Langkau ke kandungan utama

Aku dan Patuh Syariah


10 tahun dulu.
Aku pernah beli insurans kesihatan.
Perlindungan untuk diri sendiri dan famili.
Masa itu aku memang jahil.
Tiada siapa yang mengajar.
Juga tak tahu mana nak belajar.
Jadi aku beli insurans konvensional.
Duit yang dibayar dibahagi tiga.
Ada yang akan jadi bekalan jika apa2 berlaku pada diriku.
Ada yang jadi kad perubatan.
Ada yang jadi simpanan untuk akan datang.
Setiap bulan aku bayar tanpa gagal.
Setiap tahun,
aku dapat rebat untuk cukai pendapatan.
Setiap tahun baru,
agen datang hantar limau mandarin.
Cuma satu kelemahan aku.
Aku tak pernah ambil tahu.
Apa yang aku dah bayar.
Apa yang aku dah dapat.
Mana duit aku dilaburkan.
Macamana mereka jana keuntungan.
Itu aku langsung tak ambil peduli.
Jahilnya aku.

Setahun dua ini.
Aku mula terfikir.
Aku mula mengambil tahu.
Apa yang aku bayar selama ini.
Apa yang aku akan dapat selepas ini.
Aku taknak sekadar lepas cukai pendapatan sahaja.
Aku nak duit yang halal.
Aku nak rezeki yang berkat.

Sepanjang 10 tahun ini.
Hampir semua syarikat insurans pernah aku jumpa.
Hampir semua syarikat insurans pernah hantar proposal.
Semuanya aku tolak.
Kerana semuanya hanya fikirkan keuntungan.
Keuntungan besar tak kira halal ke tidak halal.
Juga hampir semuanya hanya cerita jika aku mati.
Anak isteri tak melarat jika aku mati.
Anak isteri akan jadi jutawan jika aku mati.
Takda yang cerita jika aku masih hidup.
Aku jadi apa nanti?

Dua minggu ini.
Aku mula belajar pasal skim takaful.
Aku mula faham tentang patuh syariah.
Aku mula faham tentang insurans islam.
Dan rasanya sudah tiba masa dan ketika.
Aku beralih arah.

Aku dah kenal dengan seorang agen Takaful.
Yang rajin menjawab soalan2 bodoh aku.
Yang rajin memberi penerangan tentang kemusykilan2 aku.
Dia tolong semakkan semua polisi2 aku.
Ada yang dah tak cukup.
Ada yang patuh syariah.
Ada juga yang tak patuh syariah.
Aku tak nak anak2 aku jadi jutawan hanya bila aku mati.
Aku tak nak isteri aku jadi janda kaya bila aku mati nanti.
Kalau anak2 dan isteri nak jadi jutawan,
biarlah semasa aku hidup.
Jadi senang bersama,
kaya pun bersama.

Di FB dan Whasapp kini riuh kembali.
Tentang simpanan ASB yang tak patuh syariah.
Masing2 dengan alasan masing2.
Ada yang percaya.
Ada yang tak percaya.
Ada yang masih was-was.
Selama ini satu pegangan aku.
Kalau pelaburan dengan keuntungan besar,
pasti pelaburan tu boleh dipertikaikan.
Judi, arak, rokok selalunya menjana keuntungan besar.
Dan disinilah yang dimusykilkan.
Benarkah Malaysia ni negara islam?
Tengok sistem perbankan kita.
Berapa peratus yang patuh syariah?
Pinjaman kereta,
pinjaman rumah.
Adakah semuanya patuh syariah?
Aku dulu jahil.
Pilih yang murah dan interest paling rendah.
Tak fikir langsung pasal halal haram.
Kini aku mula faham.
Kalau boleh cari yang patuh syariah.
Tapi susahkan?
Kad kredit yang patuh syariah.
Simpanan yang patuh syariah.
Pinjaman yang patuh syariah.


Ada segelintir sahabat.
Berdegar2 cakap pasal ASB tu haram.
Keluar fatwa itu dan ini.
Tapi.
Asap rokok masih disedutnya.
Boleh ke camtu?
Tepuk dada tanya selera.
Tepuk dahi tanya iman.




Ulasan

  1. well done Dr :) saya baca ni sambil tersenyum..

