Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Januari 2014

Aku dan Kalimah Allah Yang Maha Agung



Dahulu.
Aku jahil.
Aku tak ambil kisah pun pasal isu ini.
Aku langsung tak ambik port pasal isu ini.
Padaku ini isu remeh.
Ini semua politik murahan.
Ini semua poyo.
Kenapalah kalimah Allah pun nak dijadikan isu?

Sekarang.
Aku malu.
Malu kerana mengaku orang Islam.
Malu kerana tak ambil peduli.
Malu kerana kejahilan diri sendiri.

Betul kata Ustaz Kazim.
Nama Allah hak orang Islam.
Nama Allah hak mutlak orang Islam.
Bagus kupasan Ustaz Kazim.
Bagus hujah2 Ustaz Kazim.
Sekarang aku dah mula faham.
Kenapa umat islam beriya2 mempertahankannya.

Tetapi bila dengar jawapan ringkas Ustaz Azhar Idrus,
aku kena berfikir semula.
Aku kena study lagi.
Aku kena gali lebih dalam.
Betulkah isu kalimah Allah satu permainan politik.
Betulkah isu kalimah Allah sengaja diada2kan.

Aku tak minat politik.
Samada sebelah sini atau sebelah sana.
Dua2nya lebih kurang sama sahaja.
Ada cerita baru.
Khabarnya PM sendiri yang luluskan penggunaannya.
Siap dengan dokumen yang bertandatangan lagi.






3 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih Zulkarnain.
      Jadi betullah.
      Semuanya politik.

      Siapa yang salah?
      Pemimpin2 kita yang salah.
      Siapa yang salah?
      Orang2 islam yang salah.

      Padam
  2. Jom dalami alquran dan terjemahan secara audio. Insha Allah ini sebagai usaha kita memperkukuhkan keimanan kita. http://www.4shared.com/folder/5DE62NA7/Murottal_Dan_Terjemahan_Al_Qur.html
    moga bermanfaat

    BalasPadam