Langkau ke kandungan utama

Aku dan Dengue: The Movie


Januari 2014.
Di sebuah taman perumahan dipinggir bandaraya.
Didiami oleh keluarga2 kelas pertengahan.
Ibu bapa sibuk bekerja dibandar.
Anak2 sibuk dialam persekolahan.
Kesibukan menyebabkan keadaan rumah kurang terurus.
Banyak tempat air bertakung didalam dan luar rumah.
Dalam baldi di bilik air.
Dalam cawan di dalam sinki.
Dalam bekas bunga diruang tamu.
Dalam salur air diatas bumbung.
Jentik2 membiak sana-sini tiada yang endah.

Dihujung taman perumahan dipinggir semak.
Ada peniaga menjual air tebu dan cendol.
Gerainya ramai pengunjung.
Maklumlah cuaca panas.
Bisnes sangat bagus.
Malangnya peniaga dan pekerja.
Malah pelanggannya kurang kesedaran sivik.
Sampah dan bekas minuman disepahkan.
Tidak diurus dengan sempurna.
Mereka berharap pekerja majlis daerah akan membersihkannya.

Ditepi sekolah.
Ada peniaga menjual makanan ringan dan jajan.
Murid2 sekolah ramai yan singgah sementara menunggu bas.
Mereka makan dan minum sepuasnya.
Murid2 ini juga kurang kesedaran sivik.
Bekas2 minuman dibuang ke dalam longkang berhampiran.

Di tepi jalan besar menuju ke taman perumahan.
Sampah-sarap dah beberapa hari tak diangkut.
Pejabat majlis daerah pula sedang sibuk.
Menguruskan kedatangan VVIP yang akan datang.
Merasmikan ekspo Rakan Muda.
Jadi semua pekerja dikerah ke sana.
Ke tapak ekspo untuk membantu.

Dalam tempoh seminggu berikutnya.
Ramai penduduk mula demam tinggi.
Tanpa mengira usia, jantina dan pangkat.
Seorang demi seorang dijangkiti demam.
Demam panas yang tinggi.
Diikuti dengan sakit tulang, sakit kepala dan muntah.
Ramai yang berkunjung ke klinik swasta.
Ramai juga yang terus ke hospital.
Doktor2 pakar dihospital agak bimbang.
Bilangan pesakit terlalu ramai.
Mereka mengesyaki jangkitan virus Denggi.
Tapi kenapa seteruk ini.
Kadar kematian kali ini sangat tinggi.
Setiap hari mesti ada kematian.

Lalu ramai pakar daripada ibu negara datang bersidang.
Membincangkan kemungkinan wujud virus baru.
Virus lebih ganas dan lebih susah diubat.

Sementara itu.
Pihak pejabat kesihatan negeri masih bersidang.
Mencari usaha memerangi nyamuk Aedes.
Langkah2 pencegahan selama ini langsung tak berkesan.
Aedes masih membiak.
Rakyat pula langsung tak endah.

Wakil kesihatan mencadangkan.
Isytiharkan wabak di media massa.
Rakyat perlu diberitahu.
Rakyat perlu ditakutkan.
Sekolah dan pejabat kerajaan ditutup.
Kilang2 ditutup.
Tapak2 projek juga berhenti operasi.
Semua rakyat jelata.
Dengan bantuan anggota tentera.
Membersihkan kawasan wabak.
Kumpul dan bakar semua sampah.
Bersihkan longkang2 tersumbat.
Bersihkan semak samun keliling kilang.
Bersihkan tapak2 pembinaan.
Kutip semua sampah ditepi2 jalan.
Kutip semua sampah disimpang2 jalan.
Kutip semua sampah dibelakang2 kedai.

Wakil politik pula membantah.
Rakyat tak boleh ditakut2kan.
Darurat tak boleh diisytiharkan.
Nanti pelabur lari.
Nanti pelancong lari.
Nanti harga saham jatuh.
Nanti negara akan muflis.

Lalu berlaku perang mulut.
Laku berlaku pertikaman lidah.
Masing2 dengan hujah masing2.

Sementara itu.
Hospital semakin sesak.
Wad dah penuh sesak.
Unit kecemasan pun dah sesak.
Kakitangan makmal cukup sibuk melakukan ujian darah.
Pesakit dan waris mula gelisah.
Mereka menunggu terlalu lama.
Bila wad sudah sesak,
Pesakit dah tak boleh nak daftar masuk.
Hospital2 swasta pun sama.
Maka berlaku ketegangan.
Masing2 dengan emosi masing2.

Kalau aku seorang pengarah filem.
Akan aku usahakan.
Sebuah filem mega blockbuster pecah panggung.
Kisah serangan wabak Demam Denggi di Malaysia.


Denggi adalah penyakit yang dah lama berada di Malaysia.
Katanya semenjak sebelum merdeka lagi.
Tetapi sampai sekarang,
tiada lagi penawarnya.
Dimanakah silapnya ya?
Adakah kerana penyakit ini tidak sepenting penyakit2 lain?

Demam denggi disebabkan oleh virus dengue.
Yang disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.
Denggi dikaitkan dengan proses urbanisasi.
Semakin negara menuju kemajuan,
semakin banyaklah kes dilaporkan.
Bila rakyat sibuk mengejar wang ringgit,
perkara2 asas semakin dilupakan.
Kebersihan alam sekitar diabaikan.
Terutama dikawasan kepadatan penduduknya tinggi.