    BalasPadam
  2. alhamdullilah...hidayah allah tu diberikan kpd bro...
    pasal rokok tu, mmg mereka yg terlibat..amat, amat liat nak patuh syariah :P

    BalasPadam
  3. Doc, saya masih pening lagi nak pilih insuran. Takaful pun ada banyak jenis takaful sekarang. Semua dari yang syarikat yang berbeza dan ada perbezaan masing2. Walaupun bagus, tetap kena perhalusi sedikit sebanyak. Tapi kalau dapat agen yang betul2 komited, kita rasa konfiden sikit.

    Adoii, tadi saya rasa saya komen caca marba kat blog DZ... kat sini pun saya rasa macam caca marba jer.

    Doc, mamat psiko ek dia? Tapi kami takut la...macam serius jer.

    BalasPadam
  4. saya suka ulasan insurans tu, jutawan selepas kita mati!

    BalasPadam
  5. bos pkai insuran ape ye? knowledge sy psal insuran ni zero..dan sy xtau nak start dari mana.. bole beri cadangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh mulakan bacaan tentang muamalat Islam, di website ustaz zaharudin ( UZAR)..dahulu beliau setiap minggu ada slot Muamalat di radio IKIM...

      http://www.zaharuddin.net/

      Padam
  6. baru semalam saya terfikir pasal ni... insuran .. saya dan anak... bila saya tak kerja.. bila anak2 makin membesar... banyak jugak saya melayan dan dilayan oleh operator insuran... saya masih belum jumpa yang berkenan...

    BalasPadam
  7. Ubah daripada sistem riba (interest) kepada system yang patuh kepada syariat Allah Ta'ala. Allah & Rasul istiharkan perang kepada golongan yang terbabit dengan riba ini.
    Semak kembali, akaun bank, akaun loan kereta/motor/rumah tukar daripada konvensional kepada sistem patuh syariah. Tukar dari SSPN kepada tabung haji. Tukar insurance kepada takaful, credit card yang patuh syariah. Insya allah keberkatan itu akan diberikan kepada kita kembali. Bila yang haram menjadi darah daging keluarga kita, keberkatan akan dicabut, dari situ kita akan dapati keluarga bergaduh sesama sendiri, anak tak mendengar kat etc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah.
      Niat dah ada.
      Jalan pun dah ada.
      Cuma kena lebih usaha.

      Terima kasih.

      Padam

Catat Ulasan

THE MOST POPULAR POSTS

Aku dan Tinted Kereta

Hari ini klinik sunyi sikit. Jadi banyak benda2 lain aku boleh buat. Antaranya survey market untuk pasang tinted kat cermin kereta aku. Menurut Akta JPJ: Kaedah 5(1) dan Kaedah 5(3) untuk Kaedah2 Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) Pindaan 2000, menetapkan cermin2 depan hendaklah telus cahaya tidak kurang 70% manakala cermin belakang dan tepi hendaklah telus cahaya tidak kurang dari 50%. Tapi kat kedai, mana ada ikut undang2. Semuanya JPJ Compliance (kononnya). Tapi janji kau nak pasang, mereka pasang. Risiko tanggung sendirilah.

Film tinted ialah filem plastik jernih ataupun laminate metallic yang dipasang pada cermin2 kereta bertujuan untuk mengurangkan panas bahang cuaca khatulistiwa, mendapatkan suasana lebih privasi dan juga untuk lebih cantik dipandang.

Kalau kita ke kedai2 aksesori kereta, macam2 jenis tinted ada. Macam2 brand ada. Biasanya mereka kata mereka punya lebih bagus dan lebih murah banding tempat lain. Kalau nak yang murah memang ada, teta…

Aku dan Toyota Vellfireku

Bro, cuba tulis tentang Vellfire/Alphard pula...
dulu dah tulis tentang Estima...
Especially tentang button2 dan radio/camera berbahasa Jepun...
tentang risiko buying Jap recond ni...
TQ

Ada orang suka kereta tempatan.
Ada orang suka kereta Eropah.
Tapi aku suka kereta buatan Jepun.
Honda CRV aku pernah pakai.
Tetapi Toyota Estima adalah yang terbaik
sepanjang 15 tahun aku memandu di jalan raya.

Bila aku terpaksa menggantikan Estima aku,
aku hanya ada dua pilihan.
Downgrade ke Honda Odyssey
atau upgrade ke Toyota Alphard/Vellfire.
Selepas 12 bulan membuat penyelidikan,
juga mengumpul wang pendahuluan,
Vellfire adalah pilihan paling tepat.


