Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Februari 2014

Aku dan Pesakit Hari Ini


Pagi hari Isnin.
Berikut antara 4 orang pesakit terawalku.

Yang pertama.
Baru balik daripada kampung di Gemencheh.
Ada majlis kerja kahwin di sana.
Pagi ini tak larat nak pergi kerja.
Badan semua sakit2.

Yang kedua.
Petang semalam dapat duit BR1M.
Malam tadi belanja abang makan luar.
Pagi ini rasa macam nak demam pulak.

Yang ketiga.
Malam tadi pergi makan kat KFC.
Ada kawan belanja.
Pagi ni cirit-birit pulak.

Yang keempat.
Semalam pergi berkelah di Air Terjun.
Pagi ini sakit pinggang.
Kepala pun sakit.

Keempat2 mereka adalah lelaki2 gagah.
Kesemuanya warga tempatan.
Kesemuanya sering juga datang ke klinik aku.
Dan.
Kesemuanya berani minta MC denganku.
Di pagi hari Isnin.

3 pesakit berikutnya.
Semuanya warga Nepal.
Datang daripada kilang yang sama.

Yang pertama.
Dah 2 minggu sakit perut.
Yang kedua.
Dah seminggu demam tak baik2.
Yang ketiga.
Luka tercucuk besi masa kerja malam tadi.
Ketiga2nya masih muda belia.
Dah 3 tahun kerja di sini.
Tapi.
Tak seorang pun minta MC denganku.
Semuanya nak ubat sahaja.
Semuanya nak kerja.

Kalau aku katakan.
Pekerja Malaysia ni ramai yang pemalas.
Pekerja Malaysia ni ramai kuat curi tulang.
Pekerja Malaysia ni ramai kaki MC.
Agak2 berapa orang yang setuju denganku?

Aku tak suka kerja hari Isnin.
Aku tak suka masuk klinik hari Isnin.
Tak ramai orang sakit diklinik.
Ramai yang muda belia.
Ramai yang sihat walafiat.
Ramai yang sekadar nak MC sahaja.
Lepas tu menipu depan doktor.
Lepas tu berlakon depan doktor.
Lepas tu buat cerita2 sedih depan doktor.

Dulu aku rajin melayan manusia sebegini.
Dulu aku rajin beri tazkirah.
Dulu aku rajin beri nasihat.
Tapi dah 18 tahun mengadap benda yang sama.
Aku dah jadi malas.
Malas nak bergaduh dengan pesakit.
Malas nak bertekak dengan pesakit.
Malas nak berdebat dengan pesakit.
Kalau aku rasa nak beri MC aku beri.
Kalau aku rasa tak nak beri,
aku beri surat akuan sahaja.
Nak bertekak kat luar sana,
nak memaki hamun kat luar sana,
nak lempar ubat kat luar sana,
nak ugut tunggu kat tempat parking,
aku dah tak peduli.
MC bukan hak pesakit.
MC bukan hak majikan.

Selalu aku berfikir.
Kenapa bangsa kita tak maju2?
Kenapa bangsa kita masih nak mengharap BR1M?

Aku pernah hidup susah.
Aku pernah rasa kerja kilang.
Aku pernah rasa lapar dan takda duit.
Tapi semua kesusahan itu,
telah mengajarku erti kehidupan sebenar.
Tetapi orang2 seperti ini.
Rasanya tak pernah hidup susah.
Kerja lebih sikit dah mengeluh.
Kerja susah sikit dah mengeluh.
Sakit sikit nak pergi klinik.
Sakit sikit dah nak ambik MC.
Tengoklah mamat Bangla dan Nepal.
Bersusah payah datang cari kerja di sini.
Kerja setiap hari tanpa henti.
Kerja susah dan berat dengan gaji kecil.
Tapi jarang yang mengeluh.

Kadang2 aku malu dengan diri sendiri.
Sebab aku pun asyik mengeluh juga.
Kerja lebih sikit dah bising.
Pesakit ramai sikit dah bising.
Pesakit datang lewat dah bising.
Pesakit datang awal pun bising.

Cuba baca keluhan cikgu ini.
Kesian aku dengan kehidupannya.
Panjang gila dia cerita pasal PBS.
Sebab itu aku tak pernah nak jadi cikgu.
Aku tak pandai mengajar orang.
Juga aku tak suka buat kerja2 paperwork.

Syukur Alhamdulilah.
Syukur aku masih ada kerja.
Syukur aku masih ada pesakit.
Syukur aku masih ada MC untuk disain.


9 ulasan:

  1. Hari cuti minggu, beriadah...berkelah..berjalan jalan sepatutnya utk segarkan minda...fresh kan otak..tapi sebaliknya...hari isnin dtg klinik buat muka toya..muka poyo...cirit birit makan banyak..sakit badan drive jauh...

