Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

22 Januari 2014

Aku dan Lawatan Sambil Belajar ke Rengit

Aku tak nak cerita panjang siapa dia.
Tapi dia orang hebat di Rengit.
Bekas guru sekolah.
Dah lama pencen.
Isterinya pun sama.
Mereka pernah ke klinik aku.
Mereka kagum dengan koleksi mainan aku.
Lalu mereka bercerita pasal minat mereka.
Lalu mereka mengajak aku ke rumah mereka.


Pada suatu hari cuti aku.
Aku jalan2 sampai ke Rengit.
Aku menerima jemputan mereka.
Nak tengok galeri mereka.
Nak tengok perpustakaan mereka.
Nak tengok koleksi mereka.


Sampai dipintu pagar rumah mereka,
Aku dah kagum dan terpegun.
Rumahnya ala-ala resort.
Bersih, kemas dan menghijau.


Mula2 aku dibawa ke galeri mereka.
Tempat barang2 milik peribadi disimpan.
Satu bilik telah dijadikan muzium.
Selain kagum dengan koleksi barangannya,
aku kagum dengan cara beliau menyusunnya.
Setiap barang yang beliau dapat,
sama ada dibeli ataupun dihadiahkan,
beliau katalogkan dan disusun rapi dirak.


Ada almari/rak khas untuk menyimpan barang2 cenderamata.
Mug satu tempat,
barang2 anyaman satu tempat,
barang2 kaca satu tempat.
Gambar2 kenangan penuh didinding.
Yang aku paling kagum,
Name tag juga lencana anak2nya semuanya masih ada.
Tak macam kita,
bila dah naik tahun aje,
semuanya dah dibuang.


Sebenarnya aku pun banyak barang2 sepertinya.
Kalau dikumpul,
memang dah boleh buat satu galeri.
Tapi aku tak setekunnya.
Menyimpan, menyusun dan menkatalog
semua barang yang ada.
Itu kelebihannya.
Kesabaran dan ketekunannya mengkagumkan.
Aku tak boleh nak ikut.


Beliau juga rajin menulis.
Beliau telah menulis beberapa buku.
Ada satu buku biografi kisah hidupnya sendiri.
Daripada beliau lahir hingga sekarang.
Siap dengan gambar sekali.
Siap dengan sijil2 juga surat2 lama.
Kad perpustakaan masa zaman universiti masih disimpannya.
Surat2 kepada anak2 juga surat cintanya pun ada.


Sekarang dia sedang menyiapkan.
Manuskrip kehidupannya bersama isterinya,
anak2nya juga cucu-cicitnya.
Gila punya kagum.


Selepas melihat galerinya,
beliau bawa aku ke perpustakaannya.
Kedudukannya diloteng.
Walaupun kecil sahaja,
tetapi suasananya aman dan tenang.
Buku2nya disusun rapi.
Buku2nya dikatalogkan.
Betul2 seperti diperpustakaan.


Lihat koleksi2nya.
Pada kita ini dah jadi sampah.
Tetapi tidak bagi beliau.
Ini dijadikan sebahagian daripada sejarah.


Cuba tengok rak ini.
Ini hasil kerja isterinya.
Guntingan dan keratan suratkhabar.
Ada 13 buku khas untuk Mawi sahaja.
Bermula daripada Mawi di AF.
Sehinggalah sekarang.
Buku tentang angkasawan negara pun ada.
Tak sempat aku nak belek semuanya.



Sebelum aku balik,
aku disuruh menandatangan buku pelawat.
Hebat.
Ramai juga orang yang datang melawat galerinya.
Khabarnya perpustakaan beliau pernah menang anugerah.
Peringkat kebangsaan.
Lupa pulak nak tanya tahun bila.


Tak lengkap lawatan kalau takda makan2.
Jadi sebelum balik,
beliau bawa aku ke gerai agak famous di Rengit.
Makan Soto Warisan Special.
Soto ni memang special.
Ayamnya 1/4 bahagian.
Nasi empitnya lembut.
Kuahnya sederhana.
Tak pekat dan berat dengan rencah.
Aku beri markah 8/10.


Sampai rumah aku terus buka stor aku.
Aku geleng kepala.
Macam2 barang aku ada.
Cuma masa yang takda.
Untuk mengemas dan menkatalogkan.
Tunggulah bila aku pencen nanti.
Sementara itu,
tulis ajelah diblog ini.
Mungkin akan ada yang membacanya.


2 ulasan:

  1. Ramai yang membacanya, Insya Allah. Sikap yang tekun dan komitmen tu yang tak dapat di ikut. Saya gagal bab macam gitu.... Doc, at least you can start with your miniatures. Tinggal nak katalog kan saja...

    BalasPadam
  2. kagumnya saya
    saya pun sama, byk gak brg2, tapi nak jadikan seperti pakcik ni, ntah bila

    BalasPadam