Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Aku dan Minggu Ini

Kebelakangan ini.
Kerjaya doktor semakin dipertikai.
Bukan setakat oleh orang2 awam.
Tetapi oleh para doktor sendiri.
Ada yang buat statement,
Doktor sekarang tak pandai merawat pesakit.
Doktor sekarang tak pandai mengambil sejarah pesakit.
Doktor sekarang hanya memikirkan keuntungan perniagaan.
Doktor sekarang terlalu bergantung kepada mesin.
Aku tak nafi.
Ada sesetengah doktor sebegitu.
Ada sesetengah doktor jadi agen MLM.
Ada sesetengah doktor jual produk MLM.
Ada sesetengah doktor senang2 jual MC.
Ada sesetengah doktor senang2 jual ubat tidur.
Semuanya demi perniagaan.
Semuanya demi wang ringgit.
Mereka hanya fikir keuntungan bisnes sahaja.
Satu pesakit sekurang2nya 4 jenis ubat.
Multivitamin dan supplemen dah jadi wajib.
Sebab bila beri ubat banyak,
boleh charged lebih banyak.
Aku tak nafi itu semua.
Tapi tak semuanya begitu.
Ramai ingat jadi doktor GP ni mudah.
Duduk goyang kaki bawah aircond.
Satu pesakit tak sampai 5 minit.
Tuliskan ubat juga MC.
Lepas tu boleh charged berpul…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pagi hari Isnin.
Berikut antara 4 orang pesakit terawalku.

Yang pertama.
Baru balik daripada kampung di Gemencheh.
Ada majlis kerja kahwin di sana.
Pagi ini tak larat nak pergi kerja.
Badan semua sakit2.

Yang kedua.
Petang semalam dapat duit BR1M.
Malam tadi belanja abang makan luar.
Pagi ini rasa macam nak demam pulak.

Yang ketiga.
Malam tadi pergi makan kat KFC.
Ada kawan belanja.
Pagi ni cirit-birit pulak.

Yang keempat.
Semalam pergi berkelah di Air Terjun.
Pagi ini sakit pinggang.
Kepala pun sakit.

Keempat2 mereka adalah lelaki2 gagah.
Kesemuanya warga tempatan.
Kesemuanya sering juga datang ke klinik aku.
Dan.
Kesemuanya berani minta MC denganku.
Di pagi hari Isnin.

3 pesakit berikutnya.
Semuanya warga Nepal.
Datang daripada kilang yang sama.

Yang pertama.
Dah 2 minggu sakit perut.
Yang kedua.
Dah seminggu demam tak baik2.
Yang ketiga.
Luka tercucuk besi masa kerja malam tadi.
Ketiga2nya masih muda belia.
Dah 3 tahun kerja di sini.
Tapi.
Tak seorang pun minta MC denganku.
Semuan…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang pesakit wanita.
Jarang datang ke klinik.
Tak berapa suka datang ke klinik.
Pesakit ramai.
Kena tunggu lama.
Nak parking susah.
Beberapa hari ni beliau sakit demam batuk dan selsema.
Lalu bercadang datang ke klinik malam tadi.
Sebelum datang dia berdoa dulu.
Semoga segala urusannya dipermudahkan.

Pukul 9 malam tadi.
Dia tiba depan klinik.
Syukur Alhamdulilah.
Senangnya dapat parking.
Syukur Alhamdulilah.
Klinik lengang.
Tiada pesakit lain.
Tapi...

" Maaflah kakak. "
" Doktor tak masuk kerja malam ni. "
" Doktor kata dia ambil MC."
Patutlah lengang.
Patutlah takda orang.
Doktor pun takda rupanya.

Bagi pihak klinik.
Saya minta maaf kepada pesakit2 saya.
Saya penyokong tegar JDT.
Saya tengok JDT vs Kedah di Astro Arena malam tadi.
Saya hanya manusia biasa.
Saya takda mood nak kerja malam tadi.
Saya pun demam batuk dan selsema.