Vellfire dan Alphard adalah adik-beradik.
Enjinnya enjin yang sama.
Ruang kokpit pun lebih kurang sama.
Cuma ada modifikasi luaran yang nyata.
Iaitu lampu depan dan lampu belakang bertingkat.
Juga grill depan yang menjadikannya kelihatan lebih ganas.

Aku suka kereta buatan Jepun.
Ianya sangat reliable.
Kos penyelenggaraannya lebih kurang sama dengan kere…

Aku dan Toyota Estima

Toyota Estima dikenali sebagai Toyota Previa di US dan Toyota Tarago di Australia. Ia adalah kereta jenis MPV dan mula dikeluarkan oleh Toyota Motor Corporation sejak tahun 1990 lagi. Estima di atas adalah kereta Estima generasi pertama yang dikeluarkan antara tahun 1990-2000. Di sini, ia dikenali sebagai BEAN. Ini dikira kereta klasik jugaklah.

Ini adalah Estima generasi kedua yang dikenali sebagai SEPET. Aku cukup berkenan dengan bentuk lampu depannya. Ia dikeluarkan antara tahun 2001-2005. Kereta2 ini banyak betul dibawa masuk ke Malaysia dan jangan harap dapat yang baru. Semuanya recondition daripada Jepun.

Estima generasi ketiga ini pula dikenali sebagai NINJA dan mula dibawa masuk ke Malaysia sekitar tahun 2007. Estima jenis ini terlebih advanced termasuk boleh parking sendiri secara automatik. Aku kurang berkenan dengan lampu depan dan belakangnya. Tapi interiornya memang superb.
Aku nak cerita sedikit pasal Estima SEPET yang aku gunakan sekarang. Aku memang dah study habis se…

Aku dan Cikgu Arbainah

Masa aku sekolah ugama di kampung dulu, aku ada kenal dengan satu ustazah ni. Dia ni memang garang. Semua murid takut padanya. Malah gurubesar pun takut dengannya. Walaupun ustazah, perangai dia memang brutal. Sapa2 yang dia rasa nakal, jahat, malas buat kerja, belajar main2, memang nak kena dengan dia. Kena tengking, kena jerit, kena carut, kena cubit, dah jadi rutin kehidupan. Satu hari kalau dia takda kat sekolah, memang terasa sunyi sepi sepanjang hari. Sehari kalau tak dengar suara dia jerit2 mengajar dan marahkan anak murid memang tak sah.

Pada aku dia tak garang. Cuma bersemangat sikit bila nak mendisiplinkan murid2nya. Aku pernah kena hukum dengan dia sekali. Itulah sekali. Lepas tu taubat tak buat lagi. Masa tu aku baru darjah 3. Dulu sekolah ugama start pukul 3.30 petang. Biasanya kami datang awal. Kadang2 sebelum pukul 3 dah sampai. Kat rumah bukan buat apa pun. Jadi datang awal bolehlah main2 dulu sementara tunggu loceng. Satu hari tu, aku pergi main belon acah kat sebel…

Aku dan Doktor Lokum

Locum doctor bermaksud doktor sambilan atau part time. Locum tu istilah luar negara yang telah selalu diguna pakai disini. Masa aku kerja di kerajaan dulu, aku kena selalu buat locum untuk menampung kehidupan yang selalu kesempitan. Nak harap gaji kerja kerajaan mana cukup masa itu. Sebenarnya kalau aku sebagai kakitangan kerajaan, aku tak boleh buat kerja2 sambilan seperti itu tetapi disebabkan ramai yang buat, kerajaan buat2 tak tahu sahaja. Selagi ianya tidak menjejaskan kerja2 di hospital, pengarah hospital buat2 tak nampak aje.

Selain faktor kewangan, aku buat locum untuk mencari pengalaman baru. Satu hari bila aku dah bersedia untuk bukak klinik sendiri, taklah panik atau pening bila nak manage klinik sendiri. Aku memang dah target tak nak sambung belajar. Cukup masa aku nak bukak klinik sendiri. Jadi sepanjang bekerja di hospital, aku memang sentiasa membuat persediaan dan perancangan ke arah itu.

Masa aku jadi houseman di Muar, ramai member2 sebaya yang giler buat locum. Pant…