Disebabkan demam denggi masih tiada penawarnya,
pencegahan adalah yang terbaik.
Negara bebas nyamuk Aedes.
Itulah sepatutnya slogan kita.
Hapuskan segala tempat2 pembiakan nyamuk.
Bersihkan parit2 dan longkang2.
Bersihkan semak-samun.
Tanamkan sifat sukakan kebersihan.
Buang sampah ditempat yang sepatutnya.
Bukan buang ditempat yang kita suka.
Dan berharap ada orang majlis daerah akan kutip.

Propaganda dan iklan2 media massa adalah salah.
Rakyat sering diberitahu.
Kalau demam pergi ke hospital segera.
Kalau demam pergi buat ujian darah.
Kalau demam kena masuk ke hospital.
Apa ni?
Iklan ini menyebabkan Unit Kecemasan penuh dengan pesakit.
Iklan ini menyebabkan Unit Kecemasan disalahgunakan.
Demam sikit terus ke hospital.
Demam sikit terus nak buat ujian darah.
Pukul 2 pagi pun datang untuk ujian darah.

Dulu masa aku kerja kerajaan.
Selalu juga aku kena hadir taklimat pasal demam denggi.
Selalu juga aku hadir mortality review kes kematian demam denggi.
Balik2 cerita yang sama.
Demam denggi masih tiada ubat.
Demam denggi masih tiada penawar.
Tapi kalau ada kes demam denggi,
pastikan pesakit tidak mati.
Kalau pesakit mati,
bersedialah untuk kena bambu dengan pengarah.
Dah demam denggi takda ubat.
Dah demam denggi takda penawar.
Apalagi yang doktor boleh buat?
Patutnya salahkan pegawai2 di pejabat kesihatan.
Sepatutnya mereka yang buat lebih pemantauan.
Sepatutnya mereka yang pergi rumah ke rumah.
Tangkap dan saman penternak2 Aedes.
Sepatutnya mereka salahkan pegawai2 di pejabat Majlis Daerah.
Yang tidak cukup menjaga kebersihan bandar.
Jangan salahkan doktor hospital kerajaan sahaja.

Rasanya ramai antara kita berkeyakinan.
Mereka akan selamat bila dah masuk ke wad.
Mereka akan segera sembuh bila dah masuk wad.
Tapi cuba tanya bekas pesakit demam denggi.
Apa yang berlaku semasa dihospital?
Realitinya doktor tak boleh buat apa2.
Doktor hanya memantau sahaja.
Ambil darah pagi petang malam untuk pastikan anda masih OK.
Doktor hanya masukkan air sahaja melalui salur darah.
Doktor hanya beri PCM kalau demam.
Tiada antibiotik untuk anda.
Tiada ubat2 super antivirus untuk anda.

Demam denggi tiada ubat.
Demam denggi tiada penawar.
Badan anda akan melawan sendiri virus tersebut.
Kebanyakkan berjaya melawan.
Tetapi ada sebilangan kecil yang gagal.
Organ2 dalaman gagal berfungsi.
Pendarahan di otak.
Sebab itu banyak petua aku dengar.
Hirup sup ketam.
Rebus daun pucuk betik.
Minum air isotonik.
Tetapi itu semua sekadar petua sahaja.
Takda kajian saintifik mengenainya.

Setakat hari ini,
belum ada syarikat MLM yang berani tampil.
Mengaku ada ubat super untuk penyakit demam denggi.
Ubat ajaib untuk menyembuh demam denggi.
Jadi aku tengah berkira2 untung dan rugi.
Untuk memasarkan produk terbaru aku.
Campuran Jus pucuk betik dan ekstrak ketam.
Ubat penawar untuk demam denggi.
Aku sedang mendapatkan testimoni beberapa pesakit denggi.
Siapa berminat nak jadi downline aku,
bolehlah contact aku.
Juga jika ada produser berani mati dan berminat.
Jom kita buat filem berdasarkan skrip di atas.


Ulasan

  1. Hebatlah Doc. Agak2nya kalau jadi filem, diluluskan tak? Maklumlah, rakyat akan tahu kepincangan pemimpin politik. Rakyat akan tahu kepincangan Pegawai Kesihatan yang ronda rumah2, jumpa jentik2 6 ekor, tapi tak dilaporkan. Tuan rumah dah hidang kuih keria, hidang kopi, siap ada ang pow lagi. Rakyat akan mengamuk sebab kononnya bayar cukai pintu tapi majlis daerah tak buat kerja. Siaplah seluruh organisasi negara tembak menembak antara satu sama lain..hehehehehe

    BalasPadam
  2. saya sokong penerbitan filem ini...:D

    BalasPadam
  3. hahahahaaa!!
    boleh jadik viral lagi ni!!

    ekstrak ketam!
    memang laku!!

    BalasPadam
  4. alamak... saya alergi betik.... kalau makan jer bibir kalah angelina jolie

    ketam pulak saya pantang.... pantang jumpa... hehehehehe...

    BalasPadam
  5. someone need to be blame...yg sedih & malangnya, doktor gomen lah yg disalahkan...itu lah malaysia

    BalasPadam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…