Aku dan Patuh Syariah

10 tahun dulu.
Aku pernah beli insurans kesihatan.
Perlindungan untuk diri sendiri dan famili.
Masa itu aku memang jahil.
Tiada siapa yang mengajar.
Juga tak tahu mana nak belajar.
Jadi aku beli insurans konvensional.
Duit yang dibayar dibahagi tiga.
Ada yang akan jadi bekalan jika apa2 berlaku pada diriku.
Ada yang jadi kad perubatan.
Ada yang jadi simpanan untuk akan datang.
Setiap bulan aku bayar tanpa gagal.
Setiap tahun,
aku dapat rebat untuk cukai pendapatan.
Setiap tahun baru,
agen datang hantar limau mandarin.
Cuma satu kelemahan aku.
Aku tak pernah ambil tahu.
Apa yang aku dah bayar.
Apa yang aku dah dapat.
Mana duit aku dilaburkan.
Macamana mereka jana keuntungan. Itu aku langsung tak ambil peduli.
Jahilnya aku.

Setahun dua ini.
Aku mula terfikir.
Aku mula mengambil tahu.
Apa yang aku bayar selama ini.
Apa yang aku akan dapat selepas ini.
Aku taknak sekadar lepas cukai pendapatan sahaja.
Aku nak duit yang halal.
Aku nak rezeki yang berkat.

Sepanjang 10 tahun ini.
Hampir sem…

Aku dan Wordless Wednesday

Selamat Naik Tahun 2014.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang budak lelaki darjah 5.
Anak sulung daripada 2 beradik. Punya berat badan berlebihan. Sekitar 60 kg. Dia ada masalah ketika buang air kecil. Kencingnya bersepah. Seluarnya selalu basah selepas kencing. Emak bapaknya tak berapa nak hirau. Mungkin sebab berat badannya
Itu anggapan mereka. Dia malu bila disekolah. Seluarnya basah bila kencing. Seluarnya bau hancing bila dikelas. Jadi dia jarang kencing disekolah. Dia cuba tahan sehingga habis waktu sekolah. Tahun lepas dia disunatkan. Ada Pembantu Perubatan datang ke rumah.
Bersunat di rumah. Emak bapaknya ingat masalah akan selesai. Tapi keadaannya lagi teruk.
Entah apa mimpinya. Malam tadi. Emaknya bawa dia berjumpa denganku. Nak minta tolong aku tengok2kan. '' Saya takda Angry Bird doktor! '' itu komplen dia.
Kesian aku dengar ceritanya.
" Dah tenggelam doktor. Lemak banyak sangat."
Itu kata emaknya. Aku pernah kerja di unit Urologi dulu. Jadi aku tak terkejut tengok Angry Bird dia.
Banyak persoalan b…

Aku dan Hari Memperingati Kekasih

Ini entri ketinggalan keretapi.

Zaman duduk di kolej.
Zaman jahiliyah.
Ramai kawan2 aku menyambut Hari Valentine.
Hari memperingati kekasih kononnya.
Hari bunga dan coklat dijual lebih mahal.
Hari dimana warna merah dan pink lebih digemari.

Zaman duduk di kolej.
Setiap kali menjelang Hari Valentine,
banyak persatuan membuat jualan.
Jual kad, bunga, coklat, dsbnya.
Jualan untuk mengisi tabung persatuan.
Persatuan yang tak rajin,
mereka bukak booth di tempat2 strategik.
Bayar dulu 5-10 ringgit.
Nanti mereka akan kirimkan,
kad, bunga, coklat, dsbnya kepada kekasih pilihan hati.
Nak hantar ke semua orang pun boleh.
Nak hantar banyak2 ke seseorang pun boleh.
Yang penting bayar dahulu.
Bagi persatuan yang terlebih rajin,
mereka pergi dari bilik ke bilik.
Memujuk dan mengambil pesanan.

Zaman duduk dikolej.
Pada hari sebelum Valentine.
Bunga2 akan dihantar ke penerima.
Pigeon hole atau kotak surat penuh dengan bunga2.
Yang ramai peminat dan secret admirer,
senyum sampai ke telinga.
Bangga ses…

