Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Februari 2014

Aku dan Minggu Ini


Kebelakangan ini.
Kerjaya doktor semakin dipertikai.
Bukan setakat oleh orang2 awam.
Tetapi oleh para doktor sendiri.
Ada yang buat statement,
Doktor sekarang tak pandai merawat pesakit.
Doktor sekarang tak pandai mengambil sejarah pesakit.
Doktor sekarang hanya memikirkan keuntungan perniagaan.
Doktor sekarang terlalu bergantung kepada mesin.
Aku tak nafi.
Ada sesetengah doktor sebegitu.
Ada sesetengah doktor jadi agen MLM.
Ada sesetengah doktor jual produk MLM.
Ada sesetengah doktor senang2 jual MC.
Ada sesetengah doktor senang2 jual ubat tidur.
Semuanya demi perniagaan.
Semuanya demi wang ringgit.
Mereka hanya fikir keuntungan bisnes sahaja.
Satu pesakit sekurang2nya 4 jenis ubat.
Multivitamin dan supplemen dah jadi wajib.
Sebab bila beri ubat banyak,
boleh charged lebih banyak.
Aku tak nafi itu semua.
Tapi tak semuanya begitu.
Ramai ingat jadi doktor GP ni mudah.
Duduk goyang kaki bawah aircond.
Satu pesakit tak sampai 5 minit.
Tuliskan ubat juga MC.
Lepas tu boleh charged berpuluh2 ringgit.
Apa susahnya?
Ramai yang kata doktor GP senang buat duit.
Tak perlu nak masuk bilik bedah.
Tak perlu nak buat ward round.
Tak perlu nak on call.
Duduk kat bilik aje.
Pesakit datang bawa rezeki.

Aku banyak juga dapat email.
Daripada doktor2 baru.
Ada yang belum habis Houseman lagi.
Ada yang belum habis belajar lagi.
Masing2 dah sibuk nak buka klinik sendiri.
Masing2 dah tak sabar nak buka klinik sendiri.

Aku bukan nak mengajar.
Aku juga bukan nak jadi kurang ajar.
Semua orang boleh jadi doktor.
Semua orang boleh jadi GP.
Tetapi tak semua orang boleh jadi doktor yang berjaya.
Tak semua orang boleh jadi GP yang berjaya.
Berjaya bukan bermakna kaya raya.
Berjaya bermakna disenangi dan disegani ramai.
Kalau nak kaya raya jangan jadi GP.
Kalau nak kaya raya bukan jadi GP.

Pengalaman 2-3 tahun di hospital kerajaan,
tak mungkin boleh menjadikan anda doktor yang berjaya.
Pengalaman 2-3 tahun di klinik kerajaan,
belum menjadikan anda GP yang berjaya.
Doktor belajar daripada pengalaman.
GP belajar daripada pengalaman.
Pengalaman datang daripada pesakit.
Pengalaman tak datang daripada buku2 teks.
Pengalaman tak datang daripada internet.
Jadi kena jumpa dan rawat ramai pesakit.
Baru boleh jadi doktor yang berjaya.

Aku setuju dengan pendapat Dr Pagal.
Ramai doktor sekarang tak pandai mengambil sejarah pesakit.
Ramai doktor sekarang lebih bergantung kepada mesin.
Kehebatan doktor adalah melalui cara bercakap dengan pesakit.
70% penyakit boleh didiagnosa melalui bercakap dengan pesakit.
Itu pelajaran asas yang aku tetap ingat masa di UM dulu.
Malah doktor yang hebat boleh mendiagnosa tanpa perlu menyentuh pesakit.
Itu semua perlukan pengalaman.
Pengalaman yang tak boleh ditukar dengan wang ringgit.

Ramai pesakit terkejut denganku.
Bila aku kata tiada ubat untuk penyakitnya.
Bila aku kata tak semua penyakit perlu makan ubat.
Pagi ini ada sepasang suami isteri.
Bawa anaknya berusia 3 tahun.
Semalam mereka beri dia makan macam2 dari pasar malam.
Awal pagi ini asyik muntah sahaja.
Bila bawa ke klinik,
aku tengok anaknya segar bugar.
Mata masih bercahaya melihat mainan dalam almari.
Demam takda, perut pun biasa2 sahaja.
Aku kata tak payah makan ubat.
Jaga pemakanan lebihkan minum cecair.
Petang nanti sihatlah.
Tak payah ubat muntah atau antibiotik.
90% akan baik sendiri.
Begitu juga dengan penyakit cirit-birit.
Berilah masa untuk perut tu sembuh sendiri.
Tak payah ubat angin, ubat sakit perut atau cirit-birit.

Dah 18 tahun aku jadi doktor.
Dah 10 tahun aku jadi GP.
Aku bukan doktor yang hebat.
Aku bukan doktor yang berjaya.
Aku juga bukan doktor yang baik.
Aku selalu datang lambat.
Aku selalu cabut awal.
Aku tak selalu beri MC.
Aku takda jual ubat kurus.
Aku takda jual ubat tidur.
Aku juga takda jual supplement bukan2.
Tapi bila bersama pesakit,
aku beri seluruh perhatian kepada pesakit2ku.
Aku dengar masalah2 mereka.
Aku bincang pasal masalah2 mereka.
Dan aku hanya beri ubat yang sepatutnya.
Aku suka jadi doktor.
Aku suka jadi GP.
Tapi ada ketikanya,
aku semakin bosan dengan kerjayaku.
Terutama dengan pesakit yang banyak karenah.
Pesakit yang kurang menghormati kerjaya doktor.
Pesakit yang rasa dirinya lebih baik.
Orang yang punya sedikit ilmu adalah lebih berbahaya
daripada orang yang tiada ilmu.
Ada orang yang punya sedikit ilmu dah rasa lebih pandai.
Jadi mereka pun memandai-mandai.
Pendapat doktor disanggahnya.
Kalau dah rasa diri itu dah lebih pandai,
buat apa datang ke klinik?
Pergilah berubat sendiri.
Kalau nak berhujah biarlah dengan ilmu.
Kalau nak menyanggah biarlah dengan bukti.
Bukannya dengan ilmu yang tak seberapa.

Aku selalu berpesan kepada diriku sendiri.
Niat nak jadi doktor kena sentiasa betul.
Niat nak berbakti kepada masyarakat.
Niat nak hidup senang bukan sekadar didunia sahaja.
Aku selalu berpesan kepada diriku sendiri.
Tak semua orang suka dengan kita.
Tak semua orang percaya dengan kita.
Tapi kita kena teruskan usaha.
Tak boleh berputus asa.

Salam hujung minggu kawan2!


4 ulasan:

  1. Ayat terakhir....baru saya teringat, esok Johor cuti! :P

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Saya tertarik dengan statement doc pasal diagnos penyakit dengan komunikasi. Betul kan. Kena pandai korek habis2 apa yang dia rasa sakit, dia dah buat apa, makan apa dan sebagainya. Saya ramai juga jumpa doktor yang tak nak dengar aduan kita, atau nak tanya pun dia macam lost tak tau nak tanya apa.

    BalasPadam