Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Februari 2014

Aku dan Hari Memperingati Kekasih

Ini entri ketinggalan keretapi.


Zaman duduk di kolej.
Zaman jahiliyah.
Ramai kawan2 aku menyambut Hari Valentine.
Hari memperingati kekasih kononnya.
Hari bunga dan coklat dijual lebih mahal.
Hari dimana warna merah dan pink lebih digemari.

Zaman duduk di kolej.
Setiap kali menjelang Hari Valentine,
banyak persatuan membuat jualan.
Jual kad, bunga, coklat, dsbnya.
Jualan untuk mengisi tabung persatuan.
Persatuan yang tak rajin,
mereka bukak booth di tempat2 strategik.
Bayar dulu 5-10 ringgit.
Nanti mereka akan kirimkan,
kad, bunga, coklat, dsbnya kepada kekasih pilihan hati.
Nak hantar ke semua orang pun boleh.
Nak hantar banyak2 ke seseorang pun boleh.
Yang penting bayar dahulu.
Bagi persatuan yang terlebih rajin,
mereka pergi dari bilik ke bilik.
Memujuk dan mengambil pesanan.

Zaman duduk dikolej.
Pada hari sebelum Valentine.
Bunga2 akan dihantar ke penerima.
Pigeon hole atau kotak surat penuh dengan bunga2.
Yang ramai peminat dan secret admirer,
senyum sampai ke telinga.
Bangga sesangat dapat bunga.
Yang takda peminat dan secret admirer,
Tengok ajelah kawan2 dapat bunga.
Tetapi ada yang tak nak ketinggalan.
Bunga dihantar kepada diri sendiri.
Supaya kononnya ada secret admirer.
Bunga yang kemudian ditinggalkan kering di pigeon hole.
Kononnya supaya semua orang tahu.
Dia pun ada secret admirer.
Kepada yang takda kisah pasal Hari Valentine,
hari2 berlalu macam biasa.
Takda pasal nak hantar bunga pada diri sendiri.
Itulah aku.
Yang seumur hidup tak pernah dapat bunga.
Pada hari Valentine.
Itulah aku.
Yang tak pernah hantar bunga pada diri sendiri.

Zaman tak duduk dikolej.
Aku tak sambut pun Hari Valentine.
Sebab pada firasatku.
Hari Valentine adalah momokan golongan kapitalis.
Semuanya demi keuntungan perniagaan.
Melariskan jualan kad2 dan bunga2an.
Melariskan jualan2 coklat dan teddy bear.
Melariskan tempahan tempat2 makan candlelight.
Melariskan tempahan hotel2 murahan.
Tapi sejak berkenalan dengan Ustaz Azhar Idrus,
baru aku tahu sebab sebenarnya.
Nasib baik.
Aku masih tahu halal dan haram.
Aku masih belum terpedaya.

Kepada sahabat2 seagama.
Islam itu mudah.
Tapi jangan ambil mudah.
Kalau fatwa tu dah dikeluarkan.
Siapakah anda untuk menyanggahnya?
Jangan demi survival politik,
yang haram nak dihalalkan.

Salam hujung minggu kawan2.




5 ulasan:

  1. Saya pernah dapat bunga masa zaman di kolej, tapi bukan pada hari Valentine. Syukur, dah ada kesedaran itu pada masa itu. Tapi masa belum ada kesedaran, teringin nak dapat bunga, tapi tak dapat pun...

    Allah Maha Penyayang.

    BalasPadam
  2. hahaha..part " BAGI BUNGA KAT DIRI SENDIRI" yg lawak :P

    Nazri Aziz ni, saya malas nak komen..
    KJ yg muda tu 12 kali ganda lagi bagus dan berilmu dari dia

    BalasPadam
  3. saya tak pernah pun dpt semua tu masa zaman kolej, sebab tak suka ada pakwe hahahahahha
    kalau ada pun tah sapa la hantar coklat yang akhirnya saya bagi kat room mate aje
    bila ada boyfriend masa final semester, hahahahhaha tak de gak bunga2 bagai, sebab dia bukanlah org yang romantik!
    saya tak pernah celebrate valentine, tapi saya suka pi makan luar masa hari valentine sebab saya suka hiasan mejanya dan suasananya!

    BalasPadam