Aku dan Wak Gelas™

Wak Gelas™. Satu nama besar dalam dunia blogging. Beliau aku kenal dah lama. Daripada tidak berwajah. Kepada berwajah. Daripada blog Tunbegia ke Fotolumayan. Daripada Hajimete ke Wak Gelas. Dia jugalah antara yg mula2 memberi komen diblogku.
Mula2 dulu dia rajin bercerita tentang kehidupannya. Tentang diari kehidupannya. Hidup bujang di Kuala Lumpur. Lepas tu dia beralih ke dunia fotografi. Skil fotografinya macam professional. Banyak betul projek2 dia buat. Projek yang mencabar keupayaan diri. Projek mengejar sunrise dan sunset. Projek 50mm. Projek 365 hari. Projek pusing satu Malaysia. Pendekata ada aje projek baru dia. Meriah betul blog beliau masa itu.
Tapi projek terbaik ialah projek Travelog Haji beliau. Gambar2 dia ambil semasa di Mekah sangat cantik. Cerita semasa di Mekah pun sama cantiknya. Aku seolah2 turut berada disana bersamanya.
Balik dari Mekah. Dia berubah arah. Bermula dengan projek hantar gambar ke majalah2 fotografi. Diikuti dengan menyertai geng Nikon diseluruh Ma…

Aku dan Dengue: The Movie

Januari 2014.
Di sebuah taman perumahan dipinggir bandaraya. Didiami oleh keluarga2 kelas pertengahan. Ibu bapa sibuk bekerja dibandar. Anak2 sibuk dialam persekolahan. Kesibukan menyebabkan keadaan rumah kurang terurus. Banyak tempat air bertakung didalam dan luar rumah.
Dalam baldi di bilik air.
Dalam cawan di dalam sinki.
Dalam bekas bunga diruang tamu.
Dalam salur air diatas bumbung. Jentik2 membiak sana-sini tiada yang endah.
Dihujung taman perumahan dipinggir semak. Ada peniaga menjual air tebu dan cendol. Gerainya ramai pengunjung. Maklumlah cuaca panas. Bisnes sangat bagus. Malangnya peniaga dan pekerja. Malah pelanggannya kurang kesedaran sivik. Sampah dan bekas minuman disepahkan. Tidak diurus dengan sempurna. Mereka berharap pekerja majlis daerah akan membersihkannya.
Ditepi sekolah. Ada peniaga menjual makanan ringan dan jajan. Murid2 sekolah ramai yan singgah sementara menunggu bas. Mereka makan dan minum sepuasnya.
Murid2 ini juga kurang kesedaran sivik. Bekas2 minuman …

Aku dan Wordless Wednesday

Blook. Buku yang menghimpunkan entri2 daripada blog.



Aku dan Lawak Hari Sabtu

Lawyers should never ask little old lady
any questions if they aren't prepared for the answer.

In a trial,
a small-town prosecuting attorney called his first witness,
an elderly woman in the stand.

He approached her and asked:
" Mrs Jones, do you know me? "
She responded,
" Why, yes. I do know you, Mr William.
I've known you since you were a young boy.
And frankly,
you're a big disappointment to me.
You lie, cheat your wife,
manipulate people and talk about them behind their backs.
You think you're a big shot
when you haven't the brains to realize
you never will amount to anything more
than a two-bit paper pusher.
Yes, I know you.."

The lawyer was stunned.
Not knowing what else to do,
he pointed across the room and asked,
" Mrs Jones, do you know the defense attorney? "

She again replied,
" Why Yes, I do.
I've known Mr. Bradley since he was a youngster.
He's lazy, bigoted and has a drinking problem.
He can't build a n…

Aku Menulis Bukan Kerana Nama

Aku menulis kerana hobi. Aku menulis kerana aku suka menulis. Daripada sekolah menengah lagi, aku memang rajin menulis. Otakku lebih cekap menulis daripada bercakap. Sepatah perkataan keluar daripada mulutku, Dua tiga perkataan aku dah siap tulis.
Aku ada buku diari kehidupanku. Daripada sekolah menengah, masuk kolej sampai lepas dapat ijazah. Kerana kesibukan, aku berhenti menulis lepas berkahwin. Aku berhenti menulis lepas dapat kerja kerajaan. Tapi bila aku duduk diklinik sendiri, Aku mula menulis semula. Menulis untuk hilangkan kebosanan. Menulis untuk mencatat kehidupan diri sendiri.
Tahun 2008. Aku mula serius menulis blog ini. Aku cerita tentang apa sahaja. Aku menulis tentang apa yang terlintas dikepala. Aku menulis tentang apa yang aku lihat. Aku menulis tentang apa yang aku alami. Mula-mula aku tulis syok sendiri. Lama-kelamaan, bila ramai yang membacanya, aku mula menulis tentang orang lain. Aku tak memaksa orang membaca tulisanku. Aku tak memaksa orang menyukai tulisanku. …

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang lelaki sebaya.
Kawan sekelas masa sekolah menengah dulu.
Bekerja sebagai mekanik.
Selalu juga datang ke klinik.
Sakit2 badan sebab kerja berat.

