 20 sticker.
Itupun 5 diberi percuma oleh kad Tesco.
Selebihnya aku usahakan sendiri.
Berbelanja sekali sekala di Tesco.
Ada yang minta daripada sedara-mara.
Dan yang bestnya,
Minta daripada customer lain.
Setiap kali nak bayar dikaunter Tesco,
Aku cari barisan yang ada uncle dan nyonya2.
Cari yang tak bawak cucu.
Cari yang beli barang banyak.
Jadi mereka tentu banyak dapat sticker.
Lepas tu dengan tebal muka aku tanya.
" Untie, itu sticker mahu pakai tak?"
" Kalau tak mahu kasi sayalah. "
Dua kali aku sempat buat.
Dapatlah 5 sticker.
Kalau aku rajin ke Tesco,
Rasanya lebih banyak aku boleh dapat.


Selepas beberapa bulan.
Akhirnya aku berjaya juga.
Mendapatkan Ironman dan Captain America.
Dan rasanya setakat ini sahajalah.
Program penebusan dah nak tamat.
Sticker pun dah tak dikeluarkan.
Aku pun dah tak rajin nak ke Tesco.

Pada suatu hari.
Aku sesaja poskan gambar kejayaanku di Instagram.
Dan tak sangka ada kawan2 respond.
Ada yang rajin berbelanja di Tesco.
Dia kata banyak sticker kat rumahnya.
Ada juga kawan yang bertanya.
Minta sticker daripada aku pula.


Minggu lepas.
Aku poskan baki 3 sticker aku ke Nilai N9.
Ada kawan yang kekurangan sticker.
Dan rezeki Allah beri.
Selang 2 hari,
Aku dapat pula 28 sticker.
Ada kawan lain yang beri.
Pucuk dicita ulam yang datang.
Semoga bertambah lagi murah rezekinya.


Petang tu juga aku ke kaunter Tesco.
Kekurangan 2 sticker tak jadi masalah.
Aku tanya staf dikaunter.
Sticker memang dah tak dikeluarkan lagi.
Tapi boleh beli barang dan tunjuk resit.


Dan inilah hasilnya.
Sebaris figurine kebanggaanku.
Walaupun cuma dapat 5 drp 9.
Kira syukurlah.
Makin penuh almari aku.

Ramai yang pelik denganku.
Staf Tesco pun pelik tengok aku.
Orang tua masih minat mainan.
Tapi entahlah.
Aku seronok tengok budak2 datang klinik.
Yang demam terus baik demamnya.
Yang takut terus hilang takutnya.
Yang menangis terus diam.
Tapi ada juga.
Yang sihat terus sakit.
Yang diam terus menangis.
Sebab tengok koleksi mainan aku.

Salam hujung minggu kawan2!

6 ulasan:

  1. Waah boleh pi tengok dalam klinik macam ni..

    BalasPadam
  2. hahahaha....gigih!
    saya ada 2 figurine...tu pun wife saya yg tukarkan sticker...

    BalasPadam
  3. saya sempat dapat 1 jer...yang pakai topi koboi ada pen kat kepala dia tu. (tak tau nama dia)..itu pun anak2 buang ntah ke mana...

    BalasPadam
  4. Kannnn. Saya rasa kalau saya pergi klinik Doc, saya teruja dengan lemari cermin nie lebih dari kanak2

    BalasPadam
  5. minat ngan lego?
    kalau dr minat, nanti saya share ngan dr
    murah sangat2, saya beli borong dpt RM2 utk satu figurine (tapi kena pasang sendiri)

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam best jer...
      hantar quotation kat email saya boleh?
      zouldahan@yahoo.com
      terima kasih

      Padam