    -dah tahu kampung kat kelantan, ambik lah cuti panjang panjang..sure penat drive balik..
    - dah tahu perut manja, jaga lah pemakanan...

    Tapi itu pun, kalau betul betul sakit..

    BalasPadam
  2. hmm... saya setuju. ramai orang kita kaki mc. yang tak sakit pun buat buat sakit semata-mata nak mc.

    bagi saya...nak seribu daya. kalau asyik kene demam...makan la vit C untuk elak demam selalu.

    saya dah 2 tahun tak mc. cuti tahunan pun tak habiskan. saya tak suka mc, maka saya cuba elak demam dengan makan vit c atau supplement lain. (padahal saya takut doktor sebenarnya...).

    tapi nampak gaya saya kena juga jumpa doktor sebab ada masalah lain pulak. huuu~

    BalasPadam
  3. saya malas nak ambil MC... kecuali memang penyakit saya datang pada waktu bekerja.. kadang2 balik tido kat rumah malas g klinik.. asek muka kita ja nnti di lebel kaki MC..
    kadang2 orang macam mereka ni la buat masyarakat melayu di pandang serong.... ok tak mo mengeluh panjang2.. ;) ..

    BalasPadam
  4. Hari Jumaat saya demam sampai semalam. Sabtu, suara dah tak keluar. Ahad, pergi juga klinik panel hubby di Kuantan tu. Tonsil dah bengkak2 dan ada ulcer. Doc tu bermurah hati bagi saya MC dari hari Ahad sampai Isnin sebab dia takut saya tak boleh drive balik KL. Isnin pagi, saya gerak balik ke KL dan kerja macam biasa.

    Rasanya tak semua Melayu macam tu kot Doc...hehehehehe.

    BalasPadam
  5. Me-layu, me-rayu & me-rapu.

    Itulah hakikatnya yg org2 kita taknak terima. Ya mmg bukan semua, tapi ramailah jugak..

    Aku selalu mengingatkan anak2 aku, bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

    Hidup mesti berusaha & bersaing. Kalau tidak, bangsa lain akan menjajah...menjajah negara, menjajah minda.

    dan kita orang2 melayu akan ketinggalan.

    Aku melihat di luar negara (Perancis, Germany, Itali, UK, Holland, Belgium, Hongkong, Australia), semua Bangladeshi & Pakistani yg menjaga kedai..rakyat negara itu sendiri pun dah malas..semua employ org2 ni bekerja sebab rajin..dan semua bahasa ibunda negara itu si Bangladeshi & Pakistani boleh bertutur..

    Desakan hidup di negara sendiri buatkan mereka merantau mencari rezeki..rakyat tempatan serah segalanya pada mereka..sama spt di Malaysia..

    Orang Melayu merantau ke negara orang utk bermain bola, beberapa bulan je dah balik sebab homesick...itulah orang kita...

    Yang orang2 kita mahir ialah Merapu dlm MLM dsbnya...itulah org2 kita..

    BalasPadam
  6. bukan ade notis ke...MC atas budi bicara Doktor...kalau Doktor tak bagi tu..faham-faham la...maknanya masih sihat dan boleh berkerja..

    yang bab gambar guru tu...tu tak cukup lagi tu...banyak lagi yang perlu dibuat oleh seorang guru...hehehe..gambar tu tak cukup ramai...

    BalasPadam
  7. disebabkan sy pernah bekerja dgn doktor, sy tau sy x suka jumpa doktor untuk terima rawatan. Kalau dah sakit sangat yang x blh tahan baru sy jumpa doktor.


    bukan sy baik sangat, tapi sy x suka menipu. kadang tu rasa nak mc jugak, yang sesaja...... bukan sebab sakit. tapi kalau cakap gitu kat doktor, mesti kene piat telinga kan?

    BalasPadam
  8. Duduk Kl, hari isnin datang minta mc kat pasir gudang, sakit pada hari isnin, yang pelik nape tak balik Kl dari hari ahad lagi , dah tau isnin tu keje...mcm dah tau2 isnin nak sakit.....hahaha

    BalasPadam
  9. Untungnye keje gomen...boleh kompen memanjang,,,,, kene keje lebihh sikit, nak komplen, dapat tugasan lebih sikit nak komplen....kononnya tak ada masa untuk keluargalah,, rasa tertindaslah.... Cuba lah jengok-jengok sikit kawan-kawan kita yang kerja swasta tu...rasanya mungkin boleh meredakan perasaan x puas hati tu... dan bersyukur dengan rezeki yang dinikmati...insya allah..

    BalasPadam