Langkau ke kandungan utama

Aku ke Senibong Seafood Village

Setiap kali kawan2 luar kawasan datang ke JB,
mereka pasti ke sini.
Bukan sekali.
Tetapi berkali2.
Aku pun dah berkali2 nak ke sini.
Tapi tak pernahnya berkesempatan.
Khabarnya tempat ini selalu sesak.
Ramai orang datang ke sini.
Warga2 seberang sempadan pun ramai ke sini.


Petang hari cuti semalam.
Aku redah datang ke sini.
Aku ikut nasihat kawan.
Datang sebelum Maghrib.
Masa tu orang belum ramai.
Parking senang.
Tempat duduk pun banyak lagi.


Lokasinya tak susah nak cari.
Ikut highway Utara Selatan.
Sambung highway EDL.
Menghala ke Permas Jaya.
Nampak AEON Permas Jaya.
Belok kanan.
Jalan terus.
Jumpa simpang tiga.
Belok kiri.
Tak sampai 5 minit kemudian dah sampai.


Kedatangan aku disambut.
Ada beberapa orang penunjuk jalan.
Memberi arahan untuk tempat meletak kereta.
Suasananya seperti berada di pasar basah.
Deretan gerai 'menjual' makanan laut.
Udangnya besar2 dan segar2.
Udang kara pun ada.
Ketam nipah hidup pun ada.
Peringatan!
Jangan excited sangat memilih.
Boleh pengsan bila ditunjuk bil nanti.


Ada lebih kurang 6-7 gerai yang berbeza tuannya.
Semuanya dengan keistimewaan masing2.
Khabarnya gerai no 1 yang terbaik.
Gerai2 disini bersih dan luas.
Banyak tempat duduk disediakan.
Ramai suka duduk diruang terbuka tepi laut.
Angin lautnya kuat.
Pemandangan negara seberang kelihatan sangat dekat.
Tapi aku pilih ruang duduk bersila.
Boleh golek2 dan baring2 bila dah kenyang.
Kalau nak berjimat,
pilih makanan ikut set.
Set untuk 2 orang paling minimum.
Set untuk 20 orang pun ada.
Tapi biasanya pilihlah lauk mana nak dimasak.
Lagi seronok.


Ini Ketam Goreng Telur Asin.
Makanan yang dicari sejak beberapa lama.
Sejak kempunan di Tanjung Lumpur 2 tahun lepas rasanya.


Ini Udang Harimau Masak Sambal.
Aku beri 9/10.
Hampir markah penuh.
Sedap.
Kalau ada Nasi Lemak lagi sedap agaknya.


Ini Siput Gonggong Masak Cili.
Wife nak try yang eksotik.
Bentuk siputnya macam siput dikebun.
Rasanya macam mentarang yang aku jumpa di Selangor.
Liat, kenyal, manis.

Aku suka makanan di sini.
Lain daripada yang lain.
Suasananya pun santai.
Walaupun ramai orang,
layanannya bagus dan agak pantas.
Pekerja2nya peramah dan rajin membantu.
Nak sembahyang pun tak susah.
Ada masjid tak jauh daripada tempat makan.
Tapi tak boleh datang selalu ke sini.
Duit pergi pasar untuk seminggu,
boleh habis untuk sekali makan.
Harga makanan agak mahal.
Mungkin sebab hampir dengan sempadan agaknya.

Kalau anda datang ke Johor Bahru,
tak rugi merasa makanan di sini.
Cuma kena ready dengan RMnya.
Daya tarikan memilih lauk untuk dimasak sangat kuat.
Lepas ni nak try lobster pulak.
Yang sekilo 160 ringgit harganya.

Ulasan

  1. Lobster pun ada? Wah, memang kena super teballah duit nak makan kat sana yer Doc..

    BalasPadam
  2. area ni blakang kawasan perumahan mak mertua saya
    saya pernah pi sekali
    kebetulan di hari perayaan tahun baru cina
    OMGGGGGGGGG
    mmg terkejut tgk bill, utk 15 org RM800++ total bill
    belom campur order makanan yang kat luar2 dan siap2 dah bayar
    tapi rasa makanan, mmg sedap....mungkin saya boleh cuba di luar waktu perayaan, mana tau murah kan!

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…