Dua bulan lepas.
Dia hampir dimasukkan ke wad.
Doktor kata dia dah kena Diabetes.
Dapat ubat berkotak2.
Stok untuk dua bulan.
Tapi dia langsung tak makan ubat itu.
Dia takut nak makan.
Dengar cerita kawan2 dia.
Nanti telinga jadi pekak.
Nanti buah pinggang jadi rosak.
Jadi dia makan ubat2 lain.
Herba2 dan jamu yang pahit2.
Ada kawan kata gula boleh turun.

Sepanjang dua bulan ini.
Berat badannya mulai susut.
Dia fikir "mujarab juga loysen yang aku sapu diperut."
"Dah susut berat badan aku."
Selain itu dia mudah mengantuk dan cepat penat.
Senang aje nak tidur dan terlelap.
Tapi tengah malam asyik nak bangun aje.
Haus dan lepas tu ke bilik air.
Mungkin kesan sampingan loysen yang disapu diperutnya.
Itu firasatnya.

Pagi ini dia jumpa aku.
Matanya semakin tak awas.
Dah semakin susah nak memandu terutama waktu malam.
Kel…

Aku dan Wordless Wednesday

Terima kasih kawan2.


Aku dan Robocop IMAX 2D

Pagi hari ahad.
Cuti berganti Gong Xi Fa Chai. Nak buat apa ya cuti2 begini?
Lebuhraya sure jammed. Lalu aku teringat. Ada panggung IMAX di TGV Tebrau City. Khabarnya skrinnya sangat besar. Khabarnya sistem bunyinya maha hebat.
Apa kata kita try?
Memandangkan aku tak suka beratur panjang, Aku beli tiket atas talian. Guna www.tgv.com.my Cepat, selamat dan mudah. Wayang start pukul 1:45 petang. Aku sampai pukul 1:15 petang. Barisan beli tiket hampir 50 meter panjangnya. Tapi aku tunjuk tiket yang aku dah print, aku terus masuk ke panggung.
Tak payah beratur2 lagi. Tapi terkilan juga aku. Sebab barisan nak beli pop corn pun panjang jugak. Kalaulah pop corn pun boleh beli online kan senang. Duduk kat kerusi pop corn dah sedia menunggu.

Ini pertama kali aku masuk ke panggung IMAX ( Image Maximum ). Panggungnya luas. Tempat duduknya selesa. Ruang letak kaki pun lebih luas. Aircond tak sesejuk di LFS IOI Mall. Tapi yang penting, Skrinnya saaangat besar. Agak melengkung sedikit. Jadi aku rasa…

Blog Aku Dah Jadi Viral

Cuti hari raya Cina. Seharian aku tak pegang gajet. Menyibukkan diri dengan aktiviti. Sempat juga aku masuk panggung. Tengok Jack Ryan di LFS IOI Mall. Satu panggung cuma ada 4 orang penonton sahaja. Aircond punyalah sejuk. Menggigil jugak aku dengan anakku.

Malam tahun baru. Aku balik kampung. Abang ipar aku open table. Belanja makan ayam goreng. Anaknya dah lulus MD. Anaknya dah bergelar doktor. Alhamdulilah. Sedang aku sibuk mengunyah, Sahabat baik aku Whatsapp aku. Dia kata ada orang dah share blog aku kat FB. Aku macam tak percaya. Cerita yang mana?

Terkejut beruk aku. Entri aku pasal nak buka ladang kangkung dah jadi viral. Ada 5-6 orang dah share kat FB aku. Setakat pukul 9 malam, Dah 10 ribu orang singgah diblog ini. Tak pernah terjadi dalam sejarah blog aku. Biasanya sehari 1-2 ribu views sahaja. Tiba2 boleh jadi 10 ribu, Hilang akal ke apa?

Sepanjang 5 tahun memblog, Entri Tudung Fareeda dan Cicak Tokek paling top. Kebelakangan ini entri pasal Cikgu Arbainah juga top